Konsert yang sepatutnya berlangsung malam tadi terpaksa dibatalkan atas keputusan Menteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim. Satu keputusan yang berani dan tegas..!
Memetik sedikit ungkapan dipenghujung penulisan sahabat Blogger Rbf Online menyebut “Menteri peduli apa dengan persiapan yang telah dilakukan penganjur. Lantak merekalah.... Kalau dia tak pandai hormat kita, apa ke jadahnya kita nak layan dia…”
Rais Yatim bertindak bijak sebagai seorang Menteri yang beragama islam... Sudah pasti pendiriannya itu berlandaskan kepada kepentingan agama mendahului segala-galanya. No mercy..! Itulah dia contoh terbaik seorang Menteri yang perlu bertindak tegas, kena pada tempatnya.
Eryka Badu mencetuskan kontrevesi apabila beliau memiliki tatoo dibadannya bertuliskan kalimah Allah...Sebagai seorang manusia yang menghina kalimah Allah sudah pastilah kita berhak untuk menghalang beliau menjadi pujaan umat islam dinegara ini.
Tindakan berani Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim ini jauh berbeza dengan pendirian pimpinan utama PAS..! Sebagai perbandingan yang sangat mudah, kita lihat sendiri pendirian mereka semenjak berpeluk sakan dengan DAP... PAS hanya menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR.
Ingat kembali insiden pemecatan Datuk Dr Hasan Ali. Keputusan memecat bekas Pesuruhjaya PAS itu dibuat sehari sebelum tarikh jatuhnya hukuman Mahkamah Tinggi keatas kes liwat Anwar – Saful.
Beberapa hari sebelum pemecatan tersebut Azmin Ali naik berang kerana Dr Hasan Ali melarang ahli ahli PAS menjadi keldai untuk berhimpunan di Mahkamah pada 9 Januari. Sehubungan dengan itu ada desakan daripada Timbalan Presiden PKR agar PAS mengenakan tindakan keatas Dr Hasan Ali.
Tergamak Presiden PAS memecat seorang pimpinannya demi kepentingan politik PKR dan DAP.... Sememangnya kalau kita singkap kronologi pemerintahan Pakatan di Selangor jelas terbukti Dr Hasan Ali seringkali dikuis dan disiku oleh pimpinan DAP dengan sokongan kuat Khalid Gagap. Cuba imbas kembali kisah rampasan jualan arak di Shah Alam, isu kalimah Allah, isu murtad di Gereja DUMC dan lain lain lagi....
Akhirkata..., tahniah Dato Seri Utama Dr Rais Yatim...!!
0 comments:
Post a Comment