Thursday, August 30, 2012

JOM..! Jangan Lepaskan Peluang. Merdeka Nite Special Malam Ini Tarian Tiang COLI Kuning Geng Marina Di K Lumpur

Tidak puas hati kerana BERSIH 3.0 telah gagal dengan memalukan sekali, maka puak-puak Pakatan Rakyat bertekad ingin berhimpun dan berdemonstrasi lagi di ambang Merdeka.

Perhimpunan atau demonstrasi yang dipanggil ‘Janji Demokrasi’ ini kononnya dianjurkan oleh 47 NGO yang merujuk kepada diri mereka sebagai Gabungan Janji. Walaubagaimanapun, semua rakyat sedia maklum bahawa dalang di belakang demonstrasi ini adalah Pakatan Rakyat.

Tujuan mereka tidak lain tidak bukan sekadar ingin mencipta keadaan yang tidak tenang di samping mengganggu serta menghalang rakyat menghayati kemerdekaan.

Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk mengaburi tema Hari Kebangsaan yang amat menggusarkan PR, iaitu ’55 Tahun Janji DiTepati’.

Nampaknya penganjuran demonstrasi kali ini tidak lagi diketuai oleh Ambiga, yang telah mengaku kalah setelah tidak mampu menghadapi kesukaran untuk keluar masuk ke rumah sendiri akibat tindakan segelintir peniaga yang kerugian dalam BERSIH 3.0 membuka ‘pasar malam’ di hadapan rumahnya.

Ia juga tidak akan diketuai oleh A.Samad Said, sasterawan bingung yang hidup dalam dunia khayalan konon beliau seharusnya disanjung dan dijulang bak negarawan terbilang.

Tetapi, kali ini demonstrasi akan diketuai oleh Marina Chin Abdullah dan Hishamudin Rais. Seperti yang dijangka, kedua-dua mereka juga berjanji tidak akan membuat huru-hara.


Namun, rakyat bukannya bodoh seperti yang mereka harapkan. Rakyat tidak pernah lupa bahawa janji yang sama telah dilafazkan sebelum BERSIH 3.0 tetapi apa yang berlaku ialah kecederaan parah dan kemusnahan harta benda awam.

Kononnya, himpunan Janji Demokrasi ini hanya akan turut menyambut hari kemerdekaan, cuma bezanya, mereka akan memakai baju kuning sebagai tanda menyokong tuntutan agar kerajaan melunaskan janji ke arah kerajaan demokratik berprinsipkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dengan mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara, mansuhkan akta zalim dan kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.

Soalnya, apakah asas untuk kita mempercayai manusia seperti Hishamudin Rais dan Marina Chin, perkakas kepada PR sedangkan PR itu amat sinonim dengan tidak menepati janji? Jika tidak, kenapa mereka begitu fobia dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini?

Marina Chin sebelum ini terlibat dalam BERSIH 2.0 di mana para peserta demonstrasi telah dengan sengaja mengingkari arahan polis untuk bersurai. Beliau juga adalah pendokong perjuangan menuntut hak LGBT.

Hishamudin Rais pula tidak perlulah diulas lagi kerana telah diketahui umum bahawa ‘memberontak’ adalah hobinya. Jadi, elok beliau diabaikan saja.


Namun begitu, kalau pun kita boleh mempercayai Marina bahawa segalanya akan berjalan dengan aman, kita ingin bertanya beliau demokrasi yang bagaimana yang beliau tuntut? Dengan menjadi alat kepada PR, Marina tidak layak bercakap mengenai demokrasi.

Parti-parti di dalam PR semuanya mempunyai masalah yang kronik berhubung demokrasi dan hak kebebasan bersuara. Pemilihan parti PKR misalnya, penuh dengan tipu muslihat, manipulasi, pergaduhan, malah kronisme yang nyata.

Parti DAP pula ditunjangi oleh Setiausaha Agung yang sombong, angkuh, kukubesi, chauvinis lagi rasis. Dan seperti juga PKR, kronisme dalam DAP juga amat nyata dan tidak mampu disangkal oleh sesiapa.

Oleh kerana tiadanya demokrasi sebenar dalam PKR dan DAP maka saban tahun, ada saja pemimpin-pemimpin mereka yang keluar parti dan seringkali memilih untuk menjadi BEBAS serta mesra BN.

Parti PAS juga tidak ketinggalan di mana sesiapa sahaja yang berani meletakkan agama lebih tinggi dari politik, akan dicantas, dihina dan difitnah semahu-mahunya.

Ketiga-tiga parti ini juga terkenal dengan memboikot media apabila saja dikritik atau terkantoi sendiri.

Inikah puak-puak yang Marina wakili untuk bercakap tentang Janji Demokrasi, hak kebebasan media atau keadilan?

Sekiranya PR bijak, mereka pasti sedar bahawa di kala Pilihanraya semakin hampir mereka seharusnya menumpukan seluruh tenaga dan fikiran mereka untuk menunaikan janji-janji yang belum mereka tepati di negeri-negeri yang diperintah mereka, dan bukannya sibuk berdemo, menuntut janji atau membuat janji baru.

Memilih untuk menjadi hantu polong membantutkan semangat kemerdekaan serta mengganggu ketenteraman di malam keramat adalah satu tindakan yang amat tidak bijak dan tidak bertanggungjawab bagi PR dan juga Marina, khasnya.

Tidakkah mereka belajar dari kesilapan dari BERSIH 3.0 di mana semakin ramai yang meragui atau semakin muak dan jelak dengan PR apabila ia berakhir...?

Kita percaya, selepas Janji Demokrasi, nama Marina juga pasti akan dicemuh dan disumpah sepertimana yang dialami Ambiga kerana mencemarkan kesucian kemerdekaan.

4 comments:

Anonymous said...

Weh, MIK gmbar mane ko dpat nih...gmbr satu tp cite leret habis...biar btul cite ko nih, sape bgtau dlm tv3 xde plak...ko jgn cari psal lg sdah...yang aku mlm ni kat club ade parti sambut merdeka...aku rase ko tau...cube komen skit artikel bawah ni...

--------------------

Satu lagi budaya merosakkan akhlak bakal berlangsung beberapa jam lagi!!

Dijangka diadakan bermula jam 7 malam ini sehingga awal pagi esok, parti bikini serta perang bikini yang tersiar di sebuah laman sosial kini sedang giat disebarkan.

Jelaslah bahawa akhlak muda-mudi yang akan mengunjungi pesta tersebut bakal tergugat selain menambahkan masalah sosial di kalangan remaja terutamanya yang beragama Islam.

Persoalannya, di manakah suara-suara bantahan NGO Islam terutamanya pro-Umno-APCO yang seringkali menempelak apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat khasnya PAS dalam usaha mencgah kegiatan mungkar ini dari terus berleluasa?

Di mana suara Jamil Khir Baharom dan timbalannya Mashitah Ibrahim dalam isu sebegini?

Paling penting, siapakah yang bertanggungjawab meluluskan permit hiburan sebegini walaupun pihak penganjur pastinya telah mengemukakan permohonan mereka kepada pihak berkuasa?

Salah siapa? DBKL? JAWI? Atau ia didalangi segelintir pemimpin Umno-APCO sendiri yang gilakan budaya hedonisme dan berpoya-poya terus hanyut dalam noda maksiat dan dosa?

Selamatkan akidah wanita Islam!

Fikir-fikirkanlah!

Anonymous said...

wei anon Thursday, 30 August, 2012..
hang toksah dok wat raplah butuh Jinggay ley dak, ckp mcm pandai tp bodo nk mampuih.. ni bek ang nasihat geng2 otak kuning ang tu toksah dok wat maksiat kuning la wei ngok.. aku aku tngk kaum berukzz mcm hang ni dah kelepiaq kuaq mcm2 satement xdak modai.. nk ceqhita pasai bikini tmpat org lak..weiii butuh mai la kedah p komplen kat geng setan3 pas hang tu pasai kelab2 bar, umah urut, umah maksiat bebas kat negeri jajahan pas ni..pirahh otak xdak ilmu tp dok wat pandai telebey plak.. kalau dkat mmg aku sepak hang laju2 la ngok...

Anonymous said...

betoi..betoi...betoi..padan muka hang anon yang mula- mula tu, mai sini aku plak punggai kepala hang...

Anonymous said...

Kan dah kena cepuk?