Thursday, July 26, 2012

Beginilah Nasib Melayu Sekiranya Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri....


Pheng Yin Huah, Presiden Hua Zong Association baru-baru ini membuat kenyataan mengenai konsep Sekolah Satu Aliran yang dikatakannya menyalahi Perlembagaan Negara sebagai menempelak kenyataan saudara Khairy Jamaluddin yang mempersoalkan sekolah vernakular.

Kenyataan Yin Huah jelas menunjukkan sikap ‘Cina dahulu, Malaysia kemudian’.

Nampaknya, Hua Zong, seperti juga Dong Zong adalah ektremis rasis tegar yang berpegang teguh kepada semangat keCinaan tanpa mengambil kira realiti dan akibat terhadap negara.

Apabila kita bercakap tentang sistem persekolahan, kita bukan hanya bercakap mengenai pendidikan tetapi juga perpaduan. Hanya mereka hipokrit sahaja yang enggan mengakui hakikat bahawa sistem persekolahan yang berasinganlah yang menyumbang kepada masalah perkauman hari ini.

Tindakan Pheng Yin Huah merujuk kepada Perlembagaan bagi menguatkan hujah hipokritnya amatlah mengecewakan.

Menurut perlembagaan Malaysia, ‘tiada seorang pun yang harus dihalang dari menggunakan, atau mengajar atau belajar bahasa lain’. Ertinya, semua kaum bebas menggunakan dan belajar bahasa ibunda masing-masing.

Namun, bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia adalah wajib bagi semua dan merupakan bahasa rasmi. Kata pepatah, bahasa menunjukkan bangsa, maka Bahasa Malaysia adalah untuk bangsa Malaysia iaitu selaras dengan konsep 1Malaysia.

Bahasa dan pendidikan yang sepadu adalah penting bagi membentuk perpaduan dalam negara. Kerana itu, kita melihat tiada kerajaan di dunia yang membenarkan sekolah berasingan untuk kaum-kaum yang berbeza, selain di Malaysia.

Dan ternyata, apa yang diamalkan Malaysia ini adalah tidak baik dan kewujudan Hua Zong serta Dong Zong, adalah buktinya.

Jika rakyat dididik di bawah satu bumbung, iaitu dalam satu aliran, pastinya puak ekstremis seperti Hua Zong, Dong Zong mahupun Perkasa tidak akan wujud. Tetapi, malangnya, akibat kedegilan puak-puak ekstremis Cina ini, maka Perkasa pun lahir bagi mengimbangi tuntutan atau pun kebiadapan mereka. Sekali gus mencetus pertembungan yang mampu mengancam kestabilan negara.

Jika masalah Hua Zong adalah risiko bahasa Mandarin terhapus, maka sekolah vernacular bukan satu-satunya penyelesaian kerana bahasa tersebut boleh dipelajari selepas waktu sekolah sepertimana anak-anak Melayu belajar agama.

Dari segi ekonomi juga, sekolah-sekolah berasingan tidak membawa apa-apa keuntungan, malah lebih banyak kerugian. Tidak perlu pergi jauh ke ladang untuk melihat bagaimana sekolah Tamil terpaksa diteruskan dengan kos utiliti dan infrastruktur yang tinggi semata-mata untuk menampung beberapa kerat murid dan guru.

Di Subang Jaya sendiri, terdapat sebuah sekolah Tamil yang letaknya betul-betul di sebelah sekolah kebangsaan tetapi hanya mempunyai beberapa orang murid. Pastinya, kos utiliti, penyelenggaraan, infrastruktur, gaji guru, staff dan berbagai-bagai lagi untuk sekolah ini ditanggung oleh kerajaan.

Sedangkan jika sekolah Tamil tersebut tidak wujud dan murid-murid Tamil belajar di sekolah kebangsaan, tentulah semua kos ini dapat dikurangkan.

Pendek kata, sekolah vernacular bukan sahaja merugikan dari segi sosial tetapi juga dari segi kewangan.

Namun, penulis rasa adalah satu yang sia-sia untuk menghuraikan segala statistic atau fakta bagi menjelaskan hujah bahawa sekolah satu aliran adalah yang terbaik untuk Malaysia seperti juga semua negara di dunia.

Ini kerana penulis tahu bahawa Hua Zong, Dong Zong atau Dong Jiao Zong hanya akan memekakkan telinga. Sikap kiasu mereka tidak membenarkan mereka mengalah atau berundur walau setapak walaupun itulah yang terbaik untuk semua.

Mereka telah diasuh dan dididik di sekolah-sekolah vernakular dengan sifat chauvinis yang hanya mementingkan kebaikan untuk kaum mereka serta mempersetankan kesan atau akibat kepada orang lain mahupun negara sendiri.

Oleh itu, kewujudan pertubuhan-pertubuhan ektremis Cina yang bertopengkan ‘pendidikan’ ini harus diberi perhatian serius oleh kerajaan jika benar-benar ingin merealisasikan slogan 1Malaysia.

Tidak wajar mereka ditangani dengan diplomasi atau professional kerana jelas, mereka tidak terdidik dengan cara itu. Cara mereka adalah cara samseng, cara kongsi gelap yang memeras ugut dan menuntut segala-galanya sehingga mereka merasa puas, sepuas-puasnya.

5 comments:

Anonymous said...

Yang dipertikaikan sekolah vernacular persendirian, kan?

Jumlahnya pun tak sebanyak sekolah swasta persendirian dan antarabangsa yang lebih banyak tidak mengikut Perlembagaan.

Ngapa tak selesaikan merebaknya sekolah swasta dan antarabangsa dahulu?

Hujah apa ni?

Anonymous said...

kebebasan belajar dalam apa jua bahasa terdapat dalam semua negara terutama negara maju tetapi itu tidak bermakna negara-negara tadi akan meramaikan sekolah vernakular. harap hua zong usah menggunakan alasan yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan perkara yang tidak jadi amalan biasa kecuali di sini.

Anonymous said...

Aku setuju,,kita tengok saja di INDONESIA,,,memang kita akui malaysia jauh lebih maju daripada indonesia daripada segenap aspek,,,tapi satu saja yang buat aku respect kat INDONESIA nih,,,,mereka berjaya mentarbuyahkan masyarakat cina disana mengikut acuan melayu indonesia. Aku berkesempatan ke jakarta minggu lepas,,aku lihat masyarakat cina disana memang mendominasi ekonomi tetapi bahasa pertuturan mereka yang membuatkan aku teruja kerana meraka menggunakan bahasa indonesia sesama mereka atau dalam erti kata lain mereka menggunakan bahasa melayu. Alangkah indahnya jikalau jita di Malaysia ini dapat berbuat begitu....mungkin sudah terlambat,,renung2kanlahhhhh

Anonymous said...

apa susah?! PRU 13 nanti suma pakat pangkah BN bagi menang BESAR 2/3. hidupkan kmbali ISA dan sumbat2 pelampau2 dan pengkianat2 nih ke dlm berpuluh tahun. padan muka. gerenti lepas tu insaf haha. hapuskan sekolah "jenis" dan serapkan semua ke dlm sekolah kebangsaan. sapa berani nk bunyi ISA kan shj. simple. GOV BN perlu berani laksanakan langkah2 ni demi perpaduan kaum2 di Malaysia dan supaya masalah seperti ini tdk akn timbul di masa2 akn dtg. juga supaya pelampau2 dan pgkianat2 berjaya dihapuskan sama sekali

Anonymous said...

hang tak bagi salam pun. sekolah antarabangsa terdapat lelbagai kaun dan mereka tidak berpaksikan negara cina koninis. sebenarnya pendukung persatuan ini banyak mempengaruhi pemikiran orang cina. patutnya mereka ini dianggap subversif dan di hukum. berbeza dengan sekolah antarabangsa yang tidak menanamkan ideologi kepada anak bangsa kita