Friday, July 20, 2012

SESAT…! Ustazah Abby Abadi Kata Dia Serah Borang Ahli PAS Seumur Hidup Sebab Takut Nanti Bila Malaikat Tanya….

Kesian sungguh apabila dilihat nasib malang seorang aktres yang sudah tidak laku semenjak bekas suaminya Norman Hakim mengahwini artis anak dara bernama Memey Suhaiza…!

Pernah Abby Abadi cuba “menyaingi” kekuatan Norman Hakim apabila ibu tunggal itu berkasih-kasihan dengan pelakon lelaki kacak yang lapan tahun lebih muda darinya sehingga kantoi dicekup krew Melodi TV3 mereka berdua-duan pergi bercuti diluar negara.

Itu kisah lama…

Terkini seantero Malaya sudah tahu Abby Abadi jadi IKON utama pentas pentas ceramah PAS sana sini. Kelmarin Abby Abadi secara rasmi menyerahkan Borang Ahli PAS Seumur Hidup kepada Wali Selipar Bapak Syaitan yang kerjanya menyesatkan umat islam…

Lantaklah nak jadi sesat seumur hidup, kita redha dengan keputusan bengong bekas isteri Norman Hakim ini. TETAPI yang paling menarik apabila Abby Abadi sebut dia serahkan borang keahlian PAS kerana takut nanti apabila disoal oleh Malaikat mana bukti kau perjuangkan islam, maka tidak ada bukti sekiranya tidak ada Borang Keahlian PAS…!!

Tak percaya dengan kata kata bangang Abby Abadi itu..? Saksikan video klip dibawah ini. Berikan TUMPUAN anda pada minit ke 3;12 sehingga 3;23.

26 comments:

Anonymous said...

Orang PAS semua tengah kenen Abby... barang baru wei... aku dah stiinggg nih..

Jeffry said...

berapa pulak kali ni inspektor aliza sesat mintak rasuah dengan pas kahkahkah

Anonymous said...

Aku bagi Abby 3 tahun (masa tu dia dah tak diraikan). Lepas tu nanti dia akan bertukar haluan. Kalau orang Pas yang seumur hidup dari Kelantan pun boleh keluar ramai2, inikan pula bekas artis. Kita sama2 tunggu.

Anonymous said...

Si Luncai terjun dgn labu2nya
BIARKAN BIARKAN..

SI Abby taksub dgn BEBALnya
BIARKAN biarkan

PAS itu Islam????????????..keh keh keh...abis org2 yg wat maksiat, rasuah n songlap duit pon di angkat jadi pemimpin....xcaye tanya pada Abe Sabu, adun selising ..

oops lupe ...dalam PAS ada father nicky bole ampunkn dose .....

Anonymous said...

Ni saja yg depa dapat banggakan.

Anonymous said...

harap selepas dapat hidayah dan berhijrah abby telahpun membersihkan hatinya dengan bermaafan dengan memey dan faradhiya pasal kes normah dulu.....

Anonymous said...

bagaimana kalau ada lagi pihak yang tubuhkan Parti Politik dinamakan PARTI ISLAM SEDUNIA AHLI SUNAH (PISAH)..Pasti malikat akan consider yang sedunia..yang PAS semalaya saja..BODOH!!!! insan yang rimas dengan perangai BODOH ahli politik....

Anonymous said...

Syor saya....tak perlulah disiarkan gambar beliau yg lama yg belum bertudung. Jangan kita kacau tentang perkara itu.

Tapi bila mendengar apa yg dikatakan olehnya, kesimpulan yg boleh dibuat ialah Abby boleh menjadi ahli PAS, tak kira kategori mana. Tapi tolonglah cari tok guru yg betul untuk menuntut ilmu. Kalau begitulah cara pertuturan Abby sahlah mereka di dalam PAS itu menggunakan Islam untuk politik mereka

Btw, sapa mamat sebelah Abby yg sibuk2 tu. Masa duduk tu dia dekatkan kerusi dia dengan kerusi Abby...muhrimkah?

Anonymous said...

Huh seram dengor kata2 ustazah Abby ni, dia sedor ke apa yang dicakapkan tu, sesat dan menyesatkan. UMNO tidak memperjuangkan Islam Ke?. PAS bukan memperjuangkan Islam tapi memperjuangkan Parti politik. Bahkan PASlah punca Islam berpecah belah dan kucar kacir sehingga ke akar umbi masyarakat. Memperjuangkan Islam Parti dalam kelompok dia saja buat ape, macam katak dalam tempurung. islam adalah universal.

Anonymous said...

janda ni dah teruk sangat meroyan nya...

Anonymous said...

Betul tu, dia sebenar nak tunjuk protest kat Norman Hakin dgn Memey, laki dia dapat pucuk muda dah tu anak dara pulak (kalau tak silap saya aaa dulu 10 tahun lalu kawan saya cakap Abby ni sebelum kahwin dgn Norman janda mcm tu betul ke tak allahhualam)Skrg Memey mengandung pulak, anak anak rapat dgn Norman tu yg jadi smcm c ABBY ni.

manjung (TIBAI) said...

buat lawak la pulak minah ni. bercakap pun dok berapu ada hati nak jadi ahli syurga nik ajis...hehehe

Anonymous said...

wow, menarik sekali. dah ada borang pulak untuk jadi bukti sebagai penganut islam sejati. agaknya yg tak serah borang tu tak ada bukti dia sebagai seorang muslim.

Anonymous said...

dulu aku kasihan...tapi sekarang baru aku paham kenapa Norman tinggalkan dia.

Anyway selamat menyambut Ramadhan muga ibadah puasa kita diberkati Allah SWT.

Anonymous said...

Talkin untuk dia apa special sikit. Kena tambah perenggan untuk sebut PAS dan TGNA.

akuantiPAKATAN.

Anonymous said...

Boleh plak pas jd syarat soklan kubur..sesat dh nie, agama islam adalah tertinggi. Politik tidak boleh melangkaui agama. Cik abby jgn terlalu bongkak, u pikir u boleh mengeluarkan kenyataan sesuka hati n hukum sesuka hati. Ingatlah Allah maha melihat dan mengetahui kejujuran hambanya.. Wait n see

Anak Lenggong said...

RM2500/= sekali naik pentas untuk buat fitnah dan maki hamun orang lain ooo...tapi yang best nya didalam PAS walaupun baru bertudung..berketayap dan berjanggut sejemput..tapi asal saje boleh duduk atas pentas ceramah..layak jadi ust dan ustazah tu..sedangkang hukum fiq dan takwid pun entah kemana..Nak nasihatkan artis yang tak berapa laku ni..kalau nak berdamping dengan agama islam..pegi laa cari tok guru pondok yang tak melibatkan diri dengan politik..bukan nya berdamping dengan PAS pakar segala fitnah.

Anonymous said...

Aku pun jahil juga tapi apa kaitan soalan kubur ke... soalan padang Mahsyar ke... dengan jadi ahli PAS.
Biar jahil tapi jangan buta mata hati...

michsel said...

jeles ke korang ni? hahaha

lain la umi halfilda,naik pentas tabur fitnah, pas tu marah-2 tak dpt payment..hahaha

Anonymous said...

Abby Pas Pis Pus...tak ramai manusia yg berpeluang masuk syurga Allah krn PAS xda cawangan seluruh dunia...kesian umat manusia di luar negara..untungnya duk d Malysia..ada parti Pas

Anonymous said...

Nape dia ckp politik dan agama xboleyh dipishkn...mane boleyh samakn agama dgn parti politik...otak dye ni de masalah kot..xpon sbb blaja agama xhabes....

Anonymous said...

Lucu, tersangat lucu...aku rasa nik aziz perlu membuat satu pengisian yang lebih pada Abby..kalau tidak nanti akan menyimpang jauh...tersangat jauh. Kerana para malaikat akan bertanya "hal2 lain" dari apa yang disangka Abby....

Anonymous said...

Bukan malaikat Tanya tu lah....malaikat Akan Tanya ....I.awak buat apa kat china dengan lelaki bukan muhrim Dan 2. Megapa kamu tak tutup aurat Dan mengapa naik PENTAS cerita ke keburukan ORANGLAIN....insaf ah..cari guru ah belajar ugama tu..jangan pakai nafsuje ...syaitan suka bila kita jahil Dalam ilmu Dan berfatwa pulok....

Anonymous said...

Agama dan politik memang tidak dapat dipisahkan.. Kerana melalui politik kite harus memilih dan melantik pemimpin yg melaksanakan lunas2 Islam sepenuhnya.. Klu pemimpin pon agamanya mcm lalang, sekejap ke kanan sekejap ke kiri, mcm mane nk laksanakan perintah Allah sepenuhnya.. Itu yg kite akan sama2 disoal oleh malaikat kelak sbb salah memilih pemimpin..

Anonymous said...

Assalamualaikum admin....
Doakan yg baik2 utk abby abadi kan lebih afdal..

zaid said...

kita kata orang sesat sedangkan kita yang sesat