Nik Aziz juga meminta Anwar supaya menyaman WSJ sekiranya kenyataan tersebut telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam.
"Jawatankuasa Agung dan Majlis Syura membuat keputusan meminta saya mengirim surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya mengenai Israel sebagaimana yang disiarkan dalam WSJ.
"Sekiranya kenyataan WSJ tidak tepat, kita harap Anwar menyaman WSJ. Saya telah menandatangani surat di Kuala Lumpur semalam dan insya-Allah surat itu akan dihantar oleh Setiausaha Majlis Syura selepas ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis makan malam bersama Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan di Hotel GRV di sini malam ini.
Apa dah jadi..? Tidakkah tindakan Majlis Syura ini akan menaikkan bara dan api kemarahan golongan Anwarinas dalam PAS yang menjadi PARASIT PARASIT tukang basuh berak Anwar dan beberapa pimpinan utama DAP..?
Sudah pasti barua barua murahan Anwar dalam PAS seperti Kamaruddin Jaafar, Khalid Gereja Samad, Dr Syed Azman, Dr Hatta Ramli, Nizar Lambai, Dr Duzlkifli dan ramai lagi tersedak sedak di pagi ini memikirkan apakah alasan terbaik untuk sejukkan hati Anwar dan dewa dewa DAP Chauvanist…
Tahniah Dato Dr Hasan Ali….!
5 comments:
"Jawatankuasa Agung dan Majlis Syura membuat keputusan meminta saya mengirim surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya mengenai Israel sebagaimana yang disiarkan dalam WSJ"
'meminta saya...'? nampaknya ada maksud tersirat tu. Adakah maknanya Nik Aziz masih nak sokong Anwar ttp tepaksa hantar surat sbb majoriti desak? Bersaralah Hj Nik Aziz. Tuan tak layak jd ketua dlm parti Islam. Memalukan.
Anwar dalam persimpangan. ..antara akidah ,funder zionis atau sekutu politik........kini tiada pilihanpun utk selamatkan diri. ..checkmate buat anwar! !!!!
Tu dia..klu UMNO buat tk betui protes dan minta supaya bertanggungjawab atas apa yg berlaku..dan di dlm PAS pula, inilah yg dinanti-nantikan oleh para pemegang panji-panji Islam supaya jangan sesekali menggadaikan maruah Islam hanya untuk kepentingan zionis yg sememangnya haramjadah!!!!..
Ini bermakna PAS tidak berada di bawah telunjuk PKR... maka mungkin PAS tidak berada di bawah telunjuk DAP. Ini bermakna PAS-PKR-DAP bekerjasama dalam kesamaan prinsip mereka sahaja, sementara perbezaan prinsip mereka masih kekal berasingan. Persamaan bagi mereka adalah menentang kezaliman, salahguna kuasa, penyelewengan, rasuah, kejahatan dan sebagainya yang dilakukan UMNO.
Ini bermakna Hassan Ali masih boleh terbuai mimpi untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan yang dilaknat Allah. Kenapa dilaknat Allah? kerana bekerjasama dengan UMNO yang menzalimi rakyat, melakukan maksiat dan kemungkaran dan memusuhi Islam secara berterusan dari saat ke saat pasti akan dilaknat Allah.
Kepada Penyokong Pas, kita tak perlu layan Hassan Ali lagi sb dia bukan lg ahli Pas...biarkan dia terjun dgn labu2nya...kita dah tau sape sbenarnya dia skrg...biarlah penyokong UMporno membuat ulasan...ahli2 dan penyokong Islam dan Pas tak rugi apa2pun....
Post a Comment