Jangann hairan kalau tiba-tiba PKR menawarkan khidmat guaman percuma kepada Datuk Samsu ini yang asalnya dikaitkan dengan cubaan menipu Pengarah Eksekutif NFC yang juga suami kepada Datuk Seri Shahrizat.Jangan terkejut juga bila buat pertama kali Ketua Wanita PKR, Zuraidah Komododin, ‘difotokan’ julung-julung kalinya dalam wajah manusia setelah sekian lama kelihatan macam muka buaya apabila melawat Samsu yang sedang menerima rawatan di hospital.
Semua ini adalah usaha untuk menjayakan drama terbaru PKR berhubung NFC ini, kali ini dari angle cubaan merasuah polis untuk menutup kes NFC ini dengan menggunakan Datuk Samsu ini.
Ya...., drama!!
Dalam PKR, tidak ada satu pun yang ikhlas, melainkan yang berkenaan Anwar Ibrahim dan suku sakatnya sahaja. Lain dari itu, semuanya berkenaan politik dan politik semata-mata.
Penulis sudah mengagak, bila Anwar terhimpit oleh sesuatu, maka sesuatu yang lain perlu dicari untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada terus menerus membuat penilaian ke atas Anwar.
Dalam hal ini, Anwar sedang terhimpit dengan kenyataannya untuk melindungi keselamatan Israel yang mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk dari Palestin sendiri.
Selain dari menghidupkan semula isu NFC ini yang semakin reda sejak kenyataan Ketua Audit Negara (ambil masa 3 bulan) yang menafikan ada menyebut apa-apa mengenai ‘penyelewengan’, ‘kucar kacir’ dan segala lain yang menjadi zikir harian Rafizi Ramli dan Zuraidah sejak Oktober tahun lepas.
Maka itu Datuk Samsu ini diseret untuk menjayakan lakonan ini.... Daripada seorang yang digambarkan sebagai perasuah, Datuk Samsu diangkat sedikit martabatnya menjadi ‘kambing hitam’ dan yakinlah, selepas ini Datuk Samsu akan diangkat menjadi hero pula (jika drama ini berjaya, kalau gagal, dia akan cepat dilupakan).Babak pertama bermula petang semalam bila Datuk Samsu ini membuat laporan polis kerana dijadikan kambing hitam oleh pengurusan NFC.
Itu adalah babak pertama....
Babak kedua dan seterusnya ialah mendedahkan SMS, E-Mail, BBM yang wujud antara Datuk Samsu dan Pengerusi Eksekutif NFC yang boleh dipusing dan diputar belitkan oleh penasihat undang-undang produksi drama ini, N. Surendran.
Diakhirnya nanti, isu NFC yang berakar umbi dari ‘penyelewengan’ yang kononnya terdapat dalam laporan Audit 2010 (sudah dinafikan Ketua Audit Negara), akan bertukar menjadi cubaan merasuah polis pula.
Tapi kenyataannya ialah, Datuk Samsu ini ditangkap kerana cuba merasuah polis disamping kaitan Datuk Samsu dengan beberapa kes lain yang semuanya membabitkan penipuan atau cubaan untuk menipu.
Itu yang pertama....
Kedua, seperti disebutkan di atas, Datuk Samsu ditangkap kerana cuba merasuah Polis, menunjukkan Polis di Malaysia ini tidak mudah dirasuah seperti mana yang sering dipropagandakan Pembangkang.
Jadi, sejauh mana PKR akan berjaya dengan musim kedua drama NFC ini..? Sama-sama sajalah kita lihat....
Penulis jangka, plot ceritanya lebih kurang sama macam drama Tamil, maklum sajalah, tengok sajalah siapa pulak pengarahnya kan....
Eh, lupa pulak, Rafizi mana ya...?
myKMU.net
4 comments:
Kali ni hero citer tamil ada lah penulis sendiri....kahkahkah...
MIK terpengaruh dgn filem Tamil dan Hindustan.....
Dulu masa kes Atantuya, di babitkan PM dan Datin Seri. Kini kes NFC di babitkan Shahrizat pula. Tah ape2 kepala org2 ni. Lain keja tak da ke.
Kenapa blogger UMNO?APCO bonggok sangat kerana RMRMRMRMRMRMMRMRMRMRM.
Post a Comment