Malah beliau turut mencabar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengadakan ‘perbicaraan’ secara terbuka kerana isu berkenaan melibatkan kepentingan rakyat di negeri ini.
Noh berkata, beliau bersedia untuk menghadiri perbicaraan itu dengan membawa segala bukti dan dokumen serta akuan bersumpah orang-orang terlibat.
“Kenapa saya perlu tampil dan kemuka bukti kepada TI (Transparency International) sedangkan Kerajaan Negeri sendiri tidak meyakinkan rakyat bahawa ada tindakan selepas penyiasatan dilakukan.
“Pada saya, Kerajaan Negeri tidak jujur dan tidak telus kerana sehingga hari ini siasatan Selcat (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan) dibuat secara tertutup tidak pernah diumumkan keputusannya malah, berhenti separuh jalan,” katanya, semalam.
Noh berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Khalid semalam yang mahu beliau tampil memberikan maklumat berhubung dakwaan isu penyelewengan pasir kepada ahli panel TI.
Isu pasir kembali hangat apabila pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafie bersama Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari didakwa terlibat dengan skandal itu.
Pendedahan itu bukan pertama kali kerana sebelum ini, Ahli Parlimen Kapar dari PKR, S Manikavasagam membuat laporan polis berhubung dakwaan wujud amalan rasuah dan penyelewengan dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
Noh turut menyindir Kerajaan Negeri yang bersikap ‘double standard’ kerana apabila ada kes melibatkan bekas pemimpin BN, Selcat telah dijalankan secara terbuka tetapi bila ada dakwaan penyelewengan melibatkan pemimpin pakatan pembangkang semuanya ditutup.
“Apabila kes tidak diselesaikan Selcat, sudah tentu isu pasir tidak boleh dibangkitkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri. Apakah Selcat ini ditubuhkan hanya untuk mencari keburukan dan kelemahan pemimpin BN sahaja, tetapi apabila melibatkan pemimpin pakatan pembangkang semuanya didiamkan?” katanya.
Beliau berkata, sekiranya perbicaraan rakyat itu diadakan, Abdul Khalid perlu bersedia untuk mengambil sebarang keputusan walaupun terpaksa meletakkan jawatan sebagai menteri besar.
“Jika saya bersedia menerima sebarang keputusan sekiranya bersalah, Abdul Khalid juga perlu bersedia bertindak seperti letak jawatan atau pecat dua Adun yang didakwa melakukan penyelewengan itu atau bubarkan sahaja KSSB.
“Saya mahu perjanjian ini dibuat lebih awal dan terpulang kepada Kerajaan Negeri untuk menyatakan persetujuan dalam masa terdekat. Lagi cepat lagi bagus bagi memperjelaskan isu pasir ini kepada rakyat,” katanya.
Sumber Sinar Harian
Jom kita saksikan apa pula yang Setiausaha Politik Khalid Gagap merapu meraban menerusi video klip dibawah ini....!!

4 comments:
support you pr? what aload of rubbish. Come to Subang Jaya/UEP you can see the rubbish collection done by the current contractors not up to standard. I don't know what the MPSJ is doing. They are more interested in celebrating their 15 years anniv than looking after the rakyat issues. The part at USJ 4 is not being look after. Leaves and the grass is growing,the trimming of plants not been carried out for more than 4 months.
Try walking on the pathway and you see leaves strewn.
Is this the govt we want in the next 5 years? NO NO No
haha... merapu... punya rapu.....sekolah kat mana?
Khalid dari Gagap terus jadi Bisu!!
PUSAT KHIDMAT NURUL IZZAH SEKADAR HIASAN SEMATA-MATA!! Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/
salam tuan, mohon pautkan blog umbhululangat.blogspot.com diblog tuan ya...terima kasih.
Post a Comment