Pelakon terkenal, Abby Abadi baru-baru ini melahirkan rasa kecewa atas tindakan beberapa pihak yang melemparkan kata-kata kurang manis kepadanya ekoran penglibatannya di dalam beberapa program anjuran PAS.
Kekecewaan Abby itu diluahkan melalui laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini. Kata Abby…
“Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul. Sampai kata saya dapat ‘hidayah sesat’? Apa tu?,”.
Apa yang mengharu-birukan, PAS melalui lidah rasminya, Harakahdaily, cuba menjadi “batu api” apabila cuba memutar belitkan kenyataan Abby dan seolah-olah cuba menjauhkan pelakon itu dari Barisan Nasional atau UMNO.
Sebenarnya, saya menyokong penuh langkah Abby Abadi yang berhijrah mengenakan tudung di kepala, yang menandakan perubahan positif dari selebriti itu ke arah yang lebih Islamik berbanding sebelumnya.
Sama ada Abby masih lagi mengenakan pakaian yang ketat, menampakkan susuk tubuh atau tidak menutup aurat sepenuhnya tidak timbul buat masa sekarang.
Pada masa ini, saya bersyukur kerana dia mula diberikan hidayah untuk menutup bahagian kepala dan lehernya yang sebelum ini terdedah. Itu adalah lebih baik dari imejnya sebelum ini yang langsung tidak bertudung kepala.
Namun pada saya, kenyataan Harakahdaily yang mengatakan bahawa Abby naik ke pentas ceramah PAS adalah tidak benar sama sekali.
Abby Abadi sebenarnya hanya memenuhi jemputan anjuran PAS yang rasanya kurang berbaur politik seperti “talk show” Malam Keinsafan Bersama Selebriti yang berlangsung di Dataran Kerdau baru-baru ini.
Program “talk show” setahu saya bukanlah ceramah politik yang menghentam UMNO mahupun BN sepertimana kebiasaan amalan PAS.
Sepatutnya, Abby tidak wajar dipersalahkan dalam hal ini kerana muncul pula beberapa pihak yang menghentam Abby yang baru saja mahu mengenal Islam dengan lebih dekat lagi.
Cuma pada pandangan saya, cara Abby mendekatkan diri kepada Islam melalui pendekatan politik adalah kurang tepat sama sekali. Apatah lagi jika Abby menganggap individu-individu seperti Nik Aziz Nik Mat dan Ustaz Azhar Idrus itu layak bergelar ulama.
Jika Abby nak tahu, Nik Aziz hanyalah boleh dianggap sebagai ustaz biasa yang mendapat pendidikan agama di India dan negara timur tengah, termasuk di universiti Al-Azhar. Namun ia belum boleh membuat Nik Aziz bergelar ulama.
Begitu juga dengan Ustaz Azhar Idrus. Dia hanyalah seorang ustaz yang mengajar dari masjid ke masjid. Saya kurang pasti sama ada dia ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam untuk berceramah di beberapa buah negeri.
Namun, untuk menetapkan gelaran ulama kepada dua individu itu adalah tidak tepat sama sekali kerana tidak semua lulusan Al-Azhar itu layak digelar ulama meskipun mereka aktif mengajar atau mendapat tauliah mengajar di masjid dari Majlis Agama Islam.
Sebagai contoh, Kamariah Ali juga lulusan dari Al-Azhar. Tapi Kamariah merupakan pengikut setia Ayah Pin. Jadi, apakah Abby rasa Kamariah wajar digelar sebagai ulama dan apa saja yang dilakukannya tidak boleh dikecam atau dikutuk?
Untuk pengetahuan Abby, Nik Aziz menolak perpaduan umat Islam di negara ini meskipun pada awalnya dipersetujui oleh Presiden PAS dan majoriti Majlis Syura Ulama PAS. Nik Aziz menggunakan kuasa “veto”nya sebagai Mursyidul Am untuk menafikan perpaduan umat Islam di Malaysia.
Nik Aziz juga menghalalkan budaya memaki hamun dan mencarut dengan memberi alasan bahawa Allah juga “mencarut” di dalam Al-Quran.
Persoalannya yang perlu Abby fikirkan, apakah seorang hamba wajar mencarut? Allah mungkin boleh mengutuk Abu Lahab di dalam firmanNya, tapi apakah Rasulullah SAW memaki hamun musyrikin dan kuffar yang melontar najis kepadanya?
Justeru, saya memohon agar Abby memperbaiki pendekatannya kepada Islam melalui cara atau uslub yang lebih diiktiraf. Pergilah berjumpa dan rapatkan diri dengan program-program JAKIM, Majlis-Majlis Agama Islam atau ulama-ulama muktabar.
Nak kenal ulama-ulama muktabar, sila hubungi urusetia Mykmu.net kerana laman portal ini sering menganjurkan konvensyen bersama ulama tersohor bertaraf antarabangsa. Kalau setakat ulama politik, rasanya tak payah berguru pun tak rugi…
myKMU.net

13 comments:
Semasa belum masuk PAs Abby tidak glamer kerana kerajaan tiada hasrat menjadikan beliau sebagai bahan kempen tetapi bila masuk PAs beliau nampak glamer kerana menjadi bahan kempen menarik undi.
tak pa lah puan , dengan suami pertama si norman kamu dah pilih salah orang - BUAYA LANGAP. Jangan membuat kesilapan kedua dalam hidup , apa yang sedang kamu ceburi ni mungkin menjadi ke silapan ke 2 di mana mungkin di satu masa kelak anak cucu kamu akan menyumpah kamu kerana menyokong sebuah parti yang akan menghancurkan ugama , bangsa dan negara.
Kamu sekarang ini merasa berbangga dengan "GLAMOUR" yang di uar uarkan oleh parti tersebut tapi kamu ta tahu dalam sana ada lebih banyak buaya tembaga [ lebih hebat dari buaya langap yang telah menipu kamu ] tanya tanya lah hadi awang kot kot dia na pakai lagi satu
Abby, fyi, artis2 yg terlibat dgn event BN juga tak terlepas dari kutukan juak2 PAS. Cuma masa u join BN u tak baca harakah dan jenguk blog2 pro pembangkang.
Hrp lepas ni jgn double standard bila buat statement.
setuju dgn pndpt tuansenda 25
-wau
Dulu orang bermasaalah dan celaru dalam peghidupan pergi habiskan waktu di meja snoker ..dangdut..karoeke...lepak lepak berborak di cafe..... (walaupun tak tak berwang... lepak lepak tumpang kawan...) untuk lari dari menghadapi masaalah..hidup.Sebab ditempat tempat itu terkumpul gulongan yg senasib dan seperangai..
Sekarang ni...dah tambah lokasi untuk tujuan itu... masuk pentas politik PAS bagi orang Melayu Islam... sebab... yg sama .......
Mereka sama kes dgn yg ke Snoker atau club.lepak..nak sedapkan perasaan sendiri...Tanpa memikirkan betul atau salah tindakan itu..sebab diawal lagi mereka kecelaruan sebab tiada disiplin berfikir yg baik.........
Kalau benar jadi manusia baik..banyak cara yg ada bukan bersama gulongan yg memecah belahkan org Islam atau menyibuk dalam hal yg diri tak keruan...Ini bukan skrip atau sebuah filem yg bolih diedit edit kalau silap..Ini Penghidupan... yg akan buruk kesannya pada orang ramai dan Negara sekira kita tersilap..pada perkara yg kita tak mahir.....
Perbetulkan diri dulu...saperti ilmu rumah tangga...kan dah beberapa kali bercerai..mesti something not right dan perlu dididik semula. ..Boyfriend lari..pun berlaku pada Abby.. didik semula cara kewanitaan...
ini nasihat pada nya Janda Kecelaruan. Esok Masih Ada...
Cari..Sarah Yaakob untuk panduan..dia dah melalui benda benda mcm ni...
Kenapa semakin ramai yang terpanggil untuk membuat pendedahan mengenai tindak tanduk ulamak2 PAS?
Ini jawabnya…
“harus mengkhabarkan kejahatan seorang supaya orang lain tidak terpengaruh dengannya. Seperti engkau melihat seorang yang sering berulang alik menemui orang yang tidak baik dari segi iktiqadnya atau orang yang tidak baik dari segi pegangan agamanya. Maka harus engkau memberi tahu supaya jangan ia mengaji atau bersahabat dengan dia kerana bersahabat dengan dia akan membawa kepada kebinasaan kepada agamanya.
Demikian juga jika kita melihat seorang yang mengaji kepada ulamak jahat maka harus kita beri tahu supaya menjauhkan diri daripada berguru dengan dia.”
Petikan itu diambil dari rencana yang bertajuk ‘Mengumpat Yang Diharuskan’ tulisan Ust. Idris Haji Ahmad bertarikh 10/5/12 dan disiarkan pada 12/5/12. Beliau ialah Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan, Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Rencana lengkap boleh didapati di sini (jika belum dipadamkan):
http://idrisahmad.wordpress.com/2012/05/12/mengumpat-yang-diharuskan/
Nak naik ke pentas PAS takpe tapi bila berceramah janganlah mengutuk UMNO/BN macam ko tak pernah mendapat manfaat darinye. Cuba kenangkan kembali bagaimana Yusuf Haslam mendapat slot Gerak Khas bertahun2 di RTM, melalui nya ko dapat berlakun bertahun tahun, secara tak langsung itu adalah sumbangan kerajaan BN juga, jadi jangan jadi macam kacang lupakan kulit.
Bila kita nak nasihat orang lain kenalah dengan ilmu yang bersandarkan wahyu dan bukan pakai otak sendiri atau pemikiran sendiri. Ingatlah menyesatkan orang lain amat berdosa besar. Jadinya hujah perlu ada dalil Al Quran atau Hadis Nabi kerana persoalan nya berhubung dienul Islam bukan hal pakaian apa nak pakai sahaja.....
Kenapa orang melayu Islam amat mudah di pengaruhi terpengaruh,terutama dengan ajaran ajaran sesat sperti Ayah Pin,Rasul melayu kaha,dan sewaktu denganya.Adakah kita menjadi ahli pas secara otomatik kita Islam secara total 100% ISLAM?.
Anon kat atas ni bagi nasihat bersandarkan wahyu mana? Aku tengok nasihat2 yang dibagi semua ok jer. Cukuplah setakat nak bagi sikit kesedaran dekat Abby aku rasa. Mungkin kena guna ayat quran dan hadis kot kalau nak terbiah kamu.
Tuhan pun bagi otak suruh guna, bukan simpan dalam seluar. Ileks la sikit.
Yang kamu dok bagi nasihat ni bersandarkan wahyu mana plak? Atau pakai otak sendiri saja?
Tak ada pun aku tengok komen2 kat sini yang terseleweng dari ajaran Islam. Semua bagi nasihat macam kamu gak. Kalau kamu maksudkan komen QalamQabut, pegi le komen kat Ostad Deris tu direct. Dia yang tulis.
Apa yang saya tersedu ialah, apabila Abby turut melaongkan " Takbir " dan disambut oleh jamaah yang hadzir.
Yang saya tahu hanya orang-orang fanatik PAS PIS sahaja yang melaongkan " takbir"
dino
ABABIY ni memang artis jenis haprak,menyokong membabi buta,patut tawar la jadi isteri UAIdiot baru la grand.Tapi sayang nya UAIdiot hanya nak anak dara,ABABIY ni janda mana janggut kambing bobok tu nak ......
Post a Comment