Wednesday, August 8, 2012

Kalau Kit Siang Atau Karpal Jadi KM Pulau Pinang 1982, Pasti Jambatan Pulau Pinang Terima Nasib Seperti Empangan Langat 2

Pada 3 Ogos yang lalu, genaplah 27 tahun perasmian Jambatan Pulau Pinang oleh Tun Dr Mahathir Mohammad (pembinaan bermula pada tahun 1982 dan dirasmikan pada 1985).

Mengimbas kembali ke tahun 1982, dalam usia remaja, pemikiran saya sering diasak oleh seorang oleh seorang pemuda berbangsa cina yang mengatakan bahawa kita sebagai anak Malaysia akan menanggung hutang hingga ke generasi cucu cicit kita.

Ini disebabkan, kos pembinaan jambatan berkenaan adalah melalui pinjaman luar. Bukan itu sahaja, tambah pemuda cina berkenaan, Malaysia akan tergadai, akibat dari projek tersebut....!!

Bayangkan jika Karpal Singh atau Lim Kit Siang yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, apakah projek jambatan berkenaan dapat direalisasikan...? Mujurlah, mendiang Tun Dr Lim Chong Eu yang menjadi Ketua Menteri, maka dapatlah kita melihat kewujudan Jambatan Pulau Pinang.

Begitulah persepsi sebenar pembangkang terhadap projek-projek yang diinisiatifkan oleh BN. Generasi hari ini telah dapat menyaksikan betapa silapnya persepsi Pembangkang.

Kerajaan Pulau Pinang dibawah regim Lim Guan Eng, kini mengakui bahawa keperluan satu lagi jambatan yang menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar.

Berbalik kepada realiti pada hari ini, Empangan Langat 2 di Selangor adalah suatu contoh dan satu pembuktian keatas sikap negatif Pembangkang. Baca seterusnya, disini

2 comments:

Bro Yusri said...

kepimpinan melalui teladan ...tapi kalau semua pun di anggap tak betul ..apa ke halnya

Anonymous said...

Puak pembangkang dulu kata projek mega, membazir wang rakyat, air mata rakyat dan macam2 lagi. Sekarang? tak cukup satu kena tambah lagi satu. Kalau dulu tak buat jambatan, nak harap Feri ke seberang, alamat tak maju lah P.Pinang. Pembangkang otak sengteng, tak tahu nak fikir lebih jauh. Mcm ka Selangor, takboleh nak fikir keperluan air masa 10 ke 20 thn lagi.