Thursday, August 9, 2012

Jadi MANGSA Tan Sri Khalid Ibrahim....!!

Sebagaimana kita sedia maklum, tika ini UNISEL sedang dibebani masalah hutang berjumlah RM 15 juta membabitkan tunggakan bayaran bagi kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama penginapan pelajar universiti.

Jumlah tersebut meliputi 17 bulan tunggakan hutang untuk kos penyelenggaraan dan 8 bulan tunggakan bayaran bagi kos operasi asrama penginapan yang dikendalikan oleh Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Berikutan masalah tersebut juga, syarikat swasta yang menguruskan operasi asrama penginapan tersebut juga terpaksa berdepan dengan protes dari kalangan pekerjanya apabila gagal melunaskan bayaran gaji.

Berbulan-bulan pekerja menghadapi masalah gaji, tambah pula hari raya Aidilfitri dah hampir nak tiba, mahunya tak pening kepala seumpama menunggu buah yang tak gugur.

Akibat protes tersebut, kesannya menyusahkan pula para pelajar apabila masing-masing tidak dapat masuk ke asrama disebabkan pejabat pengurusan terpaksa ditutup selepas kekurangan pekerja.

Sayu betul hati melihat nasib pelajar yang terpaksa berhadapan dengan masalah penempatan gara-gara kegagalan urus tadbir UNISEL menyelesaikan masalah hutang yang kian bertimbun itu.

Untuk dipersalahkan pihak JNSB tentu sahaja tidak adil, sudah lama mereka menanggung bebanan disebabkan kegagalan UNISEL menunaikan tanggungjawab membayar kos perkhidmatan.

Dulu waktu zaman pemerintahan BN tiadapun masalah sebegini dialami, bayaran kos selenggara kampus induk tidak pernah tertunggak dan bayaran kos operasi asrama penginapan juga berjalan lancar.

Bila saja Khalid Ibrahim dan konco-konconya dari PKR, PAS dan DAP mengambil alih kerajaan negeri, satu demi satu sistem yang tidak cacat cela cuba diubah suai mengikut seleranya tanpa mengira kesan baik buruk dalam jangka masa panjang.

Akhirnya satu demi satu masalah datang bertimpa-timpa disebabkan sikap dan watak bodoh sombong Khalid yang terlampau mahu menunjuk pandai tidak bertempat.

UNISEL yang suatu ketika dulu gah disanjung sekarang saling tak ubah seperti akan senasib dengan KUIN di Kedah.

Satu persamaan nyata kedua-dua istitusi terbabit ialah, kebanyakan jawatan tinggi baru beberapa tahun kebelakangan ini diisi oleh para kroni yang rapat dengan pemimpin PKR dan PAS.

Kebetulan pula kedua-duanya kini sedang berkongsi masalah yang hampir sama walaupun tak serupa, tapi titik temunya tetap melibatkan masalah duit dan urus tadbir yang tidak cekap.

Tidak syak lagi, UNISEL mahupun KUIN merupakan tanda aras betapa rendahnya tahap kecekapan pengurusan tadbir dari kalangan pemimpin berjenama PKR, PAS ataupun DAP.

Tiada manfaat yang mampu mereka persembahkan untuk kebaikan rakyat, melainkan sekadar membawa mudarat kepada umat seumpama tikus memandai tunjuk bijak mahu membaiki sebiji labu....

p/s; Gambar Diatas Hanyalah Sebagai Hiasan Sahaja

4 comments:

Anonymous said...

Ex-official: Unisel being run to ruin
SHAH ALAM: A UNIVERSITY with 12,000 students should not be facing financial trouble unless it is poorly managed.
Former Universiti Selangor (Unisel) marketing and communication director Halid Hasbullah said the university would not face such a predicament if it was managed properly.
The situation, he said, was made worse by political interference in the state-run university's administration.
"This shows that Unisel has high operations cost. Other private college and universities can make profit by having 7,500 to 8,000 students.
"From what I observe, Unisel has a high fixed cost.

Sekadar pandangan…
Saya merujuk kepada penyataan En Halid Hasbullah, bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi UNISEL dalam TheStar 7 Ogos 2012, mengenai masalah pengurusan kewangan Universiti tersebut.

Banyak kebenarannya bahawa UNISEL dibawah PR ini menghadapi masalah. Bermula dengan campur tangan ahli politik yang bermotifkan wang, di dalam lembaga pengarah. Kemudian rombakan tenaga kerja yang menyaksikan pemecatan dan perletakan jawatan pegawai kanan dan pengurusan atasan. Penambahan VC dan perlantikan pegawai yang tidak cekap dan tiada keperluan. `Intake’ pelajar yang berkurangan setiap semester akibat dari kehilangan keyakinan ibubapa terhadap UNISEL pengurusan baru ini, menyumbang kearah aliran wang tunai yang ketat..

Pada hemat saya, pengurusan yang berkiblatkan PR ini mengambil kesempatan yang ada untuk menghabiskan wang universiti kerana kemungkinan besar, selepas PRU13, Selangor akan ditabir semula oleh BN. Segala rezab kewangan harus dihabiskan dan hutang perlu diperbesarkan supaya pengurusan akan dating akan menghadapi masalah.

GLC Kerajaan Selangor yang lain juga dikataan sedang sibuk meng`adjust’ akaun dan aliran wang tunai supaya jika berlaku pertukaran kerajaan, wang tunai sudah di guna atau di larikan ke projek kroni.

Dokumen dokumen penting kerajaan seperti hasil mansul tanah dan bahan mentah sudah di ketepikan oleh kerajaan PR.

Begitulah rakusnya PR di Selangor. Pada saya BN perlu `kurang ajar’ seperti PR juga.

Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

Anonymous said...

Reformasi Rumah Urut di Selangor
Sekadar pandangan....
Sejak PR memerintah Selangor dan Ronnie Liu merajui Portfolio Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan yang bertanggongjawab perihal lesen rumah urut khasnya, rumah urut tumbuh bagaikan cendawan di seluruh Selangor. Pertumbuhannya lebih pesat semasa PR memerintah berbanding dengan pemerintahan BN. Ini adalah salah satu kejayaan ekonomi PR di Selangor

Sebagai rakyat berugama Islam, kegiatan rumah urut sedemikian wajib dibenteras kerana ia menggalakkan gegala sosial dan keruntuhan moral akhlak rakyat Selangor. Dato Hassan Ali cuba berbuat sesuatu di Selangor tetapi apa kan daya apabila Ronnie Liu dan Teresa Kok membantah hebat dan dipersetujui oleh Menteri Besar.

Ini lah hasilnya dengan memilih PR di dalam PRU12 yang lalu. Pengundi Melayu khasnya di Shah Alam yang kebanyakannya berpendapatan tetap dan tinggi. Majoritinya menjadi Pensyarah dan memiliki kehidupan sendiri. Mereka tidak perlu bantuan mahupun `campur tangan’ daripada BN. Mereka selesa dengan kehidupan mereka. Kebanyakan mereka tidak campur politik. Tidak mengundi. Pada mereka tanpa politik ia tidak mengugut kehidupan mereka tetapi orang Melayu Shah Alam khasnya dan Selangor amnya telah menerima bahana dan bala dari tindakan mereka yang lepas. Anak anak muda Melayu ramai yang terlibat dengan kes maksiat, minum arak, judi dan juga murtad.

Penulis harap rakyat Melayu di Selangor sedar dan jika piliharaya diadakan, pergi lah mengundi ramai-ramai dan pangkah BN. BN pula jika menang pilihanraya Selangor dan mengambil alih kuasa, agenda utamanya ialah berhenti mengeluarkan lesen rumah urut dan bisnes yang sewaktu dengan nya.

Pada penulis ia akan memberi kesan kepada peniaga Cina di bandar utama Selangor sahaja. Biarlah BN hilang pengundi Cina di bandar. Lagipun pengundi Cina di bandar bandar dan kampong pada asasnya tidak menyokong dan mengundi BN.

InsyALLAH, penulis percaya ALLAH akan memberikan Rahmat kepada negeri Selangor dan rakyatnya.

Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

Anonymous said...

ha...ha..ha...SELAMAT DATANG KE SELANGOR...!!!

Anonymous said...

kira gaji penasihat ekonomi pun tak reti, camno? Orang jual kuih pun 3 singgit, gaji penasihat sebulan singgit? Konon 'ikhlas' walhal ...