Monday, May 21, 2012

Putrajaya Jadi Hub PORNO...? Apa Komen Najib & Tengku Adnan...??

Putrajaya merupakan sebuah pusat Pentadbiran negara yang cukup dihormati oleh dunia luar kerana di Putrajaya lah lambang negara Malaysia ditempatkan dengan merangkumi pelbagai pejabat pentadbiran kerajaan Malaysia.

Pemimpin Kerajaan melakukan bermacam macam cara untuk memastikan Putrajaya dikenali seluruh dunia dan juga dikunjungi oleh mereka sama ada rakyat Malaysia mahupun pelancong asing.

Dan apa yang kita lihat sejak Putrajaya dibuka sudah jutaan pelancong asing melawat Putrajaya dan tidak kurang dengan rakyat Malaysia sendiri yang hadir melawat pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia itu.

Putrajaya bukanlah HUB PORNO dan adalah tidak wajar untuk dijadikan ataupun digambarkan kepada dunia bahawa Putrajaya Hub Porno kepada Malaysia.

Lambang pentadbiran negara tidak sesuai untuk digambarkan sebagai pusat penyebaran cerita porno yang mana elemen 18 SX menguasai nama Putrajaya itu sendiri.

Minggu lalu seorang pelajar Malaysia dari Melbourne Australia menghantar e-mail....

Baca seterusnya, klik SINI