Thursday, March 8, 2012

Imam Baling Selipar Menangis Setelah Dihukum Penjara Setahun....




Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang penjawat awam, Hoslan Hussin atas kesalahan menghina mahkamah berikutan tindakan lelaki itu yang melemparkan seliparnya ke arah panel hakim.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, hukuman setimpal bagi kes berkenaan adalah penjara setahun.

Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruah mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.

"Kesalahan yang dilakukan kamu adalah serius di sisi undang-undang," katanya yang menambah, tindakan seperti itu tidak boleh dibiarkan tanpa dibendung.

Beliau yang mengetuai panel tiga hakim, menyampaikan hukuman tersebut selepas mendengar hujahan daripada wakil Peguam Negara, Suzana Atan dan juga wakil Majlis Peguam, Arthur Wong.

Suzana berkata tindakan Hoslan telah menyebabkan institusi kehakiman dipersenda dan mencadangkan hukuman penjara.

Wong turut mempersetujui cadangan hukuman oleh wakil Peguam Negara itu.

Seorang lagi panel hakim, Datuk Suriyadi Halim Omar pula berkata beliau tidak begitu bermurah hati dalam menjatuhkan hukuman atas insiden yang "amat memalukan" itu.

Beliau juga mendapati Hoslan tidak menunjukkan imej seorang imam yang berbudi pekerti tinggi sebagai seorang yang menyandang jawatan keagamaan.

Sebaliknya, tindakan imam itu menunjukkan sikap "angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati institusi (kehakiman)," katanya.

Tambahnya, Hoslan menunjukkan kepercayaan kepada mahkamah apabila mengemukakan kes tersebut.

"Tapi bila kecewa atas tindakan yang tidak cekap, anda bertindak sedemikian.

"Jadi sekarang anda perlulah terima padahnya," katanya lagi.

Terdahulu mahkamah turut mendengar permohonan maaf daripada Hoslan, 46 berhubung tindakan membaling selipar itu.

"Saya kesal atas apa yang berlaku dan memohon maaf kepada seluruh kehakiman.

"Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan," katanya lagi.

Hoslan turut menjelaskan bahawa beliau keliru dengan perjalanan kes melibatkan dirinya dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diputuskan di mahkamah tersebut pada 22 Februari lalu.

Hoslan yang mewakili dirinya sendiri dalam kes berkenaan berkata, beliau keliru dengan perjalanan kes tersebut "bermula daripada awal."

Kes tersebut sepatutnya didengar di Mahkamah Syariah dan bukannya di Mahkamah Sivil, katanya lagi yang meminta prihatin mahkamah.

Hoslan yang tidak berkasut hari ini turut dilihat menangis dengan kuat selepas memohon maaf daripada mahkamah.

Beliau turut menarik perhatian orang ramai apabila beliau menunaikan solat sunat di ruang legar mahkamah ketika mahkamah berhenti rehat.

Dalam mitigasinya selepas itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Hoslan turut memberitahu mahkamah bahawa tindakan membaling selipar itu "tidak dapat dipertahan."

Bagaimanapun mahkamah perlu mengambil kira faktor emosi Hoslan dan tindakan itu dilakukan secara tiba-tiba kerana beliau "keliru."

Hoslan juga perlu menyara tujuh anaknya, berusia antara enam hingga 16 tahun dan kini bekerja sebagai pegawai alam sekitar di Jabatan Alam Sekitar, kata Karpal lagi.

18 comments:

Anonymous said...

imam ni agaknya pengikut tgar anwar al juburi dan penyokong pas munafiq.sebab tu prangai dia kurang ajar macam anwar ,mahfuz, mat sabu ,malah biadab macam nik aziz

Anonymous said...

Khir Toyo juta juta angkat duit kena 1 tahun.

Imam baling kasut pun 1 tahun. 1malaysia aka 1israil.

Anonymous said...

Orang macam ni yang merosakkan dan memalukan islam.Tidak tunjuk contoh yang elok.

Anonymous said...

keliru ke kurang ajar. orang yang berserban dan berjubah seharusnya menunjukkan budi pekerti yang mulia..akhlak seorang muslim yang baik. adakah dia berfikir dia berserban boleh melakukan apa sahaja yang dia suka termasuk perangai macam setan! Contohilah akhlak nabi.

Anonymous said...

Manusia yang Riak dan takabbur !

Anonymous said...

InsyaAllah, selepas BN tumbang sepenuhnya, OKT yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin UMNO, blogger-blogger yang kuat memfitnah mungkin akan membuat tindakan yang sama cubaa membaling kasut kepada hakim.

Tapi rasanya masa tu OKT semua akan berada di dalam kandang bercermin, mungkin OKT masa tu hanya mampu meludah.... jadilah belajarlah silat meludah dari Panglima Ludah kamu hingga tahap gaban.

Anonymous said...

sembahyang pun nak menunjuk nunjuk. Perangai buruk, tidak menampilkan orang yg beragama. padan muka nak tunjuk besar kepala. ini lah sifat imam PAS.

Anonymous said...

Otak letak kat lutut. Tak reti hormat rumah orang. Apa ke bangangnya!! Masuk rumah orang buat hal dengan tuan rumah. Tu namanya riak!! Sure kena pecat ni sbb kekecewaan kontrak! Hmmm camner tu....Ikut la sangat perangai ANwar tu!! Ni la padahnya!!!

Anonymous said...

Belajarlah beristiqamah. Perangai buruk sebegini pun nak dijadikan isu Politik. Harap2 puak2 berkenaan takdeLah bercita2 nak buat perhimpunan membebaskan imam pulak lepas ni. Kalau dah salah tu, salah la. Istiqamah dan muhasabah diri lah sikit. InshaAllah aman hidup kita...

Anonymous said...

Ostat ini tahu danselalu berkata... Sabar itu separuh dari Iman...beriman kah Ostat ini ? muka pun cm Taliban jerr..

Sebuah Perjuangan said...

salam saudara..

saya Penggempur Mutiara ingin memohon jasa baik agar blog saya juga dilinkkan suapan kepada blog saudara.

http://lamanizzs.blogspot.com/

tq

Anonymous said...

Apsal minta bantuan Karpal Singh? Berapa banyak kes dia menang? Kalah memanjang... Kapal sink

Anonymous said...

Siap tunjuk lg berdoa pd Allah, tp
bergantung kpd org kafir utk mempertahankannya..manusia bertopengkan agama inilah yg sebenarnya meruntuhkan agama!!

muthu said...

mustahil sirul adan azilah
membunuh kerana sukan
kalau pun membunuh kerana hobi
ini perlu juga di buktikan di mahkamah

dari surat bersumpah sirul dan azilah
mereka mengaku makan upah
mereka di beri 100,000 ringgit

maka perlu ditanya oleh hakim
siapa beri duit ini?

kerana itu hakim yang
menghakimkan kes ini
patut diberi minum air selipar

Anonymous said...

Yg dok g baling hakim dgn kasut apa ke jadah nya..kata imam...patut nya imam ni penyabar,istiqomah,tawakal redha...sebagaimana kat osstazzz..PAS....ni panas baran,,kompom kawan setan ni..hehehehehe

Anonymous said...

Imam ni nak dedahkan penyelewengan beratus ribu ringgit duit masjid. Tapi hakim x nak terima. Siapa yang tak sokong imam ni memang x de iman dan bangang + bengong

sondol adlin said...

Banyak lagi keje pak imam, tapi dah jadi barua Anuar Ibrahim(bakal dajal)lupa tanggung jawabnya sebagai,imam. Patutnya dia contohi Datuk Hassan Ali berjuang menegakkan kebenaran menentang kemungkaran yang di lakukan PKR .Kenapa memohon bantuan kafir harbi Karpal Sing.

sondol adlin said...

Banyak lagi keje pak imam, tapi dah jadi barua Anuar Ibrahim(bakal dajal)lupa tanggung jawabnya sebagai,imam. Patutnya dia contohi Datuk Hassan Ali berjuang menegakkan kebenaran menentang kemungkaran yang di lakukan PKR .Kenapa memohon bantuan kafir harbi Karpal Sing.