Saturday, May 26, 2012

"PAKAR" BN Selangor Selesai Aduan Rakyat.... Khalid Gagap Tambah Masalah Rakyat

Sehingga kini, Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) Barisan Nasional Selangor telah menerima sehingga 3,269 panggilan. Ianya merupakan peningkatan sehingga 37% sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 10 Mei 2012.

PAKAR telah menerima 1,306 panggilan dalam tempoh seminggu sejak pelancaran oleh Perdana Menteri berbanding 1,963 panggilan sejak sebulan beroperasi iaitu dari 9 April 2012 hingga 9 Mei 2012.

Dari 1,306 panggilan yang diterima, 938 (72%) aduan dan masalah telah diselesaikan sementara lagi 368 (28%) masih diperingkat siasatan.

Antara masalah yang telah diselesaikan ialah melibatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia, maklumat pengundi dan masalah kebajikan dengan menyalurkannya kepada agensi-agensi yang berkaitan. Masalah yang masih belum diselesaikan pula adalah melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tiga parlimen yang paling banyak membuat aduan ialah dari Kota Raja 42 kes, Kapar 32 kes dan Shah Alam 20 kes. Kebanyakan aduan yang melibatkan PBT adalah seperti masalah rumput yang tidak dipotong, longkang tersumbat dan sampah yang masih tidak dikutip.

Selain itu, PAKAR juga menerima panggilan bagi meminta bantuan kebajikan terutamanya dari golongan warga emas, OKU, ibu tunggal dan pesara yang kesemuanya telah disalurkan kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Ini jelas menunjukkan bahawa PAKAR adalah sangat relevan dan menjadi tempat mengadu rakyat Selangor yang tidak lagi mempercayai Kerajaan Negeri Selangor. Ini juga secara tidak langsung membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Negeri Selangor tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan baik.

Sayangi Selangor, Yakini BN

Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor

No comments: