Rampas Selangor PRU 13

Rampas Selangor PRU 13

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!

2 JUTA BELIA AKAN BERSATU...!!
Jom Kita Sama Sama Meriahkan Hari Belia Negara 2012

KLIK Pada Imej Ocean 13

Mai Singgah Sat...

LIPUTAN BERITA TERKINI & INFORMATIF...!!!

SUARA GENERASI BARU

SUARA GENERASI BARU
KLIK PADA IMEJ

Thursday, February 9, 2012

Sampai Bila Nak Jadi HAMBA Seks DAP...??

BARU-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menyatakan dalam satu perhimpunan di Shah Alam bahawa tidak kisah PAS diperkudakan oleh DAP dan DAP yang diperkudakan oleh PAS asalkan jangan 'diperlembukan' oleh UMNO....!

Kenyataan itu mengesahkan PAS tidak kisah apa pun yang diminta oleh DAP asalkan cita-cita PAS untuk bersama-sama parti berkenaan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawan Putrajaya menjadi realiti.

Sebab itulah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menyatakan PAS dan PKR akan membantu DAP meyakinkan orang Melayu di Perak bahawa parti itu tidak bersifat cauvinis Cina dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kita tidak boleh menyalahkan Koo Ham kerana berterus terang, sebaliknya perlu berterima kasih kepada beliau.

Ia memandangkan selama ini ramai tertanya-tanya kenapakah PAS begitu bersedia bergabung dalam Pakatan Pembangkang biar pun berbeza ideologi dan arah perjuangan.

Malahan ramai juga bertanya bolehkah PAS bekerjasama dengan DAP yang secara terang-terang menentang penubuhan negara Islam sehingga PAS terpaksa menggugurkan perjuangan berkenaan....?

Tetapi rupanya, DAP dan PKR menerima PAS disebabkan mereka amat memahami kekuatan yang ada pada parti tersebut iaitu menarik sokongan orang Melayu menyokong pembangkang termasuk DAP.

DAP mengetahui mereka tidak boleh bersendirian melakukan usaha meraih sokongan orang Melayu, biar pun sudah memulakan langkah dengan menarik beberapa orang Melayu menyertai parti itu.

Bagi DAP, hanya PAS sahaja yang mampu menandingi keupayaan untuk memecah sokongan orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN) melalui UMNO....

Oleh itu, PAS diterima masuk dalam pakatan pembangkang dengan jaminan DAP pula akan cuba 'mencuci' imej PAS yang dikatakan dilihat ekstrem.

Bagaimanapun, kita tidak pasti sejauh manakah DAP benar-benar jujur untuk membantu PAS kerana hakikatnya yang lebih memerlukan PAS ialah DAP, bukannya PAS..!

Jika DAP mahu membantu mengikis imej yang dikatakan ekstrem itu, parti tersebut perlu membenarkan PAS bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina yang menjadi kubu kuat mereka terutamanya di Perak, Selangor dan Pulau Pinang.

Tetapi kita pasti DAP jauh lebih bijak berpolitik berbanding PAS, ia memandangkan DAP tidak akan mengorbankan kekuatannya semata-mata atas dasar membantu PAS.

Namun PAS akan bersedia berbuat demikian kerana parti itu sudah kemaruk hendak berebut kuasa bersama-sama DAP dan PKR.

Sebab itulah, selama ini kita lihat melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang PAS lebih banyak menjadi 'pak turut' dan diperalatkan. PAS seolah-olah cuba menafikan hakikat ini, sebaliknya gembira apabila ada penyokong DAP yang mengibarkan bendera PAS.

PAS menganggap itu petanda baik kerana menunjukkan kononnya masyarakat bukan Melayu menyokong parti itu.

Parti tersebut sebenarnya tidak sedar bahawa DAP mahu memperalatkan PAS untuk meraih sokongan orang Melayu kerana mereka tidak boleh bergantung kepada PKR.

PKR ibarat parti yang semakin rosak dan penuh kekalutan akibat gelagat pemimpin-pemimpin kanannya....

Ia berbeza dengan PAS yang mempunyai ramai ulama, kehadiran golongan ini akan memudahkan misi menarik sokongan orang Melayu.

Tambahan pula DAP amat memahami ketaksuban PAS untuk terus berada dalam Pakatan Pembangkang dan keghairahan PAS untuk menggantikan UMNO sebagai parti tunggal orang Melayu.... Justeru keterujaan inilah yang akan menjadi senjata kepada DAP dan PKR untuk memperalatkan PAS!

Dan satu fakta lagi kita harus mengakui bahawa dari segi organisasi terutamanya pergerakan jentera pilihan raya, PAS jauh lebih tersusun berbanding kedua-dua parti berkenaan.

Ahli-ahli PAS sentiasa taat kepada arahan kepimpinan apabila diminta berkorban dan berjuang untuk parti. Mereka diserapkan dengan fahaman bahawa pakatan pembangkang perlu menumbangkan BN kononnya bagi memberikan harapan baru kepada rakyat dan 'Bersihkan Malaysia'.

Ahli-ahli PAS juga ditanamkan dengan fahaman bahawa musuh mereka yang paling nyata adalah UMNO, oleh itu 'jihad' mereka ialah menghapuskan kuasa politik UMNO biar pun parti terbesar orang Melayu itu telah banyak berjasa kepada bangsa, agama dan negara.

Berikutan keadaan itulah, DAP dan PKR tidak akan meninggalkan PAS, apatah lagi PAS dilihat 'pak turut yang baik' kerana tidak pernah membantah kehendak, kemahuan dan arahan mereka.

Bagaimanapun apa yang perlu difikirkan oleh orang Melayu apakah corak politik yang diamalkan pembangkang sekarang akan menguntungkan masa depan mereka atau tidak.

Pilihan raya umum akan datang bukan soal untuk memberi kuasa kepada mana-mana parti semata-mata tetapi sebaliknya menentukan survival perjuangan dan kepentingan orang Melayu tidak tergugat di samping memastikan kaum-kaum lain tidak dipinggirkan.

Jelaslah, DAP dan PKR menerima PAS bukannya bagi membantu parti yang diasaskan oleh para ulama tersebut meneruskan perjuangan Islam tetapi semata-mata untuk meraih kuasa politik. Seperti mana pernah diperkatakan sebelum ini, DAP dan PKR sama sekali tidak akan membiarkan PAS dominan atau menjadi tonggak utama pakatan pembangkang.

Jika DAP dan PKR ikhlas serta mengiktiraf PAS sebagai parti yang mewakili orang Melayu dan umat Islam yang merupakan kelompok terbesar rakyat di negara ini, maka mereka perlu benarkan Pas menjadi parti utama dalam pakatan pembangkang.

Melalui cara demikian barulah mimpi PAS siang dan malam untuk menggantikan UMNO akan menjadi kenyataan.

Bagaimanapun kita yakin, harapan untuk melihat PAS menjadi suara utama dalam pakatan pembangkang hanyalah mimpi kerana selain DAP dan PKR tidak akan mengizinkan, PAS juga ketandusan pemimpin yang layak menjadi pemimpin kepada ketiga-tiga parti berkenaan.

Sebab itulah, DAP dan PKR menyatakan kalau pun Anwar Ibrahim dipenjara sekali pun, beliau tetap dilantik sebagai Perdana Menteri kalau Pembangkang menang Pilihan Raya Umum nanti.

Oleh itu adalah diharapkan orang Melayu tidak harus terpengaruh dengan janji-janji manis pakatan pembangkang kononnya pakatan itulah alternatif terbaik bagi menggantikan BN serta PAS adalah pengganti UMNO.

Semua itu hanyalah omong kosong kerana fakta sebenarnya ialah kerjasama mereka bukanlah pakatan rakyat tetapi pakatan rapuh akibat berbeza ideologi politik dan hala tuju perjuangan.

Mereka juga perlu menerima hakikat bahawa PAS tidak akan mampu menggantikan UMNO kerana sepanjang perjalanan politiknya UMNO tidak pernah menjadi 'pak turut' sesiapa, UMNO tidak mengorbankan prinsip perjuangannya dan UMNO tidak pernah mengamalkan pendekatan matlamat menghalalkan cara.

Apa pun UMNO lakukan adalah demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam serta bekerjasama dengan parti-parti komponen BN membela kaum-kaum lain supaya kita mampu mewujudkan sebuah rakyat yang bersatu-padu bagi membangunkan negara.

Tetapi apa akan berlaku jika rakyat menyerahkan kuasa kepada sebuah pakatan politik yang menyaksikan satu parti dilihat cauvinis, satu parti dilihat caca marba dan satu parti hanyalah 'pak turut'. Fikirkanlah...!

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

15 comments:

Anonymous said...

Ngapa hari-hari pancing undi dengan cara cerita karut dan kelentong tentang parti-parti lain?

Tak de ke prinsip pancing undi dengan cerita baik tentang parti sendiri atau BN?

Rasanya rakyat dan bijak berfikir tampa unsur-unsur kelentong ni.

Tak kan BN atau UMNO tak de buat benda-benda yang baik sepanjang ni sahingga tak de modal untuk cerita ke?

Zaman ni dah berubah dan ramai tau cara berpolitik lama dah lapuk dah. Yang tua-tua atau nak hampir jumpa ajal masih yang tak sedar-sedar.

Bila nak dewasa, ni?




Pejuang BAN

SiamangBukit said...

Anon, yang mana pulak En Zul ini kelentong?
Hakikinya, pancing2 lah tapi jangan jadi dayus macam PAS jual ugama dan membelakangkan memantapkan akidah orang Islam. UMNO tak desperate gitu macam. PAS nampak dayus.

Adi Kencana said...

Wow, diperkudakan orang kafir takpa, tapi nak bersatu sesama Islam tak boleh? Isy, prinsip mana PAS pakai ni? Prinsip nak raih undi bukan Islam ka?

SETELAH DITELANJANGKAN DI LEMBAH PANTAI, NURUL IZZAH LARI KE SINGAPURA!! Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

sabor je ler encik, mcm tulah bila agen DAP mula bersuara. konon nk belas Melayu/Islam.

hati2 dengan parasit sebegini.

Anonymous said...

betul tu cik zul...melayu/islam dlm pr mmg hampas, takcerdik, bangang...sanggup kena kuda ngan kapiaq harbi dapig...toktok dh kpla mereka...bolo

Anonymous said...

Macam manalah nak bersatu dengan UMNO, perangai UMNO sah-sah lebih teruk dari orang kafir sendiri. Tak cukup bukti syarak kamu tuduh orang liwat, tak cukup bukti syarak kamu tuduh dia berzina. Jadi macam manalah PAS nak berkawan dengan UMNO. Lagipun UMNO pernah perkena PAS satu ketika dahulu. Maka disebab PAS berimanlah dan memahami sunnah maka PAS tidak sedia bekerjasama dengan UMNO sesuai dengan hadis Rasulullah SAW iaitu:

“Tidak selayaknya seorang mukmin itu dipatuk ular dari lubang yang sama dua kali” [HR Bukhari & Muslim].

Aku setuju dengan Anon1, memang benar blogger pro-UMNO gagal menampakkan bahawa UMNO mampu membela dan melindungi rakyat. Sebalik para blogger ini lebih mahu memecahbelahkan rakyat. Jadi macam manalah kami nak boleh percaya.

Namapun SiamangBukit, nampak sangat tak ada otak macam binatang tu.

Blogger MIK, adakah anda seorang penagih pornografi? Sebab kebanyakkan tajuk-tajuk tulisan kamu tu menampakkan anda mengalami ketagihan porno pada tahap maniac.

Ghazali said...

Life is a matter of choices....What you choose....will be the indicator WHO YOU REALLY ARE...in terms of Faith....

Anonymous said...

Lebih baik berada d bwh pimpinan DAP yg mltakkan kedudukan yg tinggi utk islam d p.pinang drpd d plembukan oleh umno yg menjadi sebab rosaknya akidah umat islam kini.. Tgklah presidennya sendiripun dah murtad jd hindu..
(rujuk knyataan bekas s/u menteri jpm tentang pmrintahan DAP d p.pinang)

Anonymous said...

PM kamu dah jadi hindu ada hati nk bcakap tentang melayu islam...piiirah..
Rujuk akuan sumpah drebar rakan hindu najib yg pernah bwk tok2 sami hindu ke seri perdana..

Anonymous said...

Lebih baik bersatu dgn DAP lim guan eng yg mninggikan syiar islam d penang drpd bsekongkol dgn umno yg korup lg haprak..org yg bodoh sj mnyokong umporno

Anonymous said...

tak heran satu hari nanti akan berkatalah DAPigs kepada Parti Angguk Sajer ni..haiya aji ahh..mali makan babi..manyak syok ooh..kalau aji makan babi, wah boleh kasi aji pegang kuasa maaa..maka nabi jadian si na.jis pun akan keluar fatwa menghalalkan daging babi kepada semua umat Pas.. demi kuasa takpe katanya

Anonymous said...

Wah, dah makin galak agen DAPig bersuara...

Anonymous said...

bodohnya juak2 Pas ni sampai tak boleh nak berfikir..otak dah bangang makan nasik babi Dap...

Dap memertabatkan islam?????

Woi juak2 Pas..

yg melarang bacaan ayat suci al quran dgn pembesar suara tu Dap...Pas angguk setuju

yg melarang perarakan sambutan maulidurrasul tu Dap..Pas angguk saja

yg menentang rampasan arak tu Dap..Pas angguk lagi

yg menentang negara islam dan hudud tu Dap...Pas lagi kuat angguk

yg mengembangkan maksiat, pelacur, rumah urut, judi, tarian bogel...Pas angguk seronok

yg melarang perlaksanaan undang2 syariah dilaksanakan tu Dap..Pas angguk lagi

yg menhina...membaca ayat2 suci alquran dan terjemahkan ayat tersebut tonggang langgang demi berpolitik tu Dap...Pas tepuk tangan seronok

yg menyokong himpunan seks songsang mega tu Dap...Pas angguk setuju

yg menyokong memurtadkan akidah umat islam tu Dap..Pas angguk setuju

yg menhina kesucian rumah Allah dgn berceramah luar dan dalam masjid tu Dap..Pas angguk kepala dan terlopong mulut bila penceramah jemputan kafir Dap berceramah

yg menghina masjid dgn bersenam joget di kawasan rumah Allah tu Dap...Pas tumpang semangkok berjoget sekali..memang siall lah

fuh.. terlalu banyak nak cerita pasal Dap laknat ni yg menghina agama islam ni...

Pas sangup jadi hamba sanggup menjual dan mengadaikan maruah agama pada puak2 kafir demi undi...

Pas parti dah sesat...

islam agama yg sebenarnya yg perlu dipertahankan dari terus dihina dan diperhambakan oleh parti sesat Pas...

Anonymous said...

PRU 13 nanti melayu haprak camni lah yg bertanding utk DAPigz. PAS gigit jari kaki jer, harap nk tambah kerusi di kawasan melayu sambil nk try masuk kawasan cina. Alik2 geng babi tu jugak yang dah bolos kawasan melayu, siap dah ada calon melayu haprak. Apa nk buat, depa ni kuda tunggangan jer. MMMMmmmmm... masuk angin keluar kentut.. HAMPAS!!

Anti Pakatan said...

Parasit dalam PAS dah mula bersuara ke? Seburuk-buruk UMNO masih saudara seagama kamu!

Ape kaitan liwat xde saksi? Mangsa bukan saksi? Oooo..ye la kire cam video la, semua tuh besi jer :)

Najib Hindu hanya berdasarkan Akuan Bersumpah seorang Hindu yang boleh dikeluarkan dgn bayaran RM 5.00??? Bayangkan punya baghal parasit2 nie, harga sebuah fitnah hanya RM 5.00 untuk disahkan menjadi kebenaran...Woi parasit tak abes belajar, akuan bersumpah sahaja tak cukup, org yg buat akuan tuh perlu beri keterangan dalam mahkamah untuk sahkan ape yang die cakap...skrg parasit2 sekelian beritahu kami mane drebar Hindu tuh dah lari??..Sampai hari nie tak nampak kundi die tau!