Wednesday, July 18, 2012

TAHNIAH Datuk Seri Zahid Hamidi....!! Malaysia Sebagai HUB Pertahanan Rantau Asia

Malaysian Defence And Security Technology Park Sdn Bhd (MDSTP) akan merancakkan lagi industri pertahanan negara ini secara lebih agresif ke luar negara apabila ia menandatangani Memorandum Persahaman (MoU) dengan lapan syarikat industri pertahanan terkemuka Itali sempena Farnborough Airshow 2012 di London, pada Khamis.

Syarikat Itali terbabit ialah Alenia Aermacchi S.p.A, AgustaWestland S.p.A, Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS), Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS), Selex Galileo S.p.A, Selex Sistemi Integrati S.p.A., Sitt Liguria Technological District S.c.p.a dan Telespazio S.p.A.

MDSTP terletak secara strategik di Sungkai, Perak, iaitu di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

MDSTP kini menjalin kerjasama dengan Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) dan sebuah syarikat tempatan, Masterplan Consulting Sdn Bhd (MCSB).

Ketua Pegawai Eksekutif MDSTP Datuk Ahmad Faris Abdul Halim berkata industri pertahanan memerlukan hub khusus yang serba lengkap bagi menyediakan platform pengembangan dan pengkomersilan teknologi di samping boleh merangsang dan menjana idea baharu yang mampu membuahkan hasil lebih berdaya saing.

Menurutnya, MDSTP merupakan satu taman teknologi yang kos pembangunan keseluruhannya bernilai RM15 bilion mempunyai keunikan tersendiri apabila ia direkodkan sebagai hub industri pertahanan dan keselamatan terbesar negara dan yang pertama di rantau Asia.

"Ia membabitkan industri avionik dan aeroangkasa, automotif, maritim, senjata, teknologi maklumat dan komunikasi serta pengguna biasa yang memberi sokongan kepada industri pertahanan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada peringkat awal ini, Ahmad Faris berkata kos pembangunan kasar (GDC) adalah RM1.4 bilion dan MDSTP akan dilengkapi dengan infrastruktur yang terbaik.

Ia meliputi aspek fizikal, teknologi maklumat dan komunikasi serta mempunyai jalan masuk baharu dari Lebuhraya Utara Selatan (Plus) ke pusat logistik yang bakal menyediakan pengangkutan dan kemudahan pengagihan lebih lancar.

Katanya kemudahan yang akan dibangunkan termasuklah pusat pendidikan, pejabat, pusat komersil, kemudahan sokongan, pusat penginapan serta taman rekreasi yang dirancang akan memberi keseimbangan kepada MDSTP.

"MDSTP juga akan menyediakan kemudahan bertaraf dunia dan serba moden termasuk pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kemudahan keselamatan siber bagi memenuhi keperluan syarikat-syarikat industri pertahanan terbabit," katanya.

Sempena dengan Farnborough Airshow 2012, MDSTP Sdn Bhd yang diwakili Ahmad Faris sendiri dan Naib Presiden Pembangunan Perniagaannya, Amal Aziz mengadakan sesi menandatangani memorandum persefahaman dengan lapan syarikat Itali yang terbabit dengan industry pertahanan.

Antaranya ialah Alenia Aermacchi S.p.A yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Giuseppe Giordo.

Syarikat itu terbabit dalam bidang R&D mengenai teknik baharu pengilangan komposit dan pesawat berkomponen logam, bahan-bahan baharu, teknologi hijau dan pembangunan peralatan AgustaWestland S.p.A yang diwakili Ing. Bruno Spagnolinind terbabit dalam aktiviti penyelidikan dan reka bentuk komponen, misi pembangunan dan penyesuaian perisian, pembuatan komposit serta komponen metalik.

Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS) yang diwakili Ing. Paolo Galletti terbabit dengan projek berpontensi seperti Program "Black Shark Heavy Weight" termasuk bantuan dan sokongan teknikal untuk menjalankan ujian di laut, menaik taraf A 244/s MOD 1 "Light Weight Torpedo" dalam A244/s MOD, kelengkapan Sistem Pelancaran WASS, prapenetap dan tiub pelancaran bagi program kapal peronda generasi kedua.

Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS) diwakili Ing. Paolo Piccini berminat dalam bidang grid komunikasi taktikal, "dismounted soldier" (subsistem komunikasi), menghasilkan bandar pintar dan teknologi berkaitan.

Selex Ggalileo S.p.A diwakili Ing. Fabrizio Giulianini akan terbabit dalam pembangunan "Unmanned Aerial Systems," "UAS Battlelab Technology" dan sistem ISR/ISTAR.

Selex Sistemi Integrati S.p.A diwakili Prof. Giuseppe Veredice pula akan terbabit dengan penyelidikan dan pembangunan yang berpontensi termasuk teknologi dan bahan radar baharu, sistem rangkaian peperangan tertumpu dan sistem simulasi dan permodelan.

Sitt Liguria Technological District S.c.p.a yang diwakili Remo Pertica, terbabit dalam penyelidikan dan pembangunan berpotensi dengan Technological Districts di Brazil dan Paraguay bagi bersama-sama mengkaji dan membangunkan teknologi produksi, penstokan dan pengangkutan hidrogen dan pengeluaran hidro-metana.

Telespazio S.p.A berpotensi dalam bidang Pemerhatian Bumi, pembangunan permohonan data SAR, permohonan E.O yang bersepadu dan pengawasan satelit maritim serta telekomunikasi atau navigasi yang meliputi produk atau servis maritim dan elemen tempatan untuk perkhidmatan navigasi yang kukuh.

1 comment:

Anonymous said...

Datuk Zahid Hamidi adalah bakal PM yang paling layak.