MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Thursday, April 19, 2012

Skandal Datuk Seri Shafie Apdal Dengan Zahida Rafik...? Bertambah Problem Najib Menjelang PRU Ke 13

Berita terbaru tentang skandal yang melibatkan nama menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wlayah, Datuk Seri Shafie Apdal dengan artis "seksi" Zahida Rafik pastinya menambah rencah baru dalam senario politik negara.

Aduuuuuh ... apa pulak nih .. Saya copy dari dua blog, komen saya dipenghujung.

Ia berpunca dari lapuran polis yang dibuat oleh pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi 38 sebagai membalas laporan awal yang dibuat oleh Zahida terhadapnya yang menuduhnya melarikan wang RM200,000 miliknya.

Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu juga pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.”

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.”

“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida.”

Laporan polis ini telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen semalam.... Melalui siasatan Zuraida, terdapat beberapa transaksi yang dilakukan Menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.

Zuraidi juga turut mendedahkan, Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Persoalan Zuraida, bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu?

“Sebagai Menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.

Kini dilanda lagi bukan sekadar gossip tetapi laporan polis turut dibuat sebagai balasan laporan Zahida Rafik yang menuduh pemandu peribadinya melarikan wang RM200,000.

Sumber berita - klik SINI

16 comments:

Anonymous said...

DATUK SRI SHAFIE APDAL PERLU MEMBERI PENJELASAN DENGAN SERTA MERTA ATAU MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PIHAK-PIHAK BERKENAAN JIKA INI ADALAH SATU TUDUHAN ATAU FITNAH TERHADAP BELIAU. Jangan biarkan isu ini menjadi duri kepada BN

Anonymous said...

Yang kes China Doll tu apa citer??? dah terang dan nyata dalam video tu AL Jub wat menda haram...pencacai masih nak defend...yang Menteri UMNO..belum apa2 dah cepat nak percaya..padahal baru report polis..lagi pun kes ni xder lar sehebat kes China Doll....dan Shafie Afdal bukan lar orang yang kemaruk nak jadi PM sangat2 pun....kenapa tutup mata kepada orang yang kemaruk nak jd PM dan yang diketahui kecenderungan biseksualnya???

Arttuiee said...

mangkuk ayun mcm ni la buat UMNO & BN lingkup

Anonymous said...

aiyaa bikin rosak ana punya program....!!!!! kena cepat firefighting kalau tak betul kalau betul memang inilah moral yg boleh buat rakyat tgk menteri pun 2 x 5 menyeluk poket berjuta kasi pelakon... rakyat lagi ramai yg perlukan bantuan di Sabah ...letihhhh camni undi lah the third force...

Anonymous said...

Apo nak dikato jang nasi dah jadi bubur....UMNO n skandal...dua hal yang tak boleh dipisah....tak kiralah skandal tanah ke, sex ke..salah guna kuasa ke...dan mcm2 lagi....kita tunggu episod seterusnya.....UMNO n BN akan lingkunp dlm PRU13 nanti....kita tunggu sapa yg kena!!!!!!!

Anonymous said...

Berapa banyak dia dah balun duit rakyat....inilah contoh pemimpin UMNO yg bersih dari rasuah dan salah guna kuasa....terlingkuplah lagi UMNO

Anonymous said...

biasalah mak lampir sudah termakan taik aljuburi.

Anonymous said...

rakyat hidup susah aset negara berjuta billion senang je bagi kat perempuan simpanan apa punya umno ramai lagi rakyat yang hidup susah papa kedana makan pun tak cukup tak perlu cakap banyak tengok je bersamamu tv3. janganlah jadi bodoh nak bela umno hang pa dapat apa????

Anonymous said...

kalau percaya kat mak lampir habislah .sebenarnya mak lampir tu lelaki yang pakai jilbab tak caye selak kain dia confirm ada kote.

Anonymous said...

Who cares. Dia perempuan, bukan "lelaki" dan masih bujang, bukan "bini orang". So... boleh kawin maa..Salah ke.

Anonymous said...

risau ngan nasib umno n bn.....

Anonymous said...

umno n bn dah terlalu tua ...dah..lama sgt dah..untuk idup...dah sampai masa nya....pi kubur.....biar kerajaan yang baru pulak...yang memerintah...

Anonymous said...

Ini lah contoh kata pepatah Melayu"kerana nila setitik,rosak susu sebalanga".
Entah entah ini suatu komplot utk menghancurkan UMNO dan BN.
Kes ni perlu disiasat dgn teliti.

Anonymous said...

Ini lah contoh'kerana nila setitik,rosak susu sebelangga'.Entah entah ini suatu komplot sengaja nak menjatuhkan imej UMNO dan BN.Kes ni perlu disiasat dgn teliti.

HamzahdanAishah said...

Ini lah contoh 'kerana nila setitik,rosak susu sebelangga'.Entah entah ini suatu komplot utk menjatuhkan emej UMNO dan BN.Kes ini perlu disiasat dgn teliti.

Anonymous said...

dear yb dato........don't waste time for this kind of gossips.......just focus on the PRU 13 that most important for everybody especially agama, bangsa n negara.........the Pembangkang just only wanted u to play under their tempo.........Good Lucks........