APA agenda sebenar yang Farid Redzuan sedang rancangkan hingga begitu sekali beliau dikatakan mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh bloger yang pro UMNO dan juga kerajaan sehingga tanpa segan silu `menyerang’ kerja-kerja pemain di ruang maya ini dan menyelar kononnya bloger-bloger pro kerajaan dan UMNO ini sebagai bodoh dalam menangani sesuatu isu?Beliau sedar atau tidak betapa seksa dan sengsaranya bloger pro UMNO dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan parti serta kerajaan yang difitnah oleh Pembangkang.
Sedangkan dalam masa yang sama tidak ramai pemimpin, Menteri, Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri turut sama seiring dan sederap bersama bloger mempertahankannya hingga ada dari kalangan bloger tersilapa arah hingga menyerang sesama sendiri..?
Farid Redzuan sedar atau tidak hingga ada blogger dan juga pemain media baru berdepan dengan tindakan saman pihak pembangkang walaupun mereka memperkatakan yang benar dan apa bantuan yang kumpulan dari Pejabat Perdana Menteri berikan...?
Nasib mereka jarang dibela tetapi demi mempertahankan kerajaan dan juga bangsa,agama dan negara,mereka ini sanggup menelan segala risikonya..! Mereka terus berjuang walaupun yang berjawatan kenyang dengan gaji besar serta jawatan yang tinggi.
Farid Redzuan juga dikatakan tidak senang dengan RTM yang dianggapnya ketinggalan dalam menyalurkan maklumat hingga beliau membuat perbandingan antara RTM dengan rangkaian TV milik Media Prima serta Astro.
Adakah Farid sebenarnya sedang bercita-cita untuk mengambil alih RTM yang selama ini menjadi lidah rasmi kerajaan,yang Farid mungkin tidak reti bezakan peranan antara stesen TV berbayar dengan stesen TV milik penuh kerajaan ini.
Farid yang dikeluarkan dari TV3 untuk dilantik sebagai Penasihat Komunikasi Pejabat Perdana Menteri dilihat sebagai hilang fokus serta tanggungjawabnya menasihati apa sahaja peranan media terhadap aktiviti ataupun peranan Perdana Menteri di mata rakyat dan dunia malah kehadirannya dalam pejabat Perdana Menteri setakat ini dilihat tidak banyak membantu untuk mengangkat promosi Perdana Menteri.
Beliau hanya dilihat berjaya menjadi Penasihat Fesyen kepada Perdana Menteri dan juga isteri apabila Najib dan Rosmah berjaya diangkatnya sebagai model kepada fesyen-fesyen pakaian terkini yang berjenama...
Tetapi malangnya sebagai Perunding Media, beliau nyata gagal termasuklah menangani isu Najib di Pesta Ponggal di Klang baru-baru ini,cetakan gambar dalam Utusan Malaysia bilamana PM dilihat menunggu Rosmah di tangga kapal terbang serta banyak lagi kegagalan Farid yang berkaitan dengan media dalam negara ini dari sudut berita ataupun gambar-gambarnya.
Baca seterusnya...., klik sini
2 comments:
Oh rupa-rupanya ini sekor lagi kuda tunganggan sayangku dan homo cun yang suka bontot.
Farid Redzuan ni mcm si Kadiaq jugak... Propa je lebey... Niatnya nak dapatkan perhatian dari kalangan blogger... Nak buat mcm si Azwan Bapok Ali... Dgn harapan dgn berbuat demikian namanya akan panas kalangan blogger... Aku malas nak ulas pasal Farid Redzuan ni dlm blog aku, waste my time... Ulas pasal Farid Kamil lg bagus laa...
Post a Comment