Wednesday, May 30, 2012

Amy Search TAK Percaya Janji "Syurga" PAS...! Kesian Aisyah & Bob Lokman.....

Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai UMNO kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.

"Hanya UMNO sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya," kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.

Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata UMNO juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.

"Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, UMNO juga tidak mengetepikan golongan ulamak. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja," katanya.

Borang mereka diterima Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga artis akan menjadi anggota UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.

2 comments:

Anonymous said...

Amy sedar nik ajis tu supo tok imam madrasah kat kampung jer..

Anonymous said...

hahahaha....dalam parti anak setan, kalo org tue pakai jubah putih, pakai kopiah/ kain lilit2 atas kepala 24 jam, bela janggut panjang cket, tue dah bleh jd ostat...kalo pandai mencarut, mencaci, tue naik jadi ular dalam semak, kalo dh bleh kuar fatwa2 bodo tue jadi murshitdoll parti anak setan, nie best sbb bleh brkawan ngn setan mcm org tua kutuk tue bgtau...perghhh...
Hebat btul requirement dalam parti anak setan nie...terbaekkk....hahahaha...