Monday, August 13, 2012

HANGAATT..!! Bob Lokman Akui Azeez Rahim Jauh Lebih MULIA Dari Nik Aziz...?

Rohingya - Kelab Putera 1Malaysia Ada Usaha, PAS Ada Apa..?

Bila berlaku hal-hal berkaitan dengan nasib orang Islam di mana-mana tempat dalam dunia, yang akan paling kuat melompat, sudah tentulah PAS....

Bukan melompat nak bagi bantuan, tapi melompat nak menyalahkan kerajaan kerana kononnya lambat bertindak cepat membantu pihak-pihak terbabit.

Maka hebohlah di Facebook dan seumpamanya, tindakan penyokong-penyokong PAS mempertikaikan Malaysia sebagai negara Islam dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin Islam kerana kononnya gagal membantu masyarakat Islam Rohingya yang khabarnya sedang menjadi mangsa penindasan di Mynmar.

Sedangkan puak-puak ini tahu, bukan senang-senang boleh terjah masuk negara orang atas alasan nak beri bantuan melainkan ada mandat dari badan-badan antarabangsa terbabit seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Bulan Sabit Merah Antarabangsa dan seumpama dengannya.

Jangan kata negara orang, rumah kita sendiri pun tak dibenarkan sebarangan orang terjah masuk.

Walaupun mereka tahu itu, tapi ia tetap dijadikan isu kerana isu adalah udara dan makanan kepada parti-parti pembangkang di Malaysia untuk terus bernyawa.

Selain bermaksud nak mengatakan kerajaan Malaysia ini tidak baik, tidak prihatin, macamlah depa hebat sangat, prihatin sangat.

Dalam hal ini, penulis sambut baik usaha Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dibawah kepimpinan Datuk Azeez Rahim yang telah membuat perancangan untuk melancarkan misi bantuan kemanusian ke Rohingya dalam jangka masa terdekat – misi antarabangsa kedua seumpamanya yang pernah dilancarkan KP1M. Kali pertama ialah di Somalia pada tahun lepas.

Walaupun baru diperingkat perancangan, tapi kredebiliti KP1M dalam hal-hal seumpama ini tidak boleh dinafikan lagi. Mereka telah membuktikannya di Somalia tahun lepas dan apa yang mustahil untuk mereka melakukannya sekali lagi tahun ini...? Tambahan pula Mynmar bukan berada begitu jauh dari negara kita seperti Somalia.

Selain dapat menghulurkan bantuan kepada saudara seagama yang menjadi mangsa penindasan, KP1M juga dapat menyalurkan berita akan situasi sebenar yang menimpa masyarakat Rohingya di sana.

Sekarang ini terlalu banyak pihak yang membawa begitu banyak cerita dan gambar. Yang mana satu betul, kita sendiri pun tidak pasti. Mungkin skala tragedi yang menimpa masyarakat Islam disana adalah lebih besar dari yang dilaporkan media antarabangsa dan media sosial lain di Internet.

Justeru, dengan kehadiran KP1M disana, pemberitaan yang sebenar akan tragedi yang menimpa masyarakat Islam Rohingya akan dapat disampaikan, seterusnya jalan penyelesaian antara pihak-pihak bertelagah dapat diusahakan oleh pihak berwajib.

Cuma nanti janganlah pemergian KP1M ini dijadikan isu politik seperti mana yang berlaku dalam misi bantuan di Somalia tahun lepas. Apatah lagi bila yang menyalak itu lebih selesa di kerusi dan katil empuk pejabat atau rumah masing-masing, sementara ahli-ahli KP1M yang terlibat mengharungi segala masalah untuk menjayakan misi negara yang diamanahkan kepada mereka.

Tak sebut lagi meninggalkan keluarga disini untuk menyertai misi mulia tersebut...

Perkara ini perlu dijelaskan awal-awal kerana puak pembangkang (sebut Pakatan Rakyat) lebih suka mempolitikkan isu ini kerana KP1M adalah organisasi dibawah UMNO.

Mereka sendiri tidak ada usaha nak membantu walaupun berkuasa di beberapa buah negeri. Malah puak-puak ini lebih rela membelanjakan wang rakyat untuk kepentingan ahli parti mereka sahaja, contohnya membayar kos guaman yang nilainya mencecah hampir setengah juta ringgit menggunakan wang rakyat.

Dalam hal ehwal masyarakat Islam antarabangsa ini seperti di Rohingya ini, mereka hanya pandai menyalak kerajaan supaya membantu tapi mereka sendiri tidak mengambil apa tindakan pun ke arah itu walaupun khabarnya ahli-ahli mereka hebat, bersedia untuk jihad, syahid dan sebagainya.

Apapun, penulis mendoakan kejayaan Datuk Azeez dan pasukannya dalam misi kemanusian yang bakal dijalankan kelak. Mungkin sekembalinya Perdana Menteri dari mesyuarat khas OIC yang sedang membincangkan antara lain isu Rohingya ini, KP1M akan mendapat maklumat dan peruntukkan secukupnya dalam membuat persediaan untuk menjayakan misi tersebut nanti


18 comments:

Anonymous said...

Kelab Putera ni akhirnya bertindak setelah didesak pembangkang....klu takde PR yg perjuangkan pasti budak2 umno ni butalan mata dan telinga je

Anonymous said...

Banyak la ko punya desak...mcm sial aku nengok perangai PR dgn puak2 hipokrit nie...kalau takde PR lagi aman msia nie ko tau tak bahalol!!!

Anonymous said...

bagus lah sebab berani mendesak, ape lagi teruskan le pulak join usaha yg akan dibuat ini.kira baru le betul, sesama beganding bahu atas nama islam.

Anonymous said...

Desak??? kepala hotak kau... cuba listkan apa yang PAS ke PKR pernah hulur bantuan pada dunia? Jgn cakap dunia laa dlm Malaysia boleh kira dgn jari laa. Itu tak tanya berapa banyak peluang pekerjaan dan peluang untuk peniaga Melayu maju ketahap dunia yang PAS dan PKR dah beri.

Nik Aziz dan Anuar mana ada telur nak pergi Palestine tapi Tun M dah smpi bertahun dahulu dan siap hntr kapal bantuan dan skrg dah jadi acara tahunan dunia la bodoh. Umno dan BN siap sediakan keperluan satu kapal, apa cerita...

Nik Aziz, Anuar, PAS & PKR tahu cakap tapi tak serupa bikin kerana takut mati dan takut tak sempat ke Putrajaya... Bodoh punya manusia, kaca dengan permata pun tak kenal...

Anti PR said...

Pooodah!!! Puak tu pandai menyalahkan org lain je. Org lain hentam jubo, org lain juga salah..

Anonymous said...

jgn kt nk bntu rakyat...tiap2 kali ceramah kutip sedekah.memalukannnn..
ahlol bahlol plak kununnye sdekah..dpt pahala.bodo..bg anak yatim ke masjid ke lg baik...

Anonymous said...

Sekadar pandangan...

Penulis gembira dengan usaha yang dilakukan oleh Datuk Azeez Rahim dan harap harap berjaya dan mendapat keberkatan.
Penulis cadang kurang publisiti kerana pubilisiti `overdo' banyak.Penulis tidak mahu kerja murni tersebut di overshadow oleh personaliti seorang ni. Sama kes nya dengan YABhg Datin Paduka Rosmah Mansor. Pada penulis yang pernah menulis kepada Kelab Putera dan tiada jawaban langsung, Kelab Putera hanya akan menghulurkan bantuan atau `participation' jika PM atau isteri PM terlibat. Kalau boleh janganlah di lantik menjadi calon Baling.
ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Hahah kita tgk macai2 PAS kalau buat statement..mmg cekap dn bijak mereka dlm bab nk menyakiti org yg buat kerja

Sedangkan mereka senang lenang menipu bohong fitnah UMNO siang mlm. Mahguru sesat mereka boleh janji sorga dan lebuhroya tnpa perlu buat kerja atau usaha.

Inilah banga gila yg lahir dr doktrin rosak PAS.

cuba perhatikan siapa yg baca HARAMKAH atau yg sama dgnya pasti otak mereka rosak, tk waras dlm bercakap.

Wahai bangsa PAS, xde sapa nk takut dgn desakan anjing2 liar lagi jijik xde maruah yg hanya berpeluk tubuh melihat Islam disiksa tp 'berzina' dgn DAP siang malam untuk tagih undi!

Syabas Kelab Putera 1 Malaysia. Dato Aziz memang org baik dn muli ahatinya dr hati bangkai org2 PAS.

PAS diketuai oleh mahaguru sesat berhati bangkai (Pok Nik) sbbtu ahli2 mereka juga hati bangkai. Tk tahu malu dlm berkta2.

Anonymous said...

biasa lah puak2 lebai PR ni.. apa saja yg umno/BN buat semunya berebut2 nak saham.. tumpang nak dapatkan nama..pthuii.. punya PR

kalau setakat puji diri sendiri angkat bakul atas kesusahan dan perngorbanan org lain tak payah kecoh laa buat malu tak ada maruah dan telo punya puak2 PR ni...

kauorg PR ni boleh buat hanya berceramah siang malam memaki, fitnah, pembohong lepas tu kutip derma dari rakyat utk bagi pada parti dan mengkayakan penceramah........ itu saja yg PR mampu buat terutama Pas yg kononnya menegakan islam tu tiap2 kali ceramah pun mintak merayu usung tin biskut minta derma macam mana nak tolong org lain..hampehh

Anonymous said...

Saudara Anwar yg selama ini byk memerjuangkan nasib orang2 Islam seluruh dunia.... Lihatlah berapa kali dia berulang alik ke Palestin dlm setahun utk menemui pemimpin2 Hamas... Sejak beliau disinhkirkan dari kerajaan jarang lagi kita dengar suara Malaysia memperjuangkan hak orang2 Islam yg tertindas...

Daddy Cool said...

PAS setkat cakap kosong jer blh la,menipu,dan memfitnah...itu jelah yang PAS tahu,,

DON MELAYU said...

sekurang-kurangnya buat gak sesuatu..pihak yang mendesak buat apa??klau setakat cerita2 kesengsaraan org lain kita nak politikkan,baik tak payah..

Anonymous said...

Aku takut satu je dengan Azeez ni... takut dia balik Malaysia berbalut tengkuk... nanti di tuduh PAS Rohingya tabuh dia. Padahal dia tergelincir selepas terpijak tahi babi semasa lari dikejar oleh puak parang panjang Burma kerana sangkakan dia tu Rohingya kenyang.... mana ada Rohingya gemuk... melainkan Azeez seorang sahaja.

miong said...

si mamak ni suka cari publisiti, kena nya tak seberapa,balutnya mcm duk dlm ICU, konar baring no 1 haha

Anonymous said...

Alhamdulilah buaT MIONG dan angkatan yang sewaktu dgnnya yang mengutuk Azeez. Moga Tuhan memberi hdayah buat mereka.

Anonymous said...

Alahai, UMNO oooi sayang sangat hangpa dengan Rohingya Kenyang tu. Lebih baik dia ni tak pergi hantar bantuan di sana, dia sorang sahaja boleh buatkan misi save bekalan untuk 1000 - 2000 pelarian.

Anonymous said...



Palo totey pank hanglah. Amano bukan mintak sedekah dengan hampas, baso dio hampas ning dengkinya tak abis2 org bagi bantuan dio terlompat2 terkinjo2 mace berok matyeh..., sumo ore tok betol, sapai ko dio kutok ore pun puak berok matyeh nih kato betul jugok. Teruskan misi Azzez, kamu banyak dapat pahala dengan kerja kebajikan mu itu...