Wednesday, May 23, 2012

Kerajaan China REJECT Kedatangan Anwar Mahu Ceramah Di Beijing....!!

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat, Ng Lum Yong mendedahkan rahsia dan motif hubungan rapat NGO khususnya dari Amerika Syarikat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mendedahkan perkara tersebut dalam ceramah Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai, malam tadi.

Ng Lum Yong yang pernah mendedahkan pengakuan Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar yang telah diberi tugas oleh Azmin Ali untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa menerima email dari negara China sebuah mengenai sebuah NGO yang dibiayai Amerika Syarikat (AS) telah cuba menjemput Anwar Ibrahim untuk menyampaikan ceramah berkenaan 'Human Right' di negara tersebut.

Beliau berkata kerajaan China telah menolak kedatangan dan tidak memberi peluang kepada Ketua Pembangkang itu untuk memberikan ceramah tajaan NGO AS di Beijing.

Ng Lum Yong berkata Anwar Ibrahim sanggup membiarkan dirinya diperalatkan oleh kuasa asing sebagai menjadi pemangkin kepada AS yang berhasrat untuk campurtangan dan menjadi kuasa besar di Asia Pasifik.

"Dalam tempoh lima tahun akan datang China akan bergelar kuasa besar di Asia Pasifik, begitu juga dengan India dan Indonesia.

"Walaupun tidak diberi peluang di China, namun Anwar Ibrahim sentiasa menyampaikan ceramah dan bertemu media di India dan Indonesia hanya untuk merosakkan hubungan baik Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut," kata Ng Lum Yong.

Beliau yang pernah dinafikan hak bertanding jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR hanya kerana mendedahkan komplot menjatuhkan Menteri Besar Selangor itu turut berkata mendedahkan melalui Anwar Ibrahim, AS mahu menguasai Selat Melaka dan mengadakan satu pengkalan tentera khusunya di Lumut, Perak.

Ng Lum Yong turut menambah tujuan diadakan pengkalan tentera tersebut sebagai langkah AS menghindarkan ketiga-tiga negara Asia ini menjadi kuasa besar utama di Asia Pasifik.

"Anwar telah banyak menerima pembiayaan dan sumber kewangan besar dari Amerika Syarikat melalui pertubuhan-pertubuhan NGO.

"Tujuan mereka adalah mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri untuk memudahkan pembinaan pengkalan tentera di sini," dakwa Ng Lum Yong.

KL Pos

No comments: