Tuesday, July 31, 2012

Part 7 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?

Kalau sudah dasar PENIPU yang bijak membelit, maka tidak hairanlah Kamal Hisham boleh mempersendakan kaedah hukum agama untuk menangguk di air yang keroh…

Sepertimana yang telah dijelaskan pada episod episod yang lepas, keseluruhannya cerita benar mengenai Kamal Hisham ini bertaut kepada asasnya menipu rakyat Johor dengan menjual nama Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor [boleh baca semula pada akhir penulisan kali ini]

Episod kali ini agak menarik…. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, disamping kita berpuasa, bersolat tarawih, memperbanyakkan amal ibadah kita juga sudah pasti akan menunaikan tanggungjawab kita membayar Zakat Fitrah.

Zakat ini adalah ibadah yang amat erat perkaitannya dengan urusan pemerintahan. Jika dibandingkan dengan ibadah wajib dan rukun yang lain, solat, puasa dan haji misalnya, maka zakat adalah ibadah yang melibatkan kepentingan umum (maslahah ‘ammah).

Dalam istilah lain disebut ‘amalan ijtimaiyyah’, yang mana jika ia tidak dilakukan dengan sempurna, maka kesan buruknya akan menimpa orang lain, yakni asnaf yang lapan.

Berbeza dengan solat, puasa dan haji, ia adalah ‘amalan fardhiyyah’, yang perlaksanaannya tidak melibatkan kepentingan umum umat Islam. Orang yang enggan bersolat dikira berdosa; namun jirannya yang kelaparan kerana tiada makanan tidak menanggung kesannya.

Tetapi jika dia kaya dan enggan berzakat, maka ramai fakir miskin akan terus hidup melarat.

Begitu cekapnya dan bijaknya kepala otak si Kamal Hisham berbelit…! Anak muda yang mengaku “orang kanan” Istana Johor ini telah melancarkan kutipan Zakat dikalangan beberapa syarikat korperat dinegeri Johor secara besar-besaran.

Modus Operandinya tetap sama…! Ini titah Sultan, maka formulanya itu telah berjaya membelit beberapa syarikat korperat dan juga beberapa syarikat gergasi yang berurusan dengan kerajaan negeri Johor.

Tambah berperisa kisah unik ini apabila Kamal menyatakan bahawa beliau dilantik sebagai AMIL untuk mengutip zakat zakat ini dan sekaligus mengenakan yuran khidmatnya sebagai AMIL Korperat…!

Demikianlah kisahnya si penipu yang berjaya menyamun untuk menambah kekayaan buat dirinya…

Part 6 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Part 5 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Part 4 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Part 3 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Part 2 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Part 1 - Siapa Tunggang Siapa..? Siapa Yang Kaut Untung, Siapa Jadi Balaci…?
Introduction - Panasnya Kisah Putar Alam

No comments: