Thursday, May 24, 2012

Zahid Hamidi Kasi GEGAAR HBN 2012.... Anwar Ibrahim Sakit Dada

I LUV PM...!!

Lihatlah apa yang tertera pada t shirt yang dipakai oleh kumpulan motosikal berkuasa tinggi telah berkonvoi di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan bagi mempromosi Hinpunan Jutaan Belia Negara 2012.

Sebanyak 150 kenderaan dengan 100 buah kereta dan 50 buah motosikal berkuasa tinggi telah berkonvoi di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan bagi mempromosi Hinpunan Jutaan Belia Negara 2012.

14 kelab dan persatuan kereta serta empat kelab dan persatuan motosikal dari seluruh negara menyertai Konvoi Hari Himpunan Jutaan Belia 2012.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikenali sebagai peminat motor berkuasa tinggi turut menunggang motosikal Cam-Am Spyder. berkonvoi bersama peserta pada acara tersebut.

Permulaan konvoi yang bermula dari Pejabat Kementerian Belia dan Sukan mengelilingi Putrajaya dan berakhir di tempat yang sama.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Shabery Cheek menjelaskan, acara Open Day Putrajaya yang menjadi pembuka Karnival Himpunan Jutaan Belia 2012 menjadi antara tarikan aktiviti yang melibatkan golongan belia yang hadir.

"Saya rasa tiada negara lain dalam dunia yang menyerahkan kota pentadbirannya untuk beberapa hari kepada golongan belia untuk melakukan apa saja yang menunjukkan kreativiti dan kemahiran mereka dengan pelbagai aktiviti yang mencorakan tenaga mereka yang memberikan gambaran bahawa belia kita sebenarnya baik, kreatif, bertenaga, tersusun dan yang boleh melakukan apa yang selama ini kita tidak dapat bayangkan...", katanya selepas menamatkan konvoi pembukaan Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini semalam

2 comments:

House PK said...

BRO, LAYOUT CANTIK! I like

Anonymous said...

So...amender yg sakit dada nya? Bodoh punya blog..bg la tajuk yg ilmiah sikit....