Thursday, August 16, 2012

GEMPAAR PKR...!! Faekah Husin Akan Bernikah Selepas Raya...?

"Buang masa....!! Tak menjawab soalan dan usaha yang sia-sia...." itu rumusan Pengerusi Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan mengenai Dialog Air Selangor 2012 yang dilangsungkan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin.

Sebagai Pengerusi sebuah badan NGO yang mahukan suatu rumusan dan penyelesaian disimpulkan pada sesi dialog semalam, Sohaimi berkata beliau kecewa memandangkan ahli panel yang hadir tidak berjaya menjelaskan sejauh mana krisis air yang berlaku serta jalan penyelesaiannya.

Sohaimi turut mengkritik sesi dialog yang dianjurkan sebagai satu dialog yang biasa kerana tidak banyak yang boleh diperjelaskan kepada rakyat bagi membolehkan rakyat faham bagaimana proses, tanggungjawab serta peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan dan juga agensi-agensi.

“Soalan yang dikemukakan oleh peserta juga tidak dijawab dengan tepat dan pengerusi dialog ini yang juga Exco kerajaan Selangor (Dr Xavier Jayakumar) pun tidak mahu menjawab soalan-soalan tersebut sebelum menyerahkannya kepada ahli panel yang lain,” katanya.

Sohaimi turut memberitahu sesi dialog hanya suatu usaha biasa dan langsung tidak memberi impak dalam menyelesaikan krisis tersebut.

“Sebenarnya, penganjur atau kerajaan negeri perlu lebih bersedia untuk menganjurkan dialog air ini.

“Apa yang saya lihat, ia adalah satu program yang sekadar untuk mencukupkan syarat… kira adalah sedikit usaha kerajaan negeri untuk tangani krisis air… asalkan ada daripada tak buat langsung, begitulah perumpamaanya," katanya.

Pengerusi GPRS ini turut membidas pihak penganjur yang menurutnya sesi dialog sekadar mahu memaklumkan kepada rakyat bahawa kerajaan negeri mengambil sikap bertanggungjawab, walaupun masih banyak perkara yang tidak dijelaskan dengan terperinci.

“Macam rakyat nak tahu tentang Loji Langat 2 dengan tepat. Peserta juga tak tahu apa itu air bersih dan air mentah kerana tak faham. Jadi apabila ditanya panel tak menjawab, bagaimana nak selesaikan masalah,” katanya.

Sohaimi turut menyarankan agar sesi dialog tidak dilakukan sekadar melepaskan batuk di tangga dan kerajaan negeri seharusnya menjemput pihak-pihak lain yang terlibat untuk turut serta dalam majlis dialog tersebut.

“Ini tidak..., jika SYABAS dijadikan bahan untuk dikambinghitamkan maka kita panggil SYABAS untuk buat penerangan. Jika kerajaan Persekutuan pun disalahkan, kita jemput juga wakil dari kerajaan Persekutuan.

“Selain itu, perlu juga dipanggil Kementarian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kontraktor atau mereka yang terlibat dengan Loji Langat 2 serta orang-orang penting yang boleh menjelaskan tentang hal ini," tegas beliau.

Pengerusi GPRS ini turut membidas sesi dialog ini yang tidak mampu memberikan pengisian yang terperinci agar kesemua pihak terbabit berpuas hati untuk diberikan hak dan peluang bagi memberikan penerangan mengenai masalah air di Selangor.

1 comment:

Anonymous said...

harap jangan dibiarkan isu ini mati begitu sahaja ini demi rakyat macam man rafizi lembu tu kecoh pasal nfc macam tu lah ngo kena buat, sebab kali ni 1 selangor bakal terima masalah nanti