Wednesday, May 23, 2012

Saiful Bukhari MANGSA Kowtim Yusof Dengan Anwar...??

Kalah Kes Liwat, Adakah Yusof Bersekongkol Dengan Anwar?

BUKAN sedikit mata yang terbeliak di hari perbicaraan Anwar dalam isu Bersih pagi semalam...! Semuanya gara-gara melihat salah seorang peguam yang mewakili dan "membela" Anwar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, bekas Peguamcara II Negara, yang juga pernah mengetuai barisan pendakwaan kes liwat Anwar dan Saiful Bukhari.

Ia seolah-olah melihat Mahathir berpegang tangan dengan Anwar, sehari selepas memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998...!

Yusof dengan rasmi melepaskan jawatan sebagai Peguamcara II Negara, beberapa hari sebelum Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.

Sementara ramai yang beranggapan, Anwar menang kes tersebut kerana Hakim terkhilaf dalam penghakimannya, tindakan Yusof kini menimbulkan kesangsian sama ada ketua pendakwaan sendiri pun ada memainkan peranan juga dalam pembebasannya.

Bagaimana dan berapa besar peranan yang dimainkan Yusof, penulis tidak pasti, tapi penulis yakin ada dan semua ini menuntut Yusof tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya yang berlaku....

Lagipun kita sedang cakap Yusof sebagai peguambela sekarang, bukan Yusof sebagai peguam cara, dan kebetulan golongan peguam kini ada isu kredebiliti dan intergriti yang serius

Sekarang fahamlah kita kenapa kes Anwar ini tertangguh sekian lama tanpa dicabar pasukan Pendakwaan..... Fahamlah kita kenapa banyak kesilapan-kesilapan bodoh dari pihak pendakwaan dibuat dalam kes ini antaranya kegagalan mendesak Anwar mengemukakan saksi alibi yang nama-nama mereka dikemukakan kepada Mahkamah oleh Karpal Singh sebaik Anwar diarah untuk membela diri.

Begitu juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif sebagai sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun tahu beliau ada ‘isu’ dengan Saiful Bukhari.

Soal kebenaran disebalik ‘isu’ yang dibangkitkan itu tidak penting, yang penting kegagalan mengenal pasti masalah yang timbul telah menyebabkan kes tersebut hampir sahaja dibuang oleh Mahkamah.

Dan siapa yang patut bertanggungjawab dalam soal ini..? Penulis yakin Yusof, kerana sebagai ketua pendakwaan, dia yang bertanggungjawab memilih timbalan pendakwa raya mana yang layak untuk membantunya dalam mengendalikan kes tersebut.

Penulis yakin, semua kegagalan ini memainkan peranan penting dalam mendorong Hakim membuat keputusan membebaskan Anwar dari kesalahan meliwat Saiful.

Yusof tidak perlu menjawab kepada media (apatah lagi yang pro pembangkang) seperti yang dilakukannya semalam di Mahkamah.... Yusof perlu menjawab kepada rakyat kerana sepanjang dia berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, wang rakyatlah yang membayar gajinya.

Ini bukan soal kecil, ini soal serius yang membabitkan intergriti pejabat Peguam Negara sebagai satu-satunya badan yang mempunyai keputusan penuh untuk meneruskan atau tidak sesuatu kes pendakwaan.

Begitu juga dengan menentukan sama ada rayuan akan dibuat ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi atau tidak...

Kita bimbang ada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa terlibat. Takkanlah semuanya terjadi secara kebetulan..? Kalau benar Yusof ‘dibeli’ semasa mengendalikan kes Anwar, perbicaraan semula perlu diadakan dengan barisan pendakwaan yang baru.

Silap-silap, Peguam Negara pun perlu letak jawatan.

Hasil Nukilan - Beruang Biru

4 comments:

Anonymous said...

Cari makan.Dah kehendak profesyen dia yang terpaksa membela atau ,mendakwa,salah atau betul...kalau klien DIA kata dia tak salah..go ahead.Lawan..yang penting BAYAR.Mana ada prinsip.Tak berasap dapur.

Anonymous said...

Antara penghuni neraka paling ramai ialah Para Peguam dan Hakim kata seorang Ustat.WallahuAqlam

Anonymous said...

biasa lah manusia...mesti ada sifat2 emosional/perasaan xpuas hati..spt xnaik pangkat,gaji dan sbagainya

seperti naib pemuda umno kampar tempoh hari

saya juga penyokong kerajaan, tapi mana lah tahu nk dekat2 pilihan raya kene saman pulak dgn jpj or polis pasal bla..bla..bla maka xpuas hati bila mengundi pangkah pembangkang.....

manusia xperfect.....macam herd..pasal tu di utus Nabi SAW

xtau pulak TGNA dia ada kunci syurga

Anonymous said...

Ini adalah sesuatu yang amat dikesalkan berlaku, yusuf kau kena minta ampu pada seluruh rakyat Malaysia Dan bertaubat pada Allah, sudahlah kerja sebagai peguam bukan suatu keja yg mulia jika disalah guna seperti membela org yg melakukan kesalahan yg man kau tahu kesalahannya tetapi kau bermatian membelanya, balasan Allah diAkhirat akan menunggu kau yusuf, usia kau juga dah usia kubur, elok kau bertaubat dan pi lah belajar bab ugama Islam itu pun jika kau penganut Islam, maaf tak tau kau. ugama apa.jika kau faham Islam aku rasa kau tak kan buat apa yg kau telah buat pada Saiful yusof.