Wednesday, February 22, 2012

Kisah Poligami....

Beberapa minggu lalu saya ke Medan, Indonesia menghadiri bengkel bersama rakan-rakan dari Persatuan kakitangan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ramai yang bertanya kenapa kami memilih Medan. Jawapannya kerana kosnya yang rendah dan penerbangan ke Medan hanya memakan masa 55 minit.

Sama juga jika saya berbengkel di Pulau Pinang atau Langkawi sedangkan harga penginapan dan makan jauh lebih mahal daripada kedua-dua lokasi di Malaysia itu.

Bagaimanapun, ada suara sumbang yang berkata: "Jangan pergi menikah seorang lagi di Medan." Saya terus menjawab: "Issh, pergi berbengkel bukan pergi berkahwin!"

Rupanya Medan adalah satu destinasi menarik untuk bernikah dan berbulan madu. Kebanyakan yang berkahwin di Medan kerana berpoligami.

Selama ini, saya beranggapan Thailand adalah destinasi pilihan bernikah terutama bagi pasangan yang ingin berpoligami. Menurut seorang rakan, bukan saja Thailand, Medan dan Mekah juga destinasi pilihan pasangan hari ini.

Kenapa harus 'melarikan' diri hingga ke Thailand atau Medan untuk bernikah kali kedua atau ketiga? Adakah undang-undang poligami di Malaysia terlalu kekat sehinggakan seorang lelaki yang telah berkahwin tidak mungkin boleh berpoligami kerana tidak dibenarkan oleh mahkamah?

Apakah status perkahwinan di Thailand atau Indonesia atau di mana saja?

Poligami bukan perkara baru namun ia sering menjadi isu paling kontroversi di Malaysia. Entah di mana silapnya, poligami bagai tidak boleh dibincangkan.

Kata orang bercakap mengenai poligami seperti "ditelan mati emak, dibuang mati bapak" dan kebiasaannya, wanita adalah mangsa utamanya. Kebanyakan kaum wanita amat terganggu bila isu poligami disebut.

Poligami bermakna perkahwinan yang melibatkan lebih daripada seorang isteri atau suami dan perkataan poligami berkait rapat dengan perkataan polyandry yang bermaksud wanita yang mempunyai suami yang lebih daripada satu.

Perkataan yang lebih sesuai ialah poligini namun telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Malaysia menyebutnya sebagai poligami.

Islam membenarkan poligami berasaskan nas al-Quran dalam surah al-Nisa' ayat 3.

Kita juga diingatkan oleh hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Mana-mana di kalangan kamu yang mempunyai dua orang isteri dan dia melebihi salah seorang dari mereka, dia akan datang dengan badannya separuh lumpuh pada hari pengadilan nanti." (al Shawkawi)

Kedua-dua nas ini menunjukkan bahawa lelaki Islam dibenarkan berkahwin lebih daripada satu sehingga empat namun dia perlu berlaku adil. Jika tidak adil dia akan menanggung dosa sehinggakan di hari pengadilan dia akan berjalan lumpuh sebelah.

Sebenarnya ramai lelaki melihat poligami sebagai hak mutlak namun tidak ramai yang memahami ibadah di sebalik poligami.

Seperti yang diterangkan sebelum ini perkahwinan adalah ibadah dan ia mesti dilakukan mengikut hukum dan memenuhi syarat.

Apabila kerajaan melalui enakmen keluarga Islam membuat peruntukan mengenai poligami, ramai yang menganggapnya sebagai cara mengawal poligami atau usaha mengharamkannya.

Timbul suara-suara sumbang menuduh kerajaan cuba mengharamkan yang halal. Tidak cukup dengan tohmahan tersebut, ada kumpulan yang mengatakan bahawa peruntukan tersebut 'seperti melepas batuk di tangga.'

Sebabnya, lelaki masih dibenarkan berpoligami dan peruntukan tersebut tidak menakutkan atau menghalang lelaki dari berkahwin lebih daripada satu. Kedua-dua pandangan ini adalah ekstrem dan salah.

Bicara Agama - Utusan Online

8 comments:

Anonymous said...

Org LELAKI pasti hangin ... jika isteri 'agak mesra' dgn lelaki lain.

Org LELAKI ... ingat para isteri ni tak de perasaan ?

Org LELAKI ... patut ikut sunnah Nabi SAW ... kahwin dgn janda-janda (yg dah ade anak-anak) dan kahwin dgn seorang je yg anak dara !!!

Org LELAKI ... ade berani ?

Nani PJ.

Anonymous said...

dizaman dimana nak dapat yang HARAM ini TERLALU dan TERAMAT mudah.....diharap pihak berkuasa permudahkan perkara yang sudah dihalalkan oleh agama ni.Kenapa kita perlu menyukarkan benda yang mudah. Ulama pun kata..Islam tu mudah..manusia yang menyukarkan.
Undang-undang poligami ni perlu dilihat semula..samada kelemahan dari segi undang-undang..atau kelemahan penguatkuasaan.
Dahulu, antara sebab diperkenalkan undang-undang poligami..alasannya adalah untuk menjaga kebajikan isteri tua...memang ada betulnya. Tetapi, selepas diperkenalkan undang-undang ini, MUNGKIN kebajikan isteri tua lebih terjamin..tetapi timbul pula masalah pula dari segi kebajikan dan hak isteri muda. memandangkan kepada undang2 poligami yang dirasakan ketat, ramai yang bernikah diluar negara, spt Thai..dan mungkin juga Medan..dan banyak kes pernikahan tidak didaftarkan semula di Malaysia. Oleh itu, bila berlaku sesuatu dalam perkahwinan tersebut, biasanya isteri muda menjadi mangsa..hingga kadang2 kehilangan hak atas apa-apa yng dipunyai oleh suami disebabkan ketiadaan dokumen yang sah.
Mungkin ada yang mnegatakan..padan muka isteri muda tu sbb merampas suami orang..tetapi sebagai pejuang hak wanita..NGO2 feminis sepatutnya berlaku adil terhadap hak-hak dan kebajikan serta keadilan kepada kedua-dua isteri muda dan tua.
Dalam kebanyakan kes sebenarnya juga..lebih tertumpu kepada penguatkuasaan undang2 syariah yang ada..terlalu banyak kes juga kita lihat bekas suami yang amik endah tak endah atas perintah2 yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah..disebabkan biasanya tiada tindakan susulan yang dimabli keatas lelaki tersebut.

Sekali, di zaman yang HARAM tu mudah didapati..dan di zaman yang penuh godaan..dizaman yang keimanan kita tidak seteguh mana...maka permudahkanlah yang halal ni...

Anonymous said...

2 pun dah cukup..umpama tangan kanan dengan tangan kiri. Yg selebihnya tak payah la.

Masa untuk bersama keluarga lebih kalau nak banding dgn 3 ata 4. Itu pasal ramai lelaki cabut nikah diluar negara, mampu mungkin ada, tapi kadang kala hati si tua pun kena jaga bukan boleh nak terkam main cakap dah kahwin dua, bini pula suka ugut nak cerai laa nak keluar rumah, masing masing kena faham, kalau dah tak mampu dalam isu isu tertentu maka kaum wanita kena juga bertolak ansur, jgn pula nak tunjuk diri kebal dan hak mereka saja nak patuhi, lelaki pun berhak sebagai seperti termaktub dlm hukum islam melainkan kalau mereka ini tidak berlaku adil dan berat sebelah. Kaum lelaki boleh pertikai dlm mahkamah sbb hukum agama sah menyatakan. Kalau tidak nasib kaum lelaki akan terarah kepada kaum sejenis mcm ANuwar pulak...minta simpang malaikat 44.

Anonymous said...

saya sangat benci...

Anonymous said...

Islam itu indah..poligami dibenarkan jika lelaki mampu berlaku adil kepada semua isteri..masalah sekarang,banyak lelaki yg nak berpoligami tapi hak isteri masih terabai..diri sendiri tak terurus.ada sebab Allah membenarkan lelaki berpoligami..begitu juga dengan talak..kenapa tidak dibenarkan perempuan menjtuhkan talak..sbb perepmpuan kaum yg lemah dan perlu dilindungi..sbb tu perempuan byk gn emosi bila nk bt keputusan..tp mcm kerak nasi gak..keras2 tp kalu rendam air,lembut jgk..itulah perempuan..

Anonymous said...

Kalau talak dibenarkan kepada perempuan..alamatnya makin bertambahla laki bergelar janda..sebut nak poligami,abis kena cerai dengan bini..

Anonymous said...

Ada yang kata...lelaki ni nak kawin dgn anak dara je? kalau berani..berpoligami lah dgn janda yg dah ada anak..

Okay...masalahnya..kalau betul2 berlaku si suami menyatakan hasrat nak kawin dgn si janda....boleh ke isteri izinkan?? Rasanya sama je senario ni... Cakap sebelum terkena beriya2 la..dah terkena..janda ke anak dara ke..sama aje...

Anonymous said...

Sye slh sorg istri yg dmadukan.suami sye menikah dgn istri mde die smase sye dlm pntang ank ke 3..die sggp lari dgn pmpuan tu dan tggl kn sye dgn ank2 smate2 krn pmpuan tu..hnye Allah je yg tau btape hncurmye prasaan sye mse tu..lps dorg dh sah jd suami istri bru la sye tau rpe2nye pmpuan tu bkn ank dare lg.sblm die knl dgn suami sye die ade sorg ank luar nkah.suami sye tau psal tu tp die ttp jge trime pmpn tu..adekah suami sye layak dgelar pk sggup?