Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Tuesday, February 14, 2012

Raja Azura Dilantik Sebagai CEO Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

Gambar Hiasan

Ramai juga rakan-rakan korporat muda yang banyak mengeluh dengan apa yang berlaku pada ketika ini. Pada beberapa anak muda yang berkemampuan, seakan-akan ada pandangan bahawa hanya orang KHAZANAH sahaja yang layak dilantik ke jawatan-jawatan strategik dalam kerajaan.

Yang pelik, ada antara lantikan yang dibuat tidak pun berasaskan merit dan kemampuan. Lebih kepada sokongan orang tertentu yang mahukan orang mereka di tempat yang strategik.

Terbaru, untuk jawatan CEO, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera; seorang lagi kakitangan Khazanah diletakkan di sebuah Yayasan. Apakah perlu KHAZANAH mempunyai semua pengaruh di semua tempat yang diwujudkan oleh kerajaan? Atas alasan apa?

Bayangkan, seorang yang secara praktisnya tidak pernah didengar di dalam industri pendidikan, di kalangan kepimpinan tertinggi IPT – diletakkan sebagai CEO sebuah yayasan yang sangat penting kepada Bumiputera.

Individu ini akan mengurus dana RM500 juta yang akan diperoleh untuk membantu kumpulan pelajar Malaysia yang miskin dan tidak berkemampuan. Apakah mampu orang ini turun ke bawah, turun ke kampung, desa, rumah pangsa dalam mengenalpasti bakat Bumiputera yang perly dibantu?

Atau Yayasan ini akan menjadi ‘Yayasan Elitis’, yang hanya memberi peluang kepada kalangan pelajar keluarga berada dan berkemampuan.

Banyak pihak ragu dengan kemampuan KHAZANAH melahirkan kalangan CEO yang berpijak di bumi nyata. Orang KHAZANAH ini sudah tidak seperti orang biasa. Mereka maksum dan dikatakan mempunyai kuasa luar biasa untuk membuat perubahan.

Ramai di kalangan rakan menganggap pelantikan CEO di Yayasan ini tidak berasaskan pertimbangan yang wajar. Semuanya ditentukan oleh beberapa orang head-hunters yang tidakpun faham dengan keperluan masyarakat Bumiputera pada ketika ini.

Kita harap, CEO yang baru dilantik mampu menjadi kalangan pimpinan yang sebaiknya. RM500 juta ini mestilah diurus dengan baik, bukan untuk mencari keuntungan..., tetapi membawa anak Melayu ke platform pendidikan yang lebih baik.

Tak semua benda perlu diberikan kepada orang KHAZANAH kerana dalam kes tertentu mereka juga gagal dan tidak berfungsi dengan sebaiknya.

CEO yang dilantik:-

Raja Azura Raja Mahayuddin
Head of Human Capital

Raja Azura Raja Mahayuddin, aged 38, graduated with a Bachelor of Accounting (Hons) degree from Universiti Utara Malaysia. Before joining Malaysia Airlines, she had served Arthur Andersen & Co for 4 years. She is a Chartered Accountant (CA), Certified Internal Auditor (CIA) and has obtained her Certification in Control Self Assessment (CCSA).

Raja Azura joined Malaysia Airlines in February 2002. She was the Manager, Internal Audit Department upon joining Malaysia Airlines and was assigned to lead the Systemwide Station Internal Control Manual (SSICM) from September 2002-May 2003. Subsequently, she was tasked to set up and head the Organisation & Methods Department.

She was appointed as the Chief Internal Auditor (CIA) in March 2005 until June 2009 and led the transformation of the internal audit function and assisted the organisation in executing key governance related initiatives namely the Internal Control Enhancement (ICE) & Business Assessment & Control Assurance (BACA) programmes.

Subsequently, she was seconded to Khazanah Nasional Berhad as the Senior Vice President in Strategic Human Capital Management Division for one year prior to taking on her current role on 1 July 2010. Azura is actively contributing in the internal audit profession and currently serves on the Board of Governor of the Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM).

Kita harap dia dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya. Ingat..., Yayasan ini untuk orang Melayu (bukan kelompok elitis sahaja).

Dipetik dari Blog Gelagat Anwar

5 comments:

Anonymous said...

Raja Azura yg saya kenal ini mmg seorang yg hebat...InsyaAllah beliau mampu melaksanakan amanah dan tggjawab ini. Selamat berjaya.

Anonymous said...

Aku bangga my coursemate and university mates aku satu batch aku...sama sama di matric dulu dpt kepecyaan PM utk jadi ceo....this lady is extraordinary....dari dulu lagi dia berbakat...satu plihan tepat...tahniah,....persetankan pembangakang yg akai letak di lutut...

Anonymous said...

setuju dg saranan penulis....CEO perlu pd kesedaran yg menyeluruh akan kepentingan Pendidikan Bumiputra & tidak hanya nanti menjadi 'elite' focused..mesti sensitive keakar umbi...sesuatu yg perlu berterusan....Raja Azura seorg diri tidak akan berjaya....perlu disokong semua pihak...para pemimpin.Melayu...para cendikiawan melayu..ahli politik..NGO melayu..dan org melayu sendiri pd amnya......Insyallah matlamat dituju akan tercapai.....

HALIM MAD LAZIM said...

askm

Raja Azura adalah seorang alumni UUM dan sangat berpotensi untuk memberi impak kepada badan yang besar kepada pembangunan pendidikan negara. Pihak tuan boleh menghubungi saya melalui emel mlhalim@uum.edu.my sekiranya ada sebarang pertanyaan.
terima kasih

Dr. Halim bin Mad Lazim
Pengarah, Pusat Alumni, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah.

Taichee~@! said...

Salaam penulis blogger,

Sebagai seorang yang mengenali secara peribadi YM Raja Azura, beliau telah lama menceburkan diri dalam pembangunan insan. Sekurang-kurangnya sejak 6 tahun yang lalu pada masa kami secara sukarela memberi dorongan dan panduan kepada pelajar-pelajar kurang kemampuan yang akan menduduki SPM.

Selepas itu kami sama-sama juga aktif secara sukarelawan mengajar bahasa Inggeris di rumah anak-anak yatim. Semasa di MAS, mengambil anak-anak FELDA sebagai pelajar kejuruteraan aeronautic dan sentiasa memberi motivasi agar mereka berjaya dan merebut peluang yang diberi dengan sebaiknya.

InsyaAllah dengan peribadi dan integriti yang ada pada sahabat saya Raja Azura ini, kedudukan CEO itu pasti akan beliau jaga sebagai satu amanah yang besar untuk memberi peluang kepada 40% rakyat golongan sasar yang kurang berdayasaing.

Ingat ya, TERAJU bukan untuk kaum Melayu saja tapi golongan bumiputera lain seperti di Sarawak dan Sabah.

Untuk Raja Azura dan team Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, FIGHTING!!

Miztaichee Dean
Kuching, Sarawak