MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Tuesday, March 6, 2012

Phahrolrazi & Ismail Salleh TAK Setuju Azizan Razak Beri Kontrak RM600 Juta Kepada Syarikat UMNO.... Itulah Punca Sebenar Krisis PAS Kedah.

Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah Projek MEGA yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin UMNO.

Perkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.

Projek MEGA yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh Menteri Besar kepada syarikat milik bekas pemimpin UMNO bahagian di Kedah.

Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit".

"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat Exco.

Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.

Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai Exco selepas PAS Pusat membentuk Jawatankuasa Pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.

Nampak gayanya Azizan jadi "steering" kepada Pemandu..., disuruh belok dia belok disuruh lurus dia lurus...!!

DAP Ganti PAS

1 comment:

MegaBidaman said...

salam bro, mohon link blog saya yang tak seberapa ni bidaman.blogspot.com dalam blog anda