UNTUK TEMPAHAN BUKU BUKU IKLAN DIBAWAH INI

UNTUK TEMPAHAN BUKU BUKU IKLAN DIBAWAH INI
HUBUNGI 012-2068342 ATAU EMAIL TEMPAHAN nurulmiriam@gmail.com

JOM KE FESTIVAL BELIA 2013

JOM KE FESTIVAL BELIA 2013

Tuesday, July 10, 2012

Part 3 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci...??

Kisah kali ini agak ringkas….

Masih menceritakan mengenai perangai sebenar anak muda berasal dari Majidee Johor yang menjadi jutawan dengan hanya berniaga "Titah Tuanku".

Apakah anda semua masih ingat dengan salah satu adegan dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee berjudul Ali Baba Bujang Lapok..?

Sikap tamak haloba Kassim Baba yang sapu bersih harta dalam sebuah gua milik kumpulan Penyamun, habis licin semua dia sapu…!

“Hai la lampu.., nasib baik kau panaass, kalau tak dengan kau pun aku kebas…” kata Kassim Baba yang terlalu tamak dan haloba.

Begitulah juga dengan perangai Kamal Hisham….

Foto diatas ini adalah sebuah basikal yang dihadiahkan oleh seorang peniaga menjual basikal, seorang rakyat negeri Johor mempersembahkannya kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.

Apa kaitan foto basikal ini dengan Kamal..?

Untuk pengetahuan anda, beliau telah mengarahkan tauke kedai basikal tersebut menghadiahkan model basikal yang serupa buat dirinya sendiri dengan skrip yang biasa “Ini Titah Tuanku…”.

Nah..! Nampak jelas bahawa spesis seperti Kamal Hisham ini bukan sahaja rembat wang berjuta jutaan dengan berniaga “Titah Tuanku” seperti yang diceritakan disini…, tetapi sikap tamak haloba Kassim Baba yang mengalir dalam darah tubuh badan Kamal Hisham tergamak “POW” seorang tauke basikal di Johor.

3 comments:

Anonymous said...

Patut dihalau dari Johor. Memang benar orang JB siapa tak kenal "Tungku" Kamal Hisham.

Anonymous said...

Let the JOHOR business circle talk the truth about kamal la.. kalau boleh keluar tv lagi bagus.. buat drama episod ke.. gerenti kamal garuk buah sampai melecet. But i know he wont stop.. but he may not win anymore

Anonymous said...

Kasi beritahu la siapa tokey basikal tu?? bagi dia sendiri buat statement