UNTUK TEMPAHAN BUKU BUKU IKLAN DIBAWAH INI

UNTUK TEMPAHAN BUKU BUKU IKLAN DIBAWAH INI
HUBUNGI 012-2068342 ATAU EMAIL TEMPAHAN nurulmiriam@gmail.com

Monday, June 4, 2012

Khalid GAGAP Biadab.... Perdaya Sultan Dalam Perlantikan Jawatan-Jawatan Utama Masjid Di Selangor..?

Termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor, masjid dan surau adalah dibawah pemilikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Pada masa yang sama, MAIS adalah dibawah bidang kuasa Sultan.

Secara langsung, ini bermakna bila berlangsung pencalonan untuk Jawatankuasa dan Pegawai Masjid di setiap kariah seluruh Selangor untuk sesi 2012-2015, MAIS adalah berkuasa mutlak dalam menentukan perlantikan tersebut.

Namun begitu, Jabatan Agama Islam yang dibawah portfolio yang dipengerusikan oleh MB Selangor sendiri adalah mewakili MAIS di setiap daerah, melalui Pejabat-Pejabat Agama Daerah (PAID).

Bila kuasa ini diperturunkan kepada PAID, maka dari situlah berlakunya hijack kuasa pemilihan oleh Pakatan Rakyat. Ia berlaku, apabila wujud unsur campurtangan dari ADUN Pakatan Rakyat, Penyelaras DUN dan Pengerusi JKKK/Ketua Kampung. Hakikatnya, mereka yang disebutkan diatas telah memberi tekanan kepada PAID dalam membuat rekomendasi kepada MAIS.

MAIS pula, kemudiannya telah memanjangkan rekomendasi PAID kepada Orang Besar Daerah (OBD) sebagai pengerusi panel pemilihan untuk membuat keputusan.

Oleh sebab itulah, berlaku rungutan dan ketidakpuasan hati dikebanyakan kariah masjid apabila perlantikan jawatan-jawatan utama (Nazr, Imam 1 dan Imam 2) yang diumumkan, bukan berdasarkan keputusan pencalonan Mesyuarat Agong Khas Masjid di kariah masing-masing.

Pengumuman perlantikan dibuat oleh Pengerusi JKKK/Ketua Kampung dan mereka menjual nama OBD kepada ahli-ahli kariah, dengan mengatakan bahawa keputusan dibuat oleh OBD.

Kini, perlantikan jawatan-jawatan utama iaitu Nazir, Imam 1 dan Imam 2 telah diumumkan dan berkuatkuasa pada 1 Jun 2012, namun tidak mengikut petunjuk dan isyarat dari ahli-ahli kariah melalui pencalonan yang telah dibuat. Kecoh di kariah-kariah telah bermula..

Malangnya, OBD telah menjadi mangsa kecaman akibat dari salah nasihat yang telah diberikan oleh Pakatan Rakyat melalui PAID, oleh ahli-ahli kariah yang tidak faham duduk perkara yang sebenar. Pada masa yang sama, Khalid berpeluk tubuh seolah-olah tiada campurtangan darinya.

Ternyata, MB Selangor itu telah dengan sengaja menimbulkan kekecohan dan secara langsung menampakkan yang kebiadaban beliau yang telah 'memperdaya' MAIS yan dibawah bidangkuasa terus Duli Tuanku Sultan.

Posted by Akar Umbi

2 comments:

Anonymous said...

Proses pemilihan dibuat agak demokratik. Namun dihijack oleh parti politik PR dalam mesyuarat peringkat daerah. PAID terpaksa akur sehingga calon popular tidak dapat tempat kerana tidak menjadi ahli parti-parti dalam PR. Dimana laungan demokrasi dan keadilan yang mereka canangkan?

Anonymous said...

PR sekarang gila duit.. Masjid pun nak di Politikan.. Gila la puak2 nih..

Zorro...