Dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, YAB Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan Geran Selangorku bernilai RM300 juta.
Pada mulanya saya menyangkakan geran ini merupakan bantuan kepada peniaga kecil. Rupanya tujuan geran ini ialah untuk menjayakan projek infrastruktur mengikut DUN. Saya difahamkan sekurang-kurangnya 2 projek infrastruktur setiap DUN. Ini bermakna terdapat lebih 112 projek untuk Geran RM300 juta.
Ini tidak lain dan tidak bukan merupakan agenda politik Pakatan menjelang pilihan raya umum akan datang. Jika Barisan Nasional berbuat sedemikian tentu akan dikatakan mengamal rasuah politik. Tapi jika mereka yang berbuat demikian segala-galanya tidak mengapa dan bersih segalanya.
Namun yang menariknya dalam pengumuman tersebut ialah Khalid menyatakan bahawa segala urusan akan dijalan secara telus dan memastikan tiada ketirisan. Pada fahaman ramai orang tentulah proses mengenalpasti projek infrastruktur dan juga pemberian kontrak akan dilakukan secara terbuka dan telus.
Malahan kenyataan media Pejabat Menteri Besar juga menyatakan,"Pemilihan kontraktor bagi menjalankan projek infrastruktur oleh jawatankuasa berkenaan dibuat berdasarkan harga terendah dan menepati spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR)."
Baca seterusnya..., klik SINI
1 comment:
Sebagai rakyat, kita akan menilai sesuatu yg dibuat/dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor...tak kira BN atau PR...jika betul dan baik utk rakyat kita terima dan kalau sebaliknya kita akan tolak...jangan suka mencari kelemahan atau keburukan terhadap apa yg hendak/akan dilakukan membabi buta...sb rakyat tahu dab boleh menilai....
Post a Comment