Friday, August 24, 2012

Adu Dumbaa.. FITNAH Jahat UMNO & Barisan Nasional....!!

kedahan69ners.com

Sehebat mana pun ciri-ciri kepada seseorang untuk menjadi pemimpin, selagimana dia tidak mampu menghormati, mengasihi dan menyayangi ibunya, maka individu berkenaan tidak layak langsung diangkat sebagai pemimpin, apatah lagi sebagai wali......

Malah mendekati jawatan pemimpin pun tidak dibolehkan kerana kerosakan yang akan dilakukannya jauh lebih besar daripada seorang pembunuh kejam.

Namun bagi orang PAS, ciri-ciri berkenaan tidak pernah mereka tahu. Bagi mereka, seorang pemimpin yang wajib ditaati adalah isterinya bertudung labuh, boleh berceramah agama, kelihatan seperti pak alim walaupun sebenarnya jahil murakkab atau sekurang-kurangnya boleh membaca doa dan membaca beberapa surah dan menghafal doa selepas solat.

Kalau diberitahu bahawa orang yang mereka angkat itu sebagai pemimpin itu menderhakai ibunya, maka mereka akan pekakkan telinga dan beranggapan itu adalah masalah peribadi.

Masalah peribadi pemimpin sebenarnya adalah masalah umat. Dek kerana itulah, Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, membenarkan umpatan dibuat terhadap pemimpin dengan enam perkara khusus.

Apa yang dilakukan oleh Azmin Ali adalah merupakan salah satu daripada enam perkara berkenaan iaitu mengingatkan umat Islam dan menakutkan mereka tentang suatu kejahatan dan bidaah.

Menderhakai ibu adalah perkara yang amat jahat. Kalau Nabi s.a.w sendiri telah memberikan tiga keutamaan kepada ibu berbanding satu kepada bapa, siapa Azmin Ali yang perlu diangkat sebagai pemimpin sedangkan ibunya sendiri pun dia tidak mampu kasihi.

Sekali lagi luahan hati seorang ibu tua bernama Che Tom Yahaya meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mempunyai hati dan perasaan.....

Sesiapa sahaja yang menonton dan membaca luahan hatinya, pastinya akan mengetahui bahawa Azmin Ali bukanlah seseorang yang boleh diharapkan menjadi pemimpin.

Soal ideologinya yang berbeza dengan ibunya, itu bukanlah perkara pokok. Soal dia berbeza pendapat dan prinsip dengan adik beradiknya yang lain, juga bukan perkara besar. Isu terbesar ialah, dia tidak menghormati ibunya yang masih ada.

Barangkali Azmin sekarang lebih senang kalau-kalau ibunya meninggal dunia. Apabila ibunya meninggal dunia, maka mudahlah untuk dia bercerita bohong, sepertimana penjelasan yang diberikannya dalam satu sidang media tempoh hari sebagai reaksi kepada luahan hati ibunya.....

Dengan kata lain, dia cuba menyanggah pendapat ibunya dan cuba menggambarkan kepada masyarakat bahawa ibunya itu sudah nyanyuk, diperdayakan oleh orang lain dan tidak mempunyai perasaan sebagai seorang ibu.

Anak jenis apakah Azmin Ali ini yang diangkat oleh para penyokongnya yang sudah pasti sebahagian besar daripada mereka beragama Islam sebagai wakil rakyat dan Timbalan Presiden PKR.

Kalau ibunya sendiri dia tidak mampu jenguk, kasihi, berikan perhatian dan curahkan kasih sayang, bagaimana dia boleh bertanggungjawab kepada rakyat yang mengharapkan pembelaan daripadanya?

Mungkin alasan paling mudah yang boleh diberikan oleh para penyokongnya, ibu tua bernama Che Tom Yahaya itu telah didorong oleh UMNO-BN untuk memburuk-burukkan Azmin Ali.

Lebih daripada itu, ada yang berterus-terang menghina Che Tom Yahaya sebagai seorang ibu yang tidak bermoral, tidak bertanggungjawab dan tidak pandai menjaga aib anak kandungnya sendiri kerana membuat rayuan ke seluruh negara menerusi media massa dan elektronik.

Jawapan bagi manusia-manusia yang berpandangan begitu ialah, hati mereka sudah hitam.....!!

Pandangan dan kepercayaan politik telah mematikan seluruh jiwa dan perasaan mereka. Mereka tidak lagi mengenal hak, bahkan mereka sudah jauh daripada ajaran agama Islam yang sangat menekankan sikap baik kepada ibu bapa walaupun ibu bapa itu seorang yang kafir dan menentang Allah Taala serta Rasul-Nya.

Justeru, tidak selayaknya Azmin Ali untuk diangkat sebagai pemimpin kerana perkara sebegitu asas pun, dia tidak mampu mengatasinya....!

No comments: