MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Friday, April 6, 2012

Masa Azmin Ali Jadi Setiausaha Sulit Anwar, Kita Tak Tahu Berapa Banyak Dia CEKAU.....!

" Saya guna istilah "cekau..", kita nak tanya kalau bukan kerana kedudukan itu, dari mana dia dapat peruntukan saham...?”.

“Kalau itu bukan salah guna kuasa, apa pula istilahnya...?

"Siapa Azmin sebelum jadi Setiausaha Sulit Anwar, kaya ke dia....?

"Kita kenal bapanya, Haji Ali guru Al Quran,” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Berdolak dalih dan tidak mahu menjawab dakwaan terhadap dirinya satu hal. Namun, menganggap sesiapa sahaja termasuk ahli-ahli PKR buta dan tuli kerana masih tidak tahu jawapan berhubung macam-macam isu termasuk memiliki saham jutaan ringgit dan kononnya jadi suami dayus satu hal lagi.

Azmin oh Azmin..!

Nampak sangat Timbalan Presiden PKR ini tidak hormati ahli parti sendiri. Kepada semua ahli-ahli PKR khususnya Cabang Ampang yang tuntutbeliau jawab semua isu yang dilemparkan kepadanya,renung-renung dan fikir-fikirkan jawapan Azmin ketika ditemui wartawan di Lobi Parlimen semalam....

Sebaik diaju soalan itu, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, “Tak ada apa...berapa kali nak jawab..?".

Tambahnya, "Hanya orang buta dan tuli saja yang tidak tahu...!".

Dan…, Azmin terus beredar meninggalkan Parlimen khuatir diaju soalan-soalan panas lain. Itulah cara Azmin....

Beliau mempelajari taktik mengelak jawab soalan kena batang hidung dengan menyalahkan atau menyindir orang lain.

Sedangkan, beberapa pihak dalam PKR sendiri yang secara lantang mendesaknya tampil menjelaskan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dikaitkan dengannya.

Sikap Azmin ini turut dibidas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi.

“Azmin adalah pemimpin parti pembangkang yang tidak terima kritikan walaupun beliau bebas dan lantang kritik orang lain. Patutnya, jika beliau mahu pihak lain jadi telus, beliau hendaklah telus pada partinya sendiri,” katanya kepada Agendadaily .

Menurut Menteri Pertahanan itu, Azmin selalu berselindung dengan melakukan character assassination ke atas orang lain.

“Jika mahu jadi pemimpin yang baik, beliau harus berterus terang di akar umbi terutama di peringkat cabang di Ampang,” ujarnya.

Zahid berpendapat, Azmin juga selalu bertindak kasar dengan guna istilah yang tidak menampakan beliau seorang pemimpin yang baik.

“Beliau sanggup terjah pemimpin akar umbi sendiri. Kita dah biasa dengan gelagat Azmin. Kalau itulah peranganinya, eloklah parti tolak dia,” kata Zahid.

Menjawab soalan, Zahid percaya bahawa memang jelas dari dulu lagi Azmin sembunyikan sesuatu.

9 comments:

Anonymous said...

Yang heran ni, kerajaan tak boleh buat sesuatu ke?

mdzail said...

macam mana dia nak memimpin masyarakat, maruah isteri dan anak pun dia tak mampu mempertahankan!

Anonymous said...

Nak tanya bro jgk, berapa ramai dan banyak pulak yg pemimpin UMNO CEKAU duit rakyat....Zahid Hamidi ni bersih sgt ke orangnya...rakyat pun dah tau berapa banyak yg Zahid dah CEKAU....jgn ckplah....

Anonymous said...

pemimpin UMNO dan pengikut nak ckp pasal maruah jgk ke....bermaruah sgt ke pemimpin UMNO/BN ni ye rupanya...lama dah tau.....

Anonymous said...

Maknanya setuju lah Azmin ni cekau juga ye!

Anonymous said...

Dia cekau ada bukti, ada dekomentasinya..u cakap pemimpin umno mana bukti fizikalnya? Dosa besar bro fitnah tanpa bukti, tomahan dari mulut ke mulut u dapat dari bual kedai kopi@mamak. Gro up bro.. Allah tak suka bila umatnya tak guna akal yg waras.

Anonymous said...

Pemimpin UMNO cekau duit dgn cara sembunyi-sembunyi... takkan tak faham kot atau buat2 tak faham...orang ramai dah tau bro..org UMNO mmg bijak dlm hal mcmni...tunggulah bila BN jd pembangkang kita akan bongkar satu-satu...tunggu, tak lama dah...

Anonymous said...

Sesape pun yg dapat wang haram gua mmg tak setuju tak kiralah BN atau PR...tapi kalau tak puas hati reportlah kat SPRM...cume cara pemimpin UMNO dpt habuan tu yg tak betul...saya ingat kata2 ini ....GUA TOLONG LU, LU TOLONG GUA....ada faham tak????

Anonymous said...

Maaf bro....aku dulu pun ahli UMNO...ckp jujur pemimpin terdahulu tak mcm pemimpin hr ini...pemimpin dulu mmg benar berjuang atas dsr keikhlasan....adalah sikit2 tak betulnya namun tidaklah seperti pemimpin hr ini...semua minta projek....mesti ada komisyen...hidup pemimpin bermewah2....ini hakikat...bukan tak boleh bermewah tp kemewahan itu hendaklah datang dr sumber yg halal dan bersih....tgok ajelah anak2 menteri2...anak Nazri Aziz contohnya...takkan tak nampak????