Wednesday, July 18, 2012

Yb DAP Adun Sekinchan "Kena Jawab" Isu 24 Unit Pangsapuri Dijual Harga Rendah Dari Market Price

Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) hari ini tampil mendedahkan kepincangan penjualan Pangsapuri Damai, Taman Sekinchan Damai di Pekan Sekinchan bagi menuntut penjelasan dari pihak Kerajaan Negeri khususnya melalui ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata, pada tahun 2003, syarikat Pemaju Montiara bersetuju mengusahakan sebidang tanah milik Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan memberikan pemilikan 22 unit pangsapuri kepada pihak MDSB.

Kemudiannya pihak MDSB membeli 2 unit lagi pangsapuri bagi membolehkannya memiliki keseluruhan blok pangsapuri berkenaan (jumlah keseluruhan 24 unit)

“Namun pada tahun 2010, pihak MDSB telah menawarkan tender penjualan 24 unit pangsapuri tersebut kepada syarikat NKK Enterprise dengan harga RM 1.74 juta bersamaam dengan RM 72,500 seunit sedangkan harga pasaran pangsapuri tersebut bernilai RM 130,000.

Sehubungan dengan itu, saya ingin ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim menjawab beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya masyarakat setempat, mengapa pangsapuri ini perlu dijual sedangkan dalam suasana industi pelancongan desa yang giat dijalankan di Sekinchan....

Sepatutnya pangsapuri tersebut boleh disewakan sebagai homestay untuk mengisi jumlah pelancong yang datang ke sini,” ujarnya kepada pemberita selepas membawa pihak media meninjau ke lokasi Pangsapuri Damai di Taman Sekinchan Damai.

Dalam masa yang sama, masyarakat sekitar hairan mengapa pangsapuri ini dijual di bawah harga pasaran. Apakah asas pertimbangan yang digunakan dalam menentukan harga penjualan pangsapuri ini.

“Kita nak tahu, apakah motif sebenar penjualan pangsapuri tersebut di bawah harga pasaran. Walaupun penjualan ini secara tender, satu lagi persoalan ialah mengapa hanya satu syarikat sahaja iaitu NKK Enterprise yang memasuki tender?

Kenapa tidak ada pembida lain yang berlumba-lumba untuk mendapatkan pangsapuri ini supaya lebih mendatangkan keuntungan kepada kerajaan negeri. Inikah kebijaksanaan kerajaan negeri dalam membuat pengiraan pelaburan hartanah?,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.

Persoalan seterusnya yang harus dijawab Ng Suee Lim ialah mengapakah penjualan pangsapuri sebanyak 24 unit ini tidak ditender secara unit supaya seluruh penduduk Sekinchan khususnya dan di parlimen Sungai Besar juga berpeluang mendapatkan pangsapuri ini? Malah terdapat rakyat Sekinchan yang mahu membeli pangsapuri tersebut mengikut harga pasaran.

“Ada atau tidak unit yang dijual merupakan unit yang diperuntukkan untuk bumiputera? Sehubungan dengan itu, kami berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dalam penjualan aset milik kerajaan negeri.

Kita kesal kerana Ng Suee Lim dan ahli Majlis yang terlibat membenarkan penjualan ini berlaku. Bukankah ini menyalahi pendekatan kerajaan negeri yang berkehendakkan ketelusan dan keterbukaan dalam pentadbiran.

Kami akan membuat laporan kepada pihak SPRM agar siasatan boleh dilakukan untun melihat pertalian antara syarikat ini dengan ADUN Sekinchan. Kita juga mahu mengingatkan Ng Suee Lim dan konco-konconya agar berhenti dari terus memperbodohkan dan memperlanunkan harta milik rakyat Selangor,” tambahnya lagi.

Sumber

No comments: