Sunday, May 20, 2012

PANAAS..!! Khalid Gereja Setuju Mursiydul Am TIBAI Lebih Mulia Dari Mursyidul Am PAS....!



Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuka ruang untuk parti itu bermuzakarah dengan UMNO menimbulkan pelbagai persoalan serta keraguan.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip menyifatkan tindakan Nik Abdul Aziz itu sebagai 'buang tabiat'.

Ini kerana katanya, Menteri Besar Kelantan itu antara individu yang lantang menghalang usaha bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berbincang dengan UMNO untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan beberapa tahun dahulu.

"Nik Abdul Aziz sudah buang tabiat kerana sebelum ini beliau menghalang sebarang usaha seumpamanya sehingga menggesa Nasharudin dibuang daripada parti kerana mengadakan perbincangan dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

"Ini menggambarkan sikap lidah bercabang beliau (Nik Abdul Aziz). Saya berpendapat, perkara ini timbul apabila beliau melihat sokongan orang Melayu, Islam kepada UMNO semakin meningkat dan menyedari Pas bakal merana pada pilihan raya umum akan datang.

"Jadi beliau cuba alihkan isu untuk bermuzakarah bersama UMNO dengan harapan dapat mematikan rentak parti itu ketika ini. Jadi saya nasihatkan UMNO supaya tidak terpedaya dengan politik lidah bercabang Pas ini," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Muhammad Zahid secara sinis juga meminta Nik Abdul Aziz mendapatkan pandangan daripada ulama terkenal, Sheikh Dr. Yusof al- Qardhawi berhubung rancangan bermuzakarah dengan UMNO seperti yang sering dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang lain.

Dalam pada itu, mengenai sikap berdiam diri Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berhubung pelbagai isu melanda keluarga serta partinya, Muhammad Zahid berkata, ia bukanlah kehendak isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Beliau percaya, Wan Azizah sudah diarahkan berdiam diri oleh Anwar kerana khuatir sebarang kenyataan yang akan dibuat bakal memakan diri mereka serta parti.

"Wan Azizah tidaklah sebodoh itu untuk berdiam diri sepanjang masa. Pasti ada sesuatu yang membuatkan beliau tidak boleh membuat sebarang kenyataan.

"Sekiranya ia benar, terbukti Anwar sanggup buat apa sahaja untuk merealisasikan cita-cita politiknya. Sedangkan isteri tidak dihargai, inikan pula rakyat," jelasnya.

1 comment:

Anonymous said...

TIBAI=TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM...

PAS=PARTI AJARAN SESAT...

dari nama kita dah dapat menilai sapa yg benar...

ttg anwar ni meme kita dah tau yg family dia pun terkontang kanting ada hati dan nafsu besar nak jaga malaysia...

lebih baik anwar ni jadi JAGA kat pintu masuk israel...

pejuang hamas...