Monday, July 16, 2012

Owhh FAEKAH...! Kisah BENAR Terbongkaarr Sudaahh.....!!

Sehingga ke hari ini tidak nampak tanda-tanda yang Faekah akan berundur....

Sepertimana yang kami katakan, sejak berbulan-bulan yang lepas kami telah terima beberapa bahan mengenai penyelewengan dan salah laku Faekah...! Namun kami menyimpannya untuk kegunaan di hari depan.

Mana yang dirasakan perlu untuk dilepaskan, kami akan lepaskan dulu.... Soal penyelewengan dan salah laku bukan sahaja melibatkan Faekah, malah turut melibatkan rakan baik Faekah, Arfaeza Aziz, bekas wartawan malaysiakini yang bertugas sebagai setiausaha akhbar MB Selangor.

Mereka bergerak dalam satu kumpulan seramai 3 orang. Seorang lagi adalah Rohany Talib selaku ketua pentadbir MBI.

Kesemua salah laku yang melibatkan mereka bertiga telah berada di tangan kami dan kami akan dedahkan berperingkat-peringkat. Ketiga-tiga mereka juga berkuasa penuh dalam menguruskan geran SelangorKu. Kuasa mereka dalam menguruskan geran berkenaan mengalahkan kuasa exco. Semuanya akan didedahkan tidak lama lagi.

Sebagai membuktikan pesanan kami kepada Faekah sebelum ini bukannya satu pesanan kosong, hari ini kami tampilkan satu lagi pendedahan.

Seseorang setiusaha politik adalah penjawat awam atau kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak. Tidak kira samada kontrak atau pun tetap seseorang kakitangan kerajaan perlu patuh kepada dan mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Seseorang kakitangan kerajaan tidak dibenarkan bekerja di dua tempat.

Tidak boleh menerima gaji atau elaun tetap bulanan dari pihak lain. Jika mereka dilantik menduduki mana-mana ahli lembaga pengarah ianya tidak menjadi masalah kerana jawatan tersebut tidak memberikan elaun tetap bulanan.

Sepertimana jawatan Faekah di UNISEL sebagai ahli lembaga pengarah, ianya tidak menjadi masalah atau melanggar peraturan sebagai kakitangan awam.

Namun sungguh mengejutkan apabila Faekah telah dilantik sebagai Penyelia Jabatan Khidmat Sokongan Menteri Besar dengan dibayar elaun tetap sebanyak RM 5000 sebulan yang dinamakan Imbuhan Elaun Tanggungjawab yang dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Kami sengaja menggelapkan bahagian kepala surat dan bahagian tandatangan di surat berkenaan. Kami mahu melihat ada pihak yang akan mengaku beliau bertanggungjawab mengeluarkan surat itu atau mahu menafikannya.

Adakah Faekah juga akan mengaku menerima elaun tetap bulanan tersebut sepertimana yang beliau mengaku berhubung suratnya yang kami dedahkan sebelum ini ?

Walaupun sedang berdepan dengan kesalahan moral yang serius berhubung surat sokongannya terhadap syarikat milik anak saudaranya, Faekah masih tidak malu untuk bercakap tentang kesalahan orang lain.

Minggu lepas bukan main kepalang lagi Faekah menyerang Ahli Parlimen Tanjong Karang berhubung papan tanda yang dipasang di Tanjung Karang. Faekah berkata Noh Omar Noh memang tidak tahu untung dan tidak sedar diri.

“Sudahlah dibina secara haram, reka bentuk dan keperluan lain pun gagal dipatuhi. Noh menjadikan Tanjung Karang umpama pekan koboi dengan melakukan apa sahaja tanpa merujuk kepada pihak berkuasa tempatan,” katanya. Ikuti laporannya di sini.

Hari ini kami ingin bertanya Faekah, apakah dia sedar diri dan tahu untung....? Sudahlah mengada-ngada mengalahkan wakil rakyat dan Exco , kemudian menerima gaji tanpa mengikut peraturan yang ditetapkan dan melanggar peraturan sebagai kakitangan awam. Tidak merasa malukah.....?

Faekah sering menghentam BN dan UMNO berhubung isu rasuah dan penyelewengan. Jika Faekah seorang yang bersih, jujur dan telus dia akan menolak apa yang ditawarkan kepadanya kerana ianya menyalahi peraturan yang ditetapkan.

Perangai Faekah saling tak tumpah dengan perangai pencuri yang berpura-pura mengejar pencuri. Itulah wajah-wajah orang-orang PKR, PAS serta DAP. Siang malam mereka menuduh orang lain jahat, sedangkan merekalah kepala jahat....!!

Apa yang dilaungkan mereka selama ini hanya untuk mengalih perhatian orang ramai terhadap kerja jijik mereka.

Selain dari menjawat jawatan setiausaha politik dan Penyelia Jabatan Khidmat Sokongan Menteri Besar, Faekah juga adalah ahli lembaga pengarah UNISEL. Jika dicampur kesemua pendapatannya mencecah belasan ribu ringgit sebulan...!

Belum lagi dikira ‘hasil-hasil’ yang lain yang akan kami dedahkan kemudian. Pendek kata wang gaji dan elaun-elaun yang diterimanya sebulan mengalahkan wakil rakyat dan Exco. Sedangkan dia tidak ada kawasan yang perlu dijaga....

Wakil rakyat dan Exco perlu menjaga kawasan masing-masing.

Episod akan datang kami akan dedahkan sesuatu yang lebih hebat lagi yang melibatkan Faekah dan Arfaeza.

Sumber

2 comments:

akulah69 said...

ha..ha..ha.. rm5000 jer... isk..isk..isk.. laki shahrizat rm250 juterrr (ringgit, bukan rupiah)... hehehe....zaini utusan kata, berita buleh di spin.. so... berita ni pun spin kan.. heehhe

Anonymous said...

baik umno, baik pas. 2 kali 5 je

yg tolak agama mcm dap lagi dahsyat agaknya bila memerintah