Saturday, March 31, 2012

Panaas Kisahnyaa...! Kenapa Anwar Nikah Koboi Dengan Wan Azizah..., Kawin Lari...!!



Kalau dulu kita cuma mendengar kisah cinta monyet, cinta sejati, cinta palsu atau cinta tiga segi, tetapi hari ini ada satu lagi jenis cinta iaitu cinta politik. Cinta politik ini boleh dilihat dengan jelas di kalangan pemimpin-pemimpin yang terkantoi terutamanya dalam skandal yang melibatkan seks.

Contohnya, apabila seorang pemimpin itu tertangkap berkhalwat atau berzina, maka dengan segeralah dia menunjukkan cintanya terhadap isteri, seperti membawa isteri ke hulu ke hilir di hadapan media dan membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan dia adalah suami penyayang dan mencintai isterinya.

Di Malaysia, drama cinta politik ini telah banyak kali dimainkan. Antara pelakon hebat yang melakonkan watak ini ialah Mat Sabu dan yang paling baru ialah Ustaz Badrolamin apabila masing-masing terkantoi berkhalwat.

Tetapi selain mereka, kita pasti tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini mahupun di dunia yang dapat menandingi kehebatan cinta politik Anwar – Azizah.

Kisah cinta Anwar-Azizah bermula di zaman belajar lagi di mana Anwar sering membawa Azizah ‘berdating’ dengan motorsikalnya. Namun, cinta mereka tidak direstui bapa Azizah atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu yang tahu.

Sebagai hero, Anwar tidak berputus asa dan membawa Azizah lari. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980, ala-ala Zack dan Azura versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan lain.

Mengikut cerita Anwar di ceramah-ceramah, selama 32 tahun berkahwin beliau sempat membuktikan cintanya terhadap Azizah dengan membawa Azizah melawat Taj Mahal iaitu simbol cinta agung antara dua insan. Tetapi, kita tidak pasti pula sama ada lawatan itu dilakukan sebelum atau selepas Azizah mula resah dengan kehadiran Sukma Dermawan di rumah mereka.

Sukma Dermawan, iaitu adik angkat ‘homoseksual tersohor Asia’ telah pun wujud dalam hidup Anwar sejak awal lagi iaitu sekitar tahun 1977 di mana beliau tinggal dengan bapa dan ibu tiri Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada ketika itu masih bujang.

Setelah berkahwin, Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah ke rumah mereka di Seksyen 17 Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan berpindah lagi ke Seksyen 14 Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit Damansara di mana Sukma mendapat bilik persendirian yang khas.

Selain Sukma, cinta Anwar-Azizah juga diuji dengan kehadiran Azmin dan isterinya, Shamsidar. Khabarnya perhatian Anwar lebih tertumpu kepada Sukma, Azmin dan Shamsidar dan segala keinginan mereka dipenuhi sedangkan segala keperluan Azizah diremehkan sahaja dengan berbagai-bagai alasan.

Walaupun kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan rekod mahkamah, tetapi Anwar masih terus mengungkap cinta terhadap Azizah yang katanya, terus mekar mewangi.

Jelas, Anwar adalah seorang pencinta agung. Di dadanya penuh dengan cinta yang membuak-buak, melimpah ruah dan oleh itu, perlu diagih-agihkan kepada ramai orang tidak kira lelaki ataupun perempuan dari berbagai-bagai bangsa seperti Melayu, Indonesia, Pakistan, China mahupun Siam.

Pendek kata, cintanya tidak mengenal jantina, usia mahupun bangsa selaras dengan pendirian partinya yang memperjuangkan kesamarataan.

Mungkin inilah yang dimaksudkan Azizah mengenai ‘Anugerah Tuhan’ yang menjadi suaminya yang sejak dari dulu tidak pernah lupa menyuapkan hati berulam jantung sebagai makanan hariannya.

Hakikatnya, Azizah mungkin boleh menipu diri sendiri bahawa Anwar mencintainya dan Anwar juga boleh menipu Azizah yang beliau masih mencintai isteri yang digelarnya sebagai ‘ikan sepat kering’ di hadapan Shamsidar.

Tetapi Anwar dan Azizah tidak boleh menipu sekalian rakyat Malaysia hanya dengan menceritakan kisah mereka menari dan berguling-guling menyanyi di hadapan Taj Mahal dengan kostum warna-warni yang ditukar 10kali.

Cinta yang sebenar tidak perlu ditunjuk-tunjuk atau diceritakan kerana ia akan terserlah dengan sendirinya melalui pandangan mata dan senyuman.

Setakat ini, apa yang ada di mata Anwar apabila memandang Azizah, bukanlah cinta tetapi kuasa. Dan apa yang ada di mata Azizah apabila memandang Anwar pula adalah derita yang bercampur-baur dengan rasa jijik dan loya.

Selain itu, kita juga dapat melihat secebis harapan di wajah Azizah apabila memandang Anwar. Harapan itu bukan berupa harapan agar Anwar berubah atau tetap mencintainya tetapi harapan agar dapat ke Putrajaya sebagai balasan ke atas segala pengorbanannya.

Justeru, inilah kisah cinta politik paling ulung dan agung, dan wajar mendapat pengiktirafan setaraf Taj Mahal yang kononnya pernah menjadi saksi lakonan mereka.

Hasil penulisan Beruang Biru

12 comments:

mama sara nur said...

kesian ngan Wan Azizah he he

Anonymous said...

Kalau boleh dibukukan atau dibuatkan filem akan kisah cinta bersegi segi ini saya rasa bagus juga untuk tatapan hiburan dan yang lebih penting sebagai iktibar kepada generasi akan datang. Mungkin Abang-abang-abang Mad atau Ahmad Idham dapat fikirkannya?.

Anonymous said...

Kak Wan Azizah pun bangang. Kalau dah tahu laki kau perangai macam tuu kenapa masih nak bersekongkol dan bersama lagi?. Kalau lelaki dipanggil dayus tapi kalau perempuan nak panggil apa ye?. Rakyat menonton perkembangan kehidupan keluarga anda semua yang penuh dengan penyamaran dan penipuan. Ingatlah Zizah hoi....kebenaran pasti akan timbul kelak dan dimasa itu dimana awak nak sorokkan muka?.

Anonymous said...

Kalau buat filem gerenti 'box-office'.

Xyz said...

tu hANYA DENGAR2 cerita jer....lainla kalau lu ada masa tu...dah xde topik lagi ke nak lawan anuar..betulla tun m kata..yang bangnag je ada kat umno sekarang..( yg tu masuk paper...yg bangnag je masuk umno..-tun m) yang mama sara nur pun satu,,telan bulat2 apa yg ditulis..confirm x reti ajar anak ni

-BN ANJING DIBUNUH SAJA-

Anonymous said...

Mmg blogger MIK rendah iqnya...citer2 mc ni pun nak diperbesarkan..tak de maruah betul broni...

Anonymous said...

Aku rasa mak bapa Beruang Biru yang buat perkara tu, sebab tu dia dapat tulis dengan detail.

Anonymous said...

Anuar memang sah taik balaih jubux..Yang syok tu puak puak nie tak reti2 yang buka kes Anuar Al Juburi balaih jubox nie Ustat Mat Sabu dan Peguam Kapal Sing.. Mereka berdua nie lah yang suruh Tun M siasat Anuar Al Juburi nie dok balaih jubox merata dah..Tun M tak percaya.. Bila Tun M siasat betul Anuar Al Juburi ni balaih juboxx,,dia pecat Anuar dan lepas tu Kapal Sing ambil Anuar Al Juburi ni jadi pemimpin mereka..Pertanyaan nya Megapa??? awat yg hampa ni bodoh mcm haram jadah..Pikir la kenapa ???

Anonymous said...

“Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.

Dalam cubaannya sebelum ini, Anwar telah meminta supaya Mahkamah menggugurkan semua 10 nama individu daripada penyataan pembelaan Nalla. Kesemua mereka itu mempunyai hubungan erat dengan Anwar dan turut dikaitkan dalam aktiviti biseksual membabitkan Ketua Pembangkang itu.
Gayanya seperti Anwar cuba memanipulasi soal-soal teknikal melibatkan proses perbicaraan Mahkamah, satu kebiasaan yang menjadi kegemaran Anwar dan pasukan anak guamannya.Lihat sajalah rekod perbicaraan kes liwatnya dengn bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari. Berpuluh kali perbicaraan terpaksa ditangguh semata-mata untuk membolehkan pasukan guamannya mencari kelemahan pendakwaan dari segi teknikal.
Di kalangan ramai penyokong pembangkang khususnya dari PKR dan PAS tertanya-tanya kenapa bersungguh benar Anwar mengarahkan AMK parti itu untuk menghalang kemunculan Shamsidar di Mahkamah, sedangkan sepatutnya ia dimanfaatkan oleh Anwar untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.
Namun bila Anwar bertindak secara songsang mahu nama-nama individu tersebut disingkir dari penyataan pembelaan Nalla seterusnya mengarahkan AMK mengadakan perhimpunan untuk menghalang Shamsidar daripada hadir sebagai saksi, para penyokong PKR dan PAS menjadi tepu dan keliru.
Pemimpin yang mereka dewakan sebagai bakal Perdana Menteri kononnya berjiwa rakyat dan berkaliber kini kelihatan saling tak ubah seperti bapuk tua yang berpeleseran di celah-celah lorong gelap.
Tiap detik waktu bagaikan mimpi ngeri, mungkin kerana itu setahun dua kebelakangan ini wajah Anwar semakin tak berseri. Murung dan kelam sama seperti kambing jamnapari yang sedang kelaparan dan kehausan.
Jelas sekali, Anwar sedang kecut perut dihambat dosa-dosa dari kebejatan moralnya yang rendah. Dayusnya mengalahkan pondan, ketakutannya pula persis seperti tikus melihat kucing

Anonymous said...

buat Xyz, anon 1 dan 2 april 2012
payah kalau dah hati tu hitam. korang kenal sangat ke nuar?
kalau setakat tengok dari jauh dan just dengar dia berceramah memang korang akan dungu selamanya. yang anjing wajib dibunuh tu idola korang la sebab dia perosak agama dan bangsa. kalau setakat kes rasuah tak la heran tapi kalau kes sex di luar tabie mana nak letak muka. kalo korang islam la kalau kafir lain la memang habuan korang pun.

paktam said...

Seterusnya, Maza and partner?

Anonymous said...

agak-agaknya apa isi surat18 m.s wan jijah pd Dr. Siti Hasmah yg diceritakan Tun M baru2 ni yer?