MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Tuesday, April 24, 2012

Pakatan Rakyat TERKENAL Dengan Kencing Manisnya....

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Selangor Dato' Sri Mohd Zin Mohamed menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Semalaysia (Pas) cukup terkenal dengan janji-janji manis sehingga tidak pernah menunaikan sebahagian janji yang dibuat pada pilihanraya umum 2008.

Beliau berkata janji untuk mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% pada PRU 12 yang lalu masih belum ditunaikan oleh pembangkang sehingga kini.

Katanya rakyat Selangor tidak perlukan masa yang lama untuk melihat penipuan pemimpin Pakatan Rakyat satu demi satu. Pelbagai kepincangan telah diperlihatkan kepada rakyat walaupun kepemimpinan ketiga - tiga parti ini mengaku bersama dalam semua hal, namun hakikatnya mereka ini seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

"Sebulan selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor, Khalid Ibrahim membuat pengumuman bahawa janji untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan cukai premis komersial tidak dapat dilaksanakan.

Belum pun sampai sebulan memerintah, janji manifesto terpaksa ditarik balik. Ini namanya pemimpin yang hanya berjanji untuk meraih undi tampa mengira hakikat sebenar ekonomi".

"Sehingga sekarang, janji pakatan untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan premis komersial masih belum terlaksana. Jika ada pengumuman yang dibuat menjelang pilihanraya nanti, rakyat Selangor perlu sedar dengan janji-janji palsu hanya untuk meraih undi rakyat Selangor semata-mata" kata Mohd Zin.

Menurutnya, bukan sahaja cukai tidak diturunkan, malah cukai dan premium tanah turut dinaikkan.

"Saya telah menerima banyak aduan dari rakyat Selangor berbilang kaum mengenai isu cukai dan premium tanah yang semakin meningkat, malahan kami juga menerima maklumat dari rakyat Selangor bahawa cukai yang perlu dibayar sekarang ini meningkat sehingga lebih 100%".

Ahli Parlimen Sepang itu turut memberitahu rakyat Selangor semakin tidak berpuas hati dan berasa tertipu dengan janji menifesto Pakatan Rakyat.

"Soalnya, adakah kita akan sekali lagi tertipu dan mempercayai setiap apa yang dijanjikan oleh mereka? Hakikatnya, kemenangan mereka di Selangor merupakan pengajaran paling berguna kepada seluruh Rakyat Selangor.

"Saya difahamkan, ketika zaman BN memerintah, kita masih lagi menerima rayuan dan memberikan diskaun untuk kes-kes tertentu. Apa yang dikesalkan sehingga hari ini, pemimpin Pakatan Rakyat masih lagi menaburkan janji-janji manis yang tidak mempu mereka laksanakan.

"Bagi pihak BN, kami sedia mengakui kelemahan itu dan memohon maaf serta memperbaikinya sebaik mungkin, BN sebelum ini tidak pernah menyusahkan rakyat walaupun dituduh dengan pelbagai tomahan". katanya.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat lebih memeritkan kehidupan rakyat Selangor sehingga terpaksa mempolitikkan isu pengurusan air dan saliran dan menuduh BN sebagai penyebab berlakunya banjir.

"Saya berharap agar rakyat Selangor menggunakan pertimbangan yang paling wajar untuk membuat keputusan. Cukup sudah lebih empat tahun (1460 hari) kita berada dalam kesusahan.

Isu banjir sekadar untuk meraih undi dan sokongan rakyat secara tidak langsung memaparkan sikap para pemimpin Pakatan Rakyat tidak bertanggungjawab dan sentiasa memungkir janji.

KL Pos

2 comments:

Adi Kencana said...

Janji kecik mcm tu pun x blh tunai, lagi mau kasi pendidikan percuma!!

NURUL IZZAH TERDESAK!! CUBA SABOTAJ PENGUNDI BN LEMBAH PANTAI!! Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Kita jugajgn lupa semasa pemerintahan UMNO/BN....berapa banyak mrk dah sapu harta atau hak rakyat....tanah, duit dan mcm2 lg...setidak2nya pd hr ini rakyat Sgor dh dpt haknya drp krj PR...subsidi air, bantuan warga emas dsb....walaupun sedikit ttp alhamdulilah rakyat mdpt faedahnya...BN bg jgk tapi bagi bila org lain dh buat atau nak jaga kuasa yg ada sblum rakyat menolak mrk....Prinsip dlm UMNO/BN, ada peluang sapu....yg penting MASYUK~~~~~~~~~~