MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Monday, May 28, 2012

Jangan TERKEJUT Sekiranya Protes Kakitangan Di Putrajaya Menyaksikan Kerusi Parlimen PUTRAJAYA Tewas PRU Ke 13

Mungkin dikalangan penggemar Blog MIK agak kaget dengan tajuk penulisan kali ini…

Disebalik kejayaan menyaksikan Himpunan Jutaan Belia Negara 2012 yang baru berakhir, kenapa harus persoalan seperti ini pula mahu dibawa kepada perbincangan..?

Sebenarnya kita seharusnya ada keupayaan dan sedikit keberanian melihat perkara yang tersirat disebalik apa yang tersurat. Insiden dan beberapa peristiwa yang berlaku memberikan sedikit “tempias” kepada kepimpinan YAB Datuk Seri Najib menjelang Pilihanraya Umum ke 13 [PRU 13], dalam bahasa Inggeris disebut ‘read between the line’.

Dimulakan dengan berita menyaksikan bekas Pengarah CID Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS seolah olah beliau tidak marah dan sedikit pun tidak sensitif dengan bukti bukti keganasan yang ditunjukkan oleh demonstrator Bersih 3.0 yang membelasah teruk beberapa anggota PDRM…

Apakah Datuk Fauzi tidak peka dengan peristiwa keganasan tersebut..? Apakah Fauzi menyokong tindakan ganas barua barua Ambiga yang bertindak luar batasan malah tidak keterlaluan kita katakan peristiwa ganas 28 April itu ada usaha mahu menjadikan Dataran Merdeka menjadi Dataran Tahir yang bertujuan menggulingkan kerajaan secara revolusi…!

Marilah kita melihat dari sudut yang lain…, tidakkah kita mahu melontarkan persoalan kenapa Datuk Fauzi ‘tergamak’ mahu menyertai juak juak murahan yang menjulang Ambiga sebagai Imam Bersih 3.0 dan juga barua barua Anwar yang menurut perintah membuka halangan polis menyerbu masuk bertempur dengan anggota FRU, sebuah pasukan secara tidak langsung yang pernah berada dibawah struktur kepimpinan Fauzi sendiri…

Dimanakah letaknya asas keputusan Datuk Fauzi..? Kita harus perhalusi keputusan beliau yang meneruskan agendanya menyertai sebuah parti Pembangkang yang menjadi musuh kepada kerajaan Barisan Nasional.. Ayuh..! Carilah dimana persoalan dan apakah jawapannya…

Apakah ada sekelumit atau sebakul rasa “tidak puas hati” berbuku dalam hati bekas orang nombor satu CID Bukit Aman ini..? Pernahkah Fauzi menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu TETAPI langsung tidak diendahkan oleh peringkat atasan..??

Iya.., mungkin dikalangan kita mahu merumuskan dan menyatakan bahawa Fauzi sudah tergolong dalam kumpulan yang kecewa maka itulah keputusannya, sertai parti Pembangkang.

TETAPI kita juga harus mencungkil dan mencari persoalan serta jawapannya… Apakah perkara yang menjadi ‘tidak puas hati’ itu benar benar sesuatu yang sangat berasas [legitimate issue] dimana pihak atasan hanya berdiam diri dan mengambil sikap tidak peduli…?

Mahukah kita menyaksikan lebih ramai lagi bekas bekas Pengarah kerajaan membuat pengumuman menyertai parti Pembangkang..? Apakah akan ada lagi.., hanya menantikan waktu yang sesuai memecah muka depan persada berita tanahair…?

Kini timbul pula kisah Ketua Setiausaha Negara [KSN] mahu diteruskan khidmatnya…

Mengikut rekod, KSN Tan Sri Mohd. Sidek Hj. Hassan mula diberikan jawatan ini semenjak 3 September 2006 sewaktu beliau berusia 55 tahun.

Sehingga ke hari ini, sudah hampir 6 tahun Tan Sri Sidek menjawat jawatan tersebut dan sudah tiga [3] kali kontraknya disambung…, apakah tidak ada ruang harus diberikan untuk mana mana individu lain menjawat jawatan tersebut..?

Bila sebut nama Tan Sri KSN sudah pasti kita tidak lupa “dosa kecil” beliau memalukan YAB Datuk Seri Najib dalam isu SBPA lwn SSM. Isu yang menjadikan Najib bahan serangan dimana akhirnya jelas terbukti “kesilapan” yang dilaksanakan oleh Tan Sri KSN ‘terpaksa’ ditelan oleh Najib sendiri.

Video klip dibawah ini sebagai bukti…, kesian sungguh melihatkan seorang Perdana Menteri yang kuat bekerja terpaksa pula berdepan dengan serangan keatas suatu kesilapan yang dibuat oleh orang lain berpangkat besar dan bergaji mewah…, saksikan..!!



Setelah menyaksikan video klip diatas, kita jangan hanya melihat kelakuan pihak Ahli Parlimen Pembangkang sahaja TETAPI harus melihat dari sudut ruang yang digunakan oleh mereka menyerang YAB PM, yang pentingnya ruang dan peluang itu disediakan seluas luasnya oleh Tan Sri KSN..!!

Kalau tidak kerana “stupid mistake” beliau itu, tidak mungkin Najib diserang sedemikian rupa..! Malah ‘kesilapan’ dalam isu SBPA ini turut mendapat kritikan hebat dari ramai kakitangan kerajaan sendiri…

Alangkah baiknya jika Tan Sri Sidek Hassan bertanggungjawab dan melepaskan jawatannya kerana GAGAL dalam melaksanakan isu SBPA dan menyaksikan seolah olah ianya menjadi bahan lawak setaraf Karoot KOMEDIA di siaran Astro Warna…!

Itulah sebabnya desas desus bahawa kontrak KSN akan terus disambung kini menjadi tempelak dan menerima suara suara sumbang dikalangan ramai kakitangan Putrajaya dan juga dikalangan ramai PTD yang tidak puas hati.


Keputusan mahu meneruskan khidmat KSN ini sudah pasti akan menutup ruang dan peluang buat lebih ramai TKSU untuk mendapat kenaikan pangkat dan hanya akan mengakhiri khdimat mereka ditakuk yang sama…

Hanya kerana mahu menenuhi kehendak dan tembolok ‘seorang’ insan bernama Mohd. Sidek Hj. Hassan.

Menurut sumber yang sangat sangat boleh dipercayai…, diberitakan bahawa baru baru ini Tan Sri KSN ‘sanggup’ mengambil cuti dan terbang ke London untuk merayu kepada YAB Datuk Sri Najib, minta agar khidmat dan kontraknya sebagai KSN dapat diteruskan…!

Pada PRU ke 11 tahun 2004, calon BN menang sangat selesa di kerusi Parlimen Putrajaya ketika itu. Pertembungan calon UMNO BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan calon PKR Haji Abdul Rahman Osman menyaksikan calon PKR ‘hilang deposit’ kerana hanya berjaya mengutip sebanyak 540 undi daripada jumlah 4,662 pengundi di Putrajaya.

Keputusan berpihak kepada Tengku Adnan meraih 3,546 majoriti.

TETAPI pada tahun 2008 undi di Parlimen Putrajaya turut sama terkesan dan mendapat secebis tempias Tsunami PRU 12 dimana calon PAS iaitu Mohamad Noor Mohamad berjaya meningkatkan bilangan undi calon Pakatan pembangkang lebih sekali ganda iaitu sebanyak 1,304 undi.

Datuk Seri Tengku Adnan berjaya mengekalkan kemenangan BN tetapi jumlah majoriti undi telah berkurangan…!

PERSOALANNYA…, bagaimanakah majority undi di Parlimen Putrajaya boleh berkurangan..? Bukankah pengundi pengundi di Putrajaya adalah kakitangan kerajaan pusat..?

Kenapakah boleh berlaku keadaan dimana kakitangan kerajaan yang mendapat gaji dan kemudahan kerajaan mengundi calon Pembangkang..?

Bagaimana pula kisahnya untuk pertembungan PRU ke 13 di Parlimen Putrajaya…? Apakah tidak ada agen agen PAS dan Anwar Ibrahim dikalangan kakitangan kerajaan Putrajaya..??

Apakah BN yakin dan sangat yakin bahawa tidak ada dalang dalang Pakatan yang sudah berjaya mempastikan berlaku kejutan keputusan Parlimen Putrajaya untuk PRU ke 13 ini…??

Sekiranya tahun 2008 boleh menyaksikan peningkatan undi sekali ganda untuk calon Pakatan Pembangkang, apakah mustahil peningkatan itu diteruskan sekiranya ramai kakitangan kerajaan dan ramai PTD di Putrajaya mahu melunaskan kemarahan mereka terhadap Tan Sri KSN melalui pembuangan undi hari pilihanraya..?

Kita semua sayangkan BN dan mahu kecemerlangan YAB Datuk Seri Najib menjadi tunggak kejayaan secara total sekaligus meraih kemenangan besar besaran buat BN.

Kerusi Parlimen Putrajaya sangat besar ertinya sebagai lambang kejayaan pentadbiran negara kita… Janganlah disebabkan nila setitik maka rosaklah susu sebelanga…!

Kembali sejenak kepada awal penulisan tadi…, sekiranya ada lagi beberapa pegawai kanan PDRM akan mengikut jejak langkah Datuk Fauzi Shaari, apakah ianya tidak akan memberikan sumbangan kepada faktor mempengaruhi undi kakitangan kerajaan Putrajaya…?


Malang buat YAB Datuk Seri Najib dan kerajaan BN kekal memerintah di Putrajaya TETAPI kerusi Parlimennya milik Pembangkang…!

Penulisan dibuat setelah Blogger MIK duduk semeja hujung minggu yang lalu dengan beberapa orang orang penting dan PTD dari Putrajaya meluahkan isi hati mereka, paling penting ialah kerisauan mereka seandainya akan berlaku protes dari kalangan kakitangan Putrajaya dan dilunaskan menerusi peti peti undi sewaktu PRU ke 13….

25 comments:

Anonymous said...

Sungguh tepat dan berharap YAB PM dapat membuka mata mengenai kucinb2 kurap ini...

Anonymous said...

ADA APA PADA AGAMA DAN IMAN.????

DUIT ADALAH SURGA DUNIA... + PEREMPUAN

DISITU ADA DUIT, MAKA MANUSIA AKAN JADI GILA.

APAKAH FAUZI SHAARI BERNIAT IKHLAS UNTUK AGAMANYA DAN IMANNYA..

TENTU SEKALI TIDAK...

PASTINYA FAUZI SHAARI BERMATA DUITAN... SURGA DUNIA

Anti PR said...

Sebenarnya Fauzi nak jadi calon Pas. Dia tau Pas akan gunakan nama2 yg sudah terkenal. Bob Lokman pun akan jadi calon tapi calon pencacai sebab takde kelulusan. Kita tunggu & lihat sbb Fauzi penuh strategi..

Anonymous said...

Duit adalah penentu..

Syaitan dan Iblis telah berjaya membisik dan mempengaruh Fauzi Shaari.

Kita hanya manusia biasa tiada siapa yang sempurna.

Mudah2an Bangsa dan Agama terus kukuh dan Negara tidak jatuh ka tangan orang2 yang tidak bertanggung jawab dan Rakus.

Anonymous said...

Duit adalah penentu..

Syaitan dan Iblis telah berjaya membisik dan mempengaruh Fauzi Shaari.

Kita hanya manusia biasa tiada siapa yang sempurna.

Mudah2an Bangsa dan Agama terus kukuh dan Negara tidak jatuh ka tangan orang2 yang tidak bertanggung jawab dan Rakus.

Anonymous said...

Sebagai orang CID saya percaya Dato Fauzi ada muslihat bila menjadi ahli PAS....siapa tahu beliau sebenarnya sedang melakukan penyiasatan macam 'spy'...Anda percaya?

Pemerhati Politik

Anonymous said...

kebodohan org melayu membuat undi protes dipilhanraya hanya kerana sesuatu isu amat merugikan bangsa melayu itu sendiri...

Anonymous said...

sokong kenyataan pemerhati politik..lagi pun sampai bila kita nak biarkan kakitangan kerajaan dan glc berpaling tadah pada kerajaan?

Anonymous said...

SPA ada kecenderungan untuk tidak mengambil penyokong kerajaan berkhidmat dalam kerajaan.Dalam pejabat kerajaan bersepah dengan kakitangan yang membesar dengan doktrin tuan guru n.ajis,penyokong taksub Al-Juburit dan kebelakangan ini kemasukan generasi baru DAP sebagai kakitangan awam.Majoriti lepasan Politeknik yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam adalah penyokong kuat 'nabi' dan 'imam mahadi'.Tahniah SPA kerana lebih gemar kepada rakyat negeri pantai timur.

Anonymous said...

Fauzi nak jdi KPN tak dapat....jdi dia nak jdi calon PAS pasti dpat.KSN patut berenti la...balik tangkap ikan kat Pekan.Wasalam.

Anonymous said...

ada hikmahnya bila bekas polis masuk parti pembangkang sebabnya bila pembangkang kata polis hanjing kerajaan dan bila masuk polis masuk pembangkang jadi apa??? ni macamlah pembangkang ludah ke langit jatuh ke muka sendiri... pasal KSN pula tak boleh salahkan KSN 100%...sebagai kerajaan yang berkerja sebagai satu pasukan apabila ada masalah hendaklah diselesaikan bersama bukannya menyalahkan individu tertentu...

1 melayu said...

Sudah lah orang umno bawahan, keluarlah dari parti penjenayah itu. 54 tahun Umno memerintah , melayu hanya makan tahi saja, Menteri menteri semakin kaya. Apakah kamu fikir rakyat tak tahu? Cuba kamu akui dengan hati yang terbuka, apa yang umno buat selama ini untuk melayu? Dana 30 bilion untuk ekuiti melayu hangus begitu aja. Menteri menteri kaya raya hingga boleh kasi kekasih gelap berjuta juta (Shafie Afdal) dan NFC di kasi suami menteri. Kamu nak buat renovasi dapur pun tak mampu lagi. Keluar lah dari parti mafia itu (ini) dikatakan sendiri oleh Musa Hasan. Dato Fauzi adala Polis yang berjiwa Islam dari dulu lagi. Mustahil orang yang berjiwa Islam mau masuk umno yang pro maksiat.

Anonymous said...

Selaku KSN, sememangnya beliau harus terbang keLondon bukannya sesuatu yang pelik kerana sudah menjadi tugasnya mengiringi bosnya. KSN tidak perlu memberi sebab kenapa beliau perlu pergi ke London jika itu merupakan arahan PM Bosnya.

KSN juga tidak perlu "melutut" atau "menangis" sebagaimana didakwa sesetangah pihak kerana beliau bole pencen dengan "lumayan" sebagaimana bekas IGP Musa Hassan.

Kita perlu bersyukur beliau masih lagi mahu berkhidmat dan diminta tidak berundur dari tugasnya demi bangsa dan negara, jika tidak dah lamapun dia dengan senang hati berundur. Memang tidak dinafikan dengan sambungnya perkhidmatannya, ada yang menelan air liur - pun begitu adalah perkara yang bukan lumrah dimana-mana organisasi.

Mungkin PM lebih mengetahui apa yang rata-rata tidak difahami orang -orang lain.

Anonymous said...

Jawatan KSN itu jawatan turus dan itu suatu keistimewaan bukannya hak. Seperti PM, ada yang lama dan ada yang sekejap, ada hanya sekadar bole angan-angan. Allah lebih mengetahui.

maie1958 said...

mp yang sebut sakit otak tu aku ingat dia lagi sakit otak sbb dilembukan sekian lama dan itu aja yang dia tau dan dok fikir mana harta rakyat yg dia bolih balun lagi!!!

Anonymous said...

awt la yg bangang sgt kucin2 kurap ni...otak semua dok kat lutut...nama sj dok putrajaya..akai mcm dok kuala ibai...hebat sgt ka org tua tu...sdh2 la..dok umah jaga cucu dh la...kubur pun dok gamit dh....xyah dok tunggu nktongkat langit lg dh..kiakk tuih

Anonymous said...

Cikgu"S"said:
Kenapa mesti nak sambung jawatan KSN yang dah patut pencin itu? Ada ramai lagi orang yang berjebolehan lebih daripada KSN yang ada ini.Mereka seharusnya di beri peluang membuktikan kebolehan mereka.Bak kata pepatah melayu,Tak di pecahkan ruyung manakan nak dapat sagunya.
Dulu pun ramai rakyat meragui kebolehan DS Najib menjadi PM.Tetapi hari ini rakyat mengakui DS Najib orang yang paling hebat memimpin negara Malaysia ini.Setakat hari ini lah.
So,jangan tunggu orang sampai nyanyuk baru nak suruh berhenti kerja.Nanti dia banyak buat silap kerana kenyanyukan nya itu!Lepas berhenti kerja di boleh buat apa dia suka.Nak masuk politik mana pun boleh.Yang menentukan dia laku atau tak laku adalah rakyat dalam pilihan raya.Kalau tak laku dalam politik,berniaga pun boleh juga.Peluang perniagaan luas dalam negara kita ini.Jual apa yang patut dijual.Jual cendul atau kacang putih pun jenis bisnes juga.
Selain daripada iyu,serahkan kepada takdir yang Maha Esa.

Anonymous said...

KSN jawatan turus, dan jika dia diminta terus berkhidmat oleh YDPA dan PM, tentu dia terpaksa berbuat demikian. Kita yang tak tahu bersangka baiklah.

Pun begitu, memang kita akur ramai lagi orang dibawah perlu juga diberi kesempatan kerana memang mungkin mereka juga berkebolehan jika mendapat ruang. Apapun bersabar bagi mereka juga adalah sebahagian dari iman. Kebarangkalian, rezeki mereka, Allah belum nak bagi lagi.

Mereka tidak dapat bukanlah salah KSN, kebarangkalainnya YDPA belum lagi perkenan KSN turun.

Ialah bila kita diatas, ramai yang mahu kita jatuh cepat macam politik juga. Jawatan KSN bukanpun jawatan politik. Jadi KSN jangan layan mereka-mereka ini, selagi YDPA dan PM mahu KSN teruskan, KSN teruskan aje walaupun sudah penat dan letih kerja. Ibarat Panglima Perang diperintahkan perang oleh Rajanya- bolekah tak mahu perang? Siapa yang suka pergi perang suka-suka?

Anonymous said...

Ada orang muda-muda lagi dah nyanyok. KSN dah nyanyokkah?

Ada orang dah benci sangat KSN apapun dia akan benci walupun KSN itu buat kerja elok. Ada orang terbalik pula, suka sangat dengan KSN tanpa kira sebab. Kita perlu objektif sebab hal sambung itu budibicara YDPA dan PM. Kalau KSN disambung bermakna YDPA dan KSN berpuashat dengan nya - itu aje. Salahkah KSN menurut perintah?

Anonymous said...

Nik aziz pun lama juga tak nak turun. Dengar dulu dia suruh Tun mahathir turun dan jika tun turun, dia juga akan turun. Lah ni tak juga dia turun.

Anonymous said...

Tun Pak Lah disuruh turun kerana BN kalah banyak negeri pada PRU 12. KSN sebab apa?

KucingHitam said...

Kontrak KSN tamat hujung bulan 6 ini..isteri beliau selaku bos puspanita sudah pun mengosongkan pejabat puspanita...

bermakna kontrak KSN tidak akan disambung...

Anonymous said...

bukan tidak disambung, tempohnya kontraknya tamat.
Disegi undang-undang, kontrak merupakan perjanjian yang mengikat dimana dua-dua pihak bersetuju mengikat masing-masing dengan rela secara undang-undanghak dan tanggungjawab masing-masing.
Kalau KSN taknak sambung, kontraknya pun tak bole disambung, mana ada kontrak sebab kontrak perlu dua pihak bersetuju.

Anonymous said...

kuasasebenarrakyat.blogspot.com ada banyak cite pasal KSN..entahlah..klu bnr kesian org2 spt Kppa yg dianiaya..

anti bohmau said...

err 1Melayu?

...apa yang umno buat selama ini untuk melayu?

aku ingat ko pergi duduk putrajaya lama2, ko tengok lama2, tenung lama2, tinjau lama2 apa yg ada di sana. lepas tu ko pergi pulak ke kelantan & tengok apa pas buat ka rakyat dia....

lepas tu kp pikir balik dari mana datangnya jalan2, jambatan2 & lebuhraya2 yg ko guna hari2 tu, mana datangnya hospital2, klinik2, sekolah2, balai2 polis, balai2 bomba, jabatan tu, jabatan ni...

lepas tu ko tanya diri ko sendiri: pas ka buat semua ni? pgayr ka buat? dapa ka bagi? kalau ko ingat parti2 politik pembangkang lebih baik pengurusan kerja mrk, ko pergi duduk dgn guan eng, nik azis, khalid ibrahim & ostad azizan dua tiga hari...pasti ko akan dapat lihat siapa sebenarnya yg melaksanakan pembangunan negara selama ni...