MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Sunday, May 13, 2012

UMNO Sambut Ulangtahun 66 Tahun... Anwar Bawa 6,666 SIAL Kepada Pakatan Pembangkang...!!

Selamat Ulang Tahun UMNO Ke-66

Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 disambut dengan begitu bersemangat dan meriah hari ini. Stadium Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti 100,000 penuh sesak sehingga tidak cukup tempat duduk.

Tidak salah jika dikatakan bahawa sambutan ini adalah yang paling bersemangat dan hebat sejak berakhirnya era pemerintahan Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Petikan lirik lagu UMNO iaitu, ‘UMNO terus mara’ adalah tepat untuk menggambarkan perjuangan parti yang banyak berjasa ini.... Walaupun dicabar, ditentang dan diasak dari luar, dari dalam dan sejak dahulu sehingga sekarang, UMNO kekal tegak berdiri memikul amanah agama, bangsa dan negara.

Jika pembangkang masih enggan mengakui akan kekuatan UMNO, maka mereka harus berfikir sekali lagi selepas menyaksikan perhimpunan raksaksa ini.


Tetapi, kita yakin bahawa pembangkang sebenarnya cukup maklum akan kekuatan UMNO dan kerana itulah mereka perlu mengadakan BERSIH, perlu mempersoalkan sistem pilihanraya, perlu menggembar-gemburkan kisah pengundi hantu dan sebagainya untuk dijadikan alasan apabila kalah dalam pilihanraya nanti.

Kerana itulah juga mereka tidak jemu-jemu berusaha menjatuhkan UMNO melalui jalan belakang bagi mengelak dari melalui pilihanraya.

Begitu jelas sekali bahawa sokongan terhadap pembangkagn tidaklah sekuat laungan fitnah yang mereka lemparkan terhadap kerajaan. Malah, perhimpunan BERSIH 3.0 yang ditaja oleh zionis, di mana peserta-peserta diberi bayaran juga hanya mampu mengumpul lebih kurang 25,000 orang sahaja.

Itupun setelah dicampur dengan kumpulan penentang Lynas dan penyokong LGBT yang menyasarkan musuh yang sama iaitu UMNO.

Justeru, di manakah yang dikatakan kekuatan pembangkang? Di dalam laman sosial di internet sajakah...? Kenapakah penyokong-penyokong tegar di internet itu tidak mampu dikumpulkan secara tersusun untuk turun berdemonstrasi ketika BERSIH 3.0?


Apakah mereka tidak cukup bersemangat..? Atau tidak cukup keyakinan..?

Atau pengecut..? Atau bayaran yang diberi oleh pihak pembangkang/BERSIH terlalu rendah..?

Jawapannya ialah kerana penyokong mereka tidak seramai mana. Segelintir yang ada itu pula pondan-pondan, pengecut dan pak-pak turut belaka - konon ingin berjuang tetapi terhegeh-hegeh meminta simpati apabila cedera.

Kerana itulah BERSIH 3.0 gagal dan kerana itulah juga pembangkang bakal kalah lagi dalam pilihanraya kali ini.

Walaubagaimanapun, kita wajar mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana kita percaya, semangat yang memuncak dan kesedaran yang meningkat di kalangan golongan atas pagar yang diterjemah dalam sambutan ulang tahun UMNO hari ini adalah sedikit sebanyak berpunca dari sikap dan kelemahan pembangkang sendiri, terutamanya dalam penganjuran BERSIH 3.0.


Sesungguhnya, sifat pembangkang yang sentiasa bergelumang dengan skandal dan suka melakukan kerosakan, memudahkan kerja UMNO. Jika pembangkang perlu melakukan penipuan dan memfitnah seperti memalsukan gambar dan mereka-reka cerita tentang keburukan pemimpin UMNO, UMNO pula tidak perlu berbuat begitu.

UMNO hanya perlu tunggu dan lihat sahaja bagaimana Pembangkang ‘membunuh’ diri mereka sendiri secara perlahan-lahan.

Itulah bezanya parti yang berjasa dengan parti yang hanya tahu bercakap. Manusia yang banyak bercakap selalunya akan lebih banyak berbuat silap. Begitu jugalah dengan pembangkang yang saban hari kerjanya adalah bercakap, berkempen dan berceramah...!

Semakin lama semakin banyak yang mereka tersasul dan semakin teruk mereka merapu.

UMNO pula tidak perlu bercakap banyak dan hanya bercakap bila perlu. Selebihnya UMNO bekerja untuk rakyat dan untuk negara.

Hari ini, kita bertuah dapat menyaksikan UMNO bangkit kembali dari kecederaan dan terus mara menuju pilihanraya demi agama, bangsa dan negara!

Hidup UMNO…! Hidup Melayu…!! Allah Selamatkan Malaysia…!!!

3 comments:

Anonymous said...

Yang ni aku suka.Berhimpun elok2 tunjukkan semangat bersatu.Tak buat kacau, tak ganggu siapa pun.Cuma adalah sikit2 buat sampah sarap,tapi selepas PR13 aku pasti sampah akan berkurangan. Kerana jika mereka masih buat sampah maka orang akan menyampah kpada mreka.Dan kelak mereka akan dibakar hangus dengan sampah yang mereka buat.Bersih itu hari cukup menjijikkan aku tengok.Buruk seburuk-buruknya saperti perangai penganjurnya.Tengok video aksi ketua mereka tak ubah macam Hitler yang angkuh teringin nak takluk dunia ini. Kemudian tampil pula geng2 serban besar mereka menyokong perbuatan biadap itu. Serban2 ini dah buat biadap kepada agama mereka dik kerana kemaruk kuasa. Lupa kepada apa yg selama ini mereka menyuruh umat manusia berbudi bahasa saperti para sahabat nabi s.a.w. Ulamak apa macam ni. Itu pun nak cakap pasal hukum hudud. Kepala mereka dulu yang mesti dipancung kerana menghalalkan yang haram, menipu dan manipulasi hukum ALLAH. Yang menjadi pendemo pula macam tak belajar agama Islam sepenuhnya. Perangai tak ubah seperti orang jahiliah, meloncat keatas kreta polis macam beruk. Menjatuhkan maruah warga Melayu Islam Malaysia. Satu lagi yang aku tak setuju bila sebut Melayu, mreka kata ' assabiah'.Pemegang kunci Kaabah keturunan Arab Quraish sampai akhir zaman bagaimana? Tidakkah Arab Quraish itu bangsa.Yang sebenarnya assabiah itu apabila kamu tidak berlaku adil menghukum selain daripada bangsa kamu sendiri.Apabila membela bangsa kamu seugama di samping bangsa lain seugama adalah satu kewajipan bukannya assabiah. Cukuplah ,aku dah faham benar taktik kotor lagi busuk berulat tukang canang SERBAN BESAR,SI JANGGUT KAMBING HUTAN,PENGIKUT CHIN PING, KAFIR HARBI dan SI GILA PUTRAJAYA yang bersatu menjahnam negara dan orang Islam Malaysia. Ingat , kamu alpa sesaat musuh kamu dah bersedia membunuh kamu,saat berikutnya kamu alpa bersedialah menjadi mayat. Musuh kamu sudah pasang jerat di hadapan rumah kamu hanya menunggu masa kamu membuka pintu. Bangun dari kealpaan kamu sekarang, dan selamatkanlah tanah air, bangsa dan agama kamu. Kiranya aku tersilap maafkan aku kerna aku akan berjumpa tuhan aku entah besok atau bila....YA ALLAH AMPUNILAH HAMBAMU INI.

Anonymous said...

Hidup UMNO…! Hidup Melayu…!! Allah Selamatkan Malaysia…!!!
___________________________________
sepatutnya Hidup ISLAM...! Hidup Melayu...!! Hidup Umno...!!! ALLAH selamatkan tanahairku...

pejuang hamas...

Anonymous said...

HARAMJADAH !