Tuesday, May 22, 2012

Akhirnyaa..! Barulah Kita Tahu Kenapa Anwar Boleh Bebas Kes Liwat Saiful....

Bekas peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden - yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes Liwat Saiful, kali ini berganding bahu bersama sama dengan peguam kanan Karpal Singh untuk menjadi pasukan peguambela Anwar Ibrahim yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan, di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Anwar bersama Azmin Ali dan Chegubard dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin , Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Ketiga-tiga mereka merupakan yang pertama didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.

Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Akhirnyaaaa.....!!

Barulah kita tahu kenapa Anwar boleh BEBAS daripada tuduhan meliwat Saiful Bukhari. Hebat sungguh sandiwara dunia...

3 comments:

Anonymous said...

apa maksudnya "saya profesional ...", orang kampung tak faham. jawapannya mudah ... awak bayar saya bagi perkhidmatan, bagi lawyer samada awak benar atau salah itu belakang kira, kerana depan kira ialah profesional, ertinya berapa kamu mahu bayar saya untuk dapat khidmat bakti saya. macam pelacur ... mereka menyewakan badan mereka untuk pelanggan nikmati, pemain bola sepak mereka perniagakan kemahiran dan tenaga untuk dapat ganjaran, macam ustaz mereka mengajar agama untuk dapat sumbangan, macam ahli politik mereka gunakan agama untuk mendapat sokongan, atau gunakan idealisme untuk mendapat pengaruh. itulah maknanya profesionilisme ... so apa mahu heran.

Anonymous said...

FUlantan lah lu. Lapangan Terbang la..minyak dah penuh melempah2 yg dah di isi sejak dulu. Minyak import dari America katakan....Hati2 memandu darat kapal terbang sebab berat penuh minyak...kalau aku bawa kete je, takut naik kapal terbang..