Wednesday, May 23, 2012

Rakyat Bakal Sengsara - MB Khalid Akan Jadikan Selangor Sebuah Syarikat Korporat!

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini mempertikai corak pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang yang menjadikan negeri ini bagaikan sebuah syarikat korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib rakyat.

Beliau berkata sebagai contoh kerajaan Selangor lebih berminat terhadap penstrukturan semula industri perkhidmatan air, sungguhpun Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahu bekalan air untuk rakyat kini berada pada tahap kritikal.

"Mereka sibuk dengan penstrukturan semula tetapi rizab air pada 2.4 peratus sahaja, bila penstrukturan semula siap bekalan air untuk rakyat habis, jadi buat apa buat penstrukturan semula?

"Kerajaan pusat sedia hendak bina loji air Hulu Langat 2 berharga RM3.6 bilion untuk selesaikan isu air ini tetapi kerajaan Selangor tidak mahu mungkin kerana projek itu tidak beri keuntungan wang ringgit," katanya kepada pemberita di Batang Kali di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan daripada Kelab Putera 1Malaysia berbentuk tilam dan dapur gas kepada 870 keluarga di kawasan Batang Kali dan Serendah yang terlibat dalam banjir kilat pada 7 Mei lepas.

Hadir sama Anggota Parlimen Hulu Langat P Kamalanathan dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Noh berkata selain isu air, kenaikan cukai pintu juga merupakan bukti betapa kerajaan Selangor mementingkan wang ringgit tanpa mengutamakan kepentingan rakyat.

"Dalam menifesto pada pilihan raya lepas mereka kata nak turunkan cukai pintu 20 peratus, tetapi baru-baru ini di beberapa kawasan antaranya Taman Ampang Pecah kadar cukai pintu naik. Jika nak naik (cukai pintu) perkhidmatan semakin bagus tidak mengapa.

"Tetapi perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan seperti pungutan sampah timbul macam-macam masalah. Tidak kah ini menunjukkan bahawa kadar cukai pintu naik adalah untuk kepentingan wang ringgit sahaja?," soal beliau.


Bercerita tentang air, negara sebenarnya telah pun menghadapi krisis bekalan ini pada 1998. Oleh sebab itu, kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) telah mula merancang mulai 1998 lagi untuk mengelak krisis air ini tidak berulang.

Kalau bekalan api elektrik tak ada tidak mengapa, tapi jangan tidak ada air, kata seorang rakan. Sangat pedih jika krisis air ini berulang. Sebab itu jika tindakan susulan tidak diambil segera, negara akan menghadapi krisis air sekali lagi pada 2014 nanti - dua tahun sahaja dari sekarang.

Ketika ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air sedang menjalankan Projek Air Mentah dari Pahang ke Hulu Langat. Projek membina laluan paip dan terowong sedang berjalan. Kos keseluruhan projek dianggarkan berjumlah RM8 bilion termasuklah kos pengambilan tanah, pembinaan dan jururundingnya.

Kerajaan Persekutuan pun sudah ada peruntukannya. Oleh kerana pentingnya projek ini, Kerajaan Persekutuan juga telah mendapat soft loan daripada Kerajaan Jepun berjumlah RM3.6 bilion untuk tujuan itu. Dan seperti masalah di atas dengan kerajaan PKR Selangor yang tidak tahu motifnya, projek ini tertangguh sehingga hari ini.

Apa akan berlaku kalau projek loji air di Hulu Langat ini terus tertangguh?

1. Krisis air akan berlaku di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

2. Cuma, sekiranya projek ini dapat disempurnakan, sebanyak 1.4 juta pemegang akaun air akan dapat menikmati air mentah bersih ini. Iaitu lebih kurang seramai 7 juta rakyat akan dapat menikmati air mentah bersih ini (1.4 juta akaun x 5 orang dalam sebuah rumah).

3. Kalau projek ini tertangguh lagi, kos pembinaannya akan bertambah tinggi.

4. Bila kosnya bertambah tinggi, kos air bersih kepada rakyat pada masa akan datang - akan bertambah tinggi juga.

5. Masalah akan timbul kepada bangunan-bangunan tinggi dan flat yang lebih dari 5 tingkat.

6. Tanpa air yang mencukupi, water pressure akan berkurangan. Maka, bangunan lebih 5 tingkat tidak akan dapat bekalan air.

7. Maka penduduk akan terpaksa mengambil air dari bawah flat atau bangunan dengan menggunakan tangki air.

8. Pemaju perumahan, pemaju hartanah dan pemaju pejabat-pejabat akan meminta assurance for future water supply untuk menjalankan projek-projek hartanah di Selangor. Sekiranya tiada, mereka akan melabur di tempat lain atau negeri lain.

Sebenarnya kementerian berkenaan telah beberapa kali mengadakan mesyuarat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Keputusannya - Abdul Khalid tidak bersetuju dengan projek ini.

Demi politik kerajaan PKR Selangor, rakyat seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya seramai lebih kurang 7.5 juta orang tidak akan menikmati air mentah bersih secara percuma mulai 2014.

Demi politik, kerajaan PKR Selangor sanggup menangguhkan projek ini dengan tidak mahu meluluskan Development Order dan '2 lot tanah' - agar projek air mentah bersih ini gagal.

Demi politik, kerajaan PKR Selangor sanggup menangguhkan projek loji ini di mana akan menyebabkan tarif air yang akan dibayar oleh rakyat Selangor nanti bertambah mahal dan tinggi.

Demi politik, Menteri Besar Selangor sanggup memberi rakyat potongan serta diskaun kepada tarif air yang dibayar sekarang. Tetapi sebaliknya sabotaj projek air Kerajaan Persekutuan yang ikhlas membantu rakyat agar krisis air pada 2014 tidak berlaku?

Apa sahaja akan dijadikan business option kepada mereka. Walaupun mereka perlu risikokan rakyat, itu semua tidak penting asalkan sahaja poket mereka penuh. Banyak contoh-contoh yang pernah berlaku sebelum ini.

Rakyat Selangor tidak akan lupa insiden April lalu yang mana sebanyak 29 gerai ibu tunggal di Seksyen 24, Shah Alam yang dirobohkan walaupun tanah tapak perniagaan tersebut dianugerahkan oleh Sultan Selangor.

Manakala di Kampung Kayu Ara, Petaling Jaya pula, bagi mendapatkan dan menukarkan tanah rizab melayu kepada tanah pembangunan kondo, Elizabeth Wong dapat makan upah RM 2 juta!

Itu antara penindasan kepada golongan Melayu yang dilakukan Pakatan Haram Selangor! Tak keterlaluan kalau nak dikatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini adalah Kerajaan Materialistik! Yang menjadi mangsa adalah rakyatnya sendiri. Fikir-fikirkan lah...!!!

Suara Politik
Taminsari

2 comments:

Anak Omak Kembali said...

KJ tikam Najib, bantu Anwar

Anonymous said...

Projek untungkan kroni..bukan rakyat!! bahlol betul