MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Thursday, April 26, 2012

TERBAEEKK..! Zahid Hamidi Tawan Hati Pengundi Cina Membuatkan DAP Perak Fenin....

Zahid Hamidi menurunkan tandatangannya pada baju seorang Wanita Cina di sebuah kampung Nelayan ketika beliau mengadakan Lawatan Seharian di Bagan Datoh, Perak pada 14 April lalu. - Utusan Online

Jarang kita dapat melihat pemimpin politik diangkat oleh masyarakat setempat seperti artis pujaan sehingga mereka sanggup meminta tandatangan pemimpin berkenaan pada baju yang dipakai apabila berpeluang bersua muka.

Lebih-lebih lagi jika yang meminta tandatangan tersebut adalah kaum Cina. Manakala pemimpinnya pula dari Barisan Nasional (BN) kerana selepas tsunami politik, masyarakat Tionghua dikatakan dingin terhadap kerajaan.

Namun Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membuktikan sebaliknya. Ketika pemimpin BN lain mengeluh dengan sikap dingin kaum Cina, beliau disambut mesra setiap kali Ahli Parlimen Bagan Datoh itu turun padang menemui rakyat.

Malah penulis yang mengikuti lawatan sehari bersama beliau ke Bagan Datoh, Sabtu lalu, teruja menyaksikan tindakan spontan seorang wanita Cina berusia lewat 40-an meminta tandatangan Menteri Pertahanan berkenaan.

Wanita Cina tersebut yang gembira dapat bersarapan bersama Ahmad Zahid secara berterus-terang meminta Naib Presiden UMNO itu menurunkan tandatangan pada baju yang dipakainya untuk dibuat kenangan.

Kisah penerimaan orang Cina terhadap Menteri Pertahanan itu tidak terhenti setakat itu. Seorang nelayan yang baru selesai memunggah hasil bergegas untuk bersalam apabila menyedari kehadiran Ahmad Zahid.

Menariknya segala kemesraan itu berlaku secara semula jadi. Malah terpancar keikhlasan disetiap tingkah laku yang ditunjukkan masyarakat Cina di Bagan Datoh. Ia memperlihat bagaimana eratnya hubungan antara Ahmad Zahid dengan mereka.

Ditanya apa rahsia sehingga beliau boleh memikat hati dan minda orang Cina apatah lagi dalam suasana politik kaum itu yang dikatakan masih tidak berpihak kepada BN, Ahmad Zahid menjawab, khidmat sepanjang masa.

"Saya tiada sebarang ramuan khas, pegangan politik saya mudah iaitu berkhidmat sepanjang masa dan ia tidak hanya terhad kepada satu-satu kaum sahaja. Khidmat saya menyeluruh merangkumi semua masyarakat.

"Cuma dalam hal yang berkaitan dengan rakyat, seboleh mungkin saya akan cuba selesaikan sendiri masalah mereka. Semua itu dilihat dan dinilai oleh rakyat. Pada 2008 saya turut menerima kesan daripada tsunami politik.

"Tapi Alhamdullillah, kini pengundi-pengundi Cina di Bagan Datoh kembali kepada BN. Ini bukan kerja saya seorang tapi hasil transformasi politik secara keseluruhan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Namun, di sebalik sambutan mesra yang diterima dari masyarakat Cina, Ahmad Zahid turut berdepan cabaran besar selaku jeneral di Bagan Datoh untuk merampas semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang.

DUN Hutan Melintang yang sebelum ini menjadi milik MIC kini dikuasai S. Kesavan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau mengalahkan S. Thangasvari (BN) dengan majoriti 1,721 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

Malah, perhatian mendalam juga perlu diberi kepada kawasan Rungkup kerana pada 2008, Datuk Shaarani Mohamed hanya memperolehi majoriti 454 undi mengalahkan calon Pas, Mohd. Misbahul Munir Masduki.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid ketika diajukan soalan mengenai perkara itu yakin tahap sokongan orang Melayu, India dan Cina kepada BN kini sudah jauh lebih baik berbanding semasa pilihan raya tahun 2008.

Jelasnya, peralihan sokongan khususnya orang Melayu dan India kepada BN berlaku di seluruh negara. Keadaan itu memberi kelebihan untuk BN merampas semula Hutan Melintang dan mengekalkan Rungkup dengan majoriti lebih besar.

"Sebagai contoh, dahulu kawasan Ladang Flemington, Batu 16, merupakan kubu kuat pembangkang kerana hasutan Hindraf. Pengundi India di kawasan ini menolak BN tetapi hari ini kita berjaya tembusi kawasan ini.

"Suasana sebegini tidak pernah berlaku pada 2008," kata Ahmad Zahid yang bergerak lebih 12 jam tanpa henti bagi menghadiri program-program yang diatur pada hari berkenaan, bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 11.30 malam.

Menurutnya, sebagai pemimpin apa yang penting kemesraan, keprihatinan serta kesungguhan untuk membela nasib rakyat perlu dibuktikan dengan hasil dan itulah yang sedang dilakukan di Bagan Datoh.

Sehubungan itu, bagi menjayakan perkata itu, beliau bersama-sama dengan pemimpin BN tempatan akan memastikan setiap janji yang dibuat kepada rakyat perlu ditunaikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 bermula.

Ini kerana tegas beliau, pilihan umum akan datang tidak boleh lagi dihadapi dengan minda, persepsi, persiapan, pendekatan serta strategi yang sama jika BN mahu terus kekal diterima oleh rakyat.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangannya untuk membangunkan Parlimen Bagan Datoh, Ahmad Zahid berkata, kawasan itu akan dijadikan pusat industri dengan pembinaan kapal menjadi keutamaan.

Jelasnya, Bagan Datoh mempunyai kawasan perairan yang strategik dan sebagai permulaan sebuah kilang pembinaan kapal moden untuk kegunaan awam dan tentera akan dibina selewat-lewatnya menjelang 2015.

"Segala usaha ke arah itu sedang berjalan lancar dan insyallah ia akan dapat direalisasikan menjelang 2015. Industri ini bakal memberi limpahan ekonomi yang tidak sedikit kepada Bagan Datoh," katanya.

Nyata perkembangan positif yang berlaku di Bagan Datoh seharusnya dijadikan contoh kepada kawasan-kawasan lain yang dikuasai BN. Sebenarnya untuk mempertahan dan merampas sesuatu kawasan bukanlah sukar sangat.

Apa yang penting setiap wakil rakyat harus mengambil berat kawasan masing-masing dan mereka mesti menampilkan prestasi terbaik secara berterusan tanpa mengenal erti jemu, penat atau keletihan.

Malah tidak mustahil pendekatan beliau sehingga berjaya menambat hati serta minda pengundi Cina di Bagan Datoh boleh diaplikasikan di peringkat persekutuan dan juga di negeri-negeri yang mempunyai ramai pengundi Cina.

Ini kerana komposisi kaum di Bagan Datoh iaitu Melayu (57 peratus), Cina (20 peratus) dan India (23 peratus) tidak jauh berbeza dengan komposisi kaum di Malaysia.

Cuma usaha untuk menarik semula kaum Cina kepada BN memerlukan kemahiran dan kesesuaian setempat kerana keperluan masyarakat Tionghua di sana mungkin tidak sama dengan penduduk Cina di negeri lain.

Jika itu dapat dilaksanakan dan parti komponen BN sendiri yang mewakili kaum Cina juga bergerak lebih proaktif daripada sekarang, tidak mustahil sokongan masyarakat Tionghua akan kembali terarah kepada BN.

2 comments:

Adi Kencana said...

Baguslah kalau masyarakat Cina dah sedar keburukan Pakatan Haprak..

BUKTI JELAS AMBIGA & BERSIH SENGAJA NAK CETUSKAN KEKACAUAN! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Bukan kah menarik penggundi Cina kerja parti komponen BN?

Tak kan BN tinggal parti UMNO saje. Mana pi yang lain?