MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Thursday, May 17, 2012

Seronok Tengok Mat Sabu Marah Polis, Macam Orang Bodoh..!

kedahan69ners.com

Marah betul Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terhadap pasukan Polis DiRaja Malaysia yang dikatakan zalim kerana bertindak memukul anak-anak didiknya yang mengganas ketika himpunan Bershit 3.0, pada 28 April yang lalu.

Dalam kenyataannya yang penuh emosi, Mat Sabu yang lebih “mesra” dipanggil Abang Mat, telah menyuruh polis meruntuhkan mahkamah untuk membolehkan pihak berkuasa menghukum anak-anak didiknya sesuka hati.

“Kalau sudah tidak mahu ikut peraturan dan seronok sangat membelasah orang ikut suka hati, suruh polis runtuhkan semua mahkamah dan lepas itu bolehlah mereka hukum orang ikut suka hati,” katanya yang dipetik dari media baru-baru ini.

Persoalannya, Mat Sabu sedar atau tidak tentang apa yang dia katakan itu? Siapa yang mengikut peraturan dan siapa yang tidak mengikut peraturan sebenarnya?

Perlukah marah-marah begitu sedangkan yang bersalah sebenarnya ialah Mat Sabu sendiri dan anak-anak didiknya? Dan perlukah mahkamah diruntuhkan?

Mengikut kajian pakar psykologi manusia, individu yang sedang marah sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh, tidak masuk akal dan bangang. Dan diyakini Mat Sabu mengeluarkan kenyataannya itu dalam keadaan marah…

Siapa yang tidak mengikut peraturan? Mat Sabu dan anak-anak didiknya? Atau pihak berkuasa yang tidak mengikut lunas undang-undang?

Sebagaimana maklum, sebelum Bershit 3.0 berlangsung, pihak DBKL awal-awal lagi telah mendapatkan perintah injunksi mahkamah untuk tidak membenarkan Bershit 3.0 diadakan di kawasan Dataran Merdeka.

Malah, memandangkan DBKL bertimbang rasa dengan kemahuan Bershit dan Mat Sabu, pihak berkuasa itu telah menawarkan 4 stadium untuk mereka berhimpun, termasuk Stadium Merdeka yang sudah dibaik pulih dan dituntut mereka ketika mahu menganjurkan Bershit 2.0 sebelum ini.

Namun atas kedegilan diri sendiri, Mat Sabu dan anak-anak didiknya tetap mahu melanggar peraturan dengan mengingkari perintah mahkamah itu dan tetap mahu berhimpun di Dataran Merdeka.

Jadi, siapakah yang tidak mengikut peraturan? Mat Sabu atau pihak berkuasa?

Untuk rekod, ketika himpunan Bershit 2.0, Mat Sabu dengan sengaja melanggar perintah mahkamah yang melarangnya masuk ke kawasan Kuala Lumpur dan cuba menyusup dengan membonceng motosikal sebelum jatuh tergolek sendiri akibat mengelak dari ditahan polis!

Apakah tindakan Mat Sabu itu dikatakan “mengikut peraturan”?

Kemudian, Mat Sabu dan anak-anak didiknya melakukan provokasi melampau, melontar topi keledar, botol, batu dan objek keras kepada pihak polis sebelum merempuh sekatan kawat berduri untuk masuk ke kawasan larangan.

Apakah itu juga dianggap “mengikut peraturan”? Memaki hamun polis dianjurkan oleh Islam, kah?

Untuk mengekang mereka-mereka yang bertindak tidak mengikut peraturan, menyalahi undang-undang, mengingkari arahan polis yang menuntut mereka bersurai, apakah salah pihak berkuasa menggunakan sedikit kekerasan untuk memaksa mereka yang degil?

Lagipun, yang buat kacau itu bukan budak kecil yang tidak faham bahasa. Mat Sabu dan anak-anak didiknya itu semuanya sudah besar panjang dan semuanya sudah “mumayyiz”!

Lain kali, kalau tak mahu sakit, Mat Sabu dan anak-anak didiknya boleh duduk di rumah saja sambil tengok Astro Ceria. Takkanlah Mat Sabu tak tahu bahawa pihak polis menggunakan cota dan rotan untuk “melayan” para perusuh? Bukankah Mat Sabu salah seorang pemimpin rusuhan pelajar 1974?

Jadi, tak payahlah mengada-ngada mahu polis melayan perusuh dengan ayam panggang Kenny Rogers atau ayam goreng KFC. Cota dan rotanlah jawabnya…

Polis takkan memukul tanpa sebab dan polis tidak akan menyerang orang awam tanpa alasan. Sudah tentu ada alasan mengapa mereka bertindak begitu keras terhadap Mat Sabu dan anak-anak didiknya, bukan?

Muhasabahlah diri sebelum menuduh orang tidak mengikut peraturan.

Seperkara lagi, rasanya tidak perlulah meruntuhkan mahkamah. Kalau mahkamah diruntuhkan, susahlah Mat Sabu kalau-kalau dia ditangkap “mengorat” dan “berkhalwat” dengan bini orang nanti.

Kalau tak disebabkan mahkamah, sudah tentu Mat Sabu remuk dibelasah suami Normah. Mujurlah mahkamah ada, kan? Sekurang-kurangnya Mat Sabu boleh “terselamat” dari dibelasah dan berjaya mendapat “Normah 2” sebagai isteri…kan?

2 comments:

Anonymous said...

Planking...ha ha ha...

Anonymous said...

BODOH TAHAP KRONIK...