Thursday, July 19, 2012

Part 5 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?



Pada siaran Blog in kali ke 4 di bawah tajuk “Part 4 – Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?", kita berpeluang menyaksikan bagaimana Kamal Hisham begitu lembut gigi dari lidah apabila menyembah ampun kebawah Duli Tuanku Sultan Johor.

Telah didedahkan menerusi surat yang diutus oleh Kamal menyembah-nyembah ampun dan maaf disamping itu, beliau beria-ia menyatakan beliau TAK pernah terlibat dalam kerja jahat memburuk-burukkan nama baik Sultan Johor.

Rupa-rupanya Kamal Hisham tidak ikhlas dan hanya berpura-pura…!

Setelah surat itu diutuskan, Kamal telah mengirimkan email kepada Majlis Peguam Johor. Sekali lagi Hisham telah menyerang institusi Diraja, sasarannya sudah tentulah Tuanku Sultan Johor.

Anak kelahiran Majidee Johor itu terus terusan berbohong, cuba meyakinkan pihak Majlis Peguam Johor. Segala-galanya buruk, kesemuanya jelek belaka digambarkan terhadap Tuanku Sultan…!

Kalau sudah lidah pembohong sudah pasti terbelit juga jalan ceritanya… Kamal dalam emailnya menyatakan bahawa beliau sudah mula bertugas dengan Tuanku Sultan Johor sejak tahun 1994. Padahal mengikut rekod rasmi dan boleh menjadi bukti, Kamal hanya mula berkidmat mulai tahun 2003.

Kamal Hisham juga menangguk di air yang keruh apabila mengambil peluang menghentam Tuanku Sultan Johor di hadapan Majlis Peguam Johor dengan mendakwa kewujudan Askar Timbalan Setia Negeri Johor 'telah melangkau' dari skop tugasan asal dan perlu dibubarkan.

Maksud 'Telah Melangkau' pada tafsiran Kamal adalah Askar Timbalan Setia Negeri Johor ( ATSNJ) telah menjalani latihan ala Komando dan Anti Teroris.

Kamal yang bebal fakta tidak pernah tahu hakikat bahawa ATSNJ sudah wujud sejak tahun 1885, jauh lebih tua daripada kewujudan Rejimen Askar Melayu Diraja.

Kedaulatan Negeri Johor sudah mendapat khidmat ATSNJ pada Perang Dunia 1 dan ke 2 lagi...

Antara pra syarat kemerdekaan yang dibincangkan oleh Istana Johor dan Tuanku Abdul Rahman adalah ATSNJ punyai hak untuk kekal dan hanya boleh dibubarkan di Parlimen setelah mendapat persetujuan daripada Sultan Johor sendiri.

Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Tun Saleh Abas bekas Ketua Hakim Negara.

Baca seterusnya..., klik SINI

No comments: