Wednesday, August 1, 2012

Khalid Gagap Jangan Terus Nak Salahkan SYABAS.., Jangan Cuba Nak Membasuh Dosa

Jangan terus salahkan Syabas, ambil peduli masalah rakyat

Krisis air yang melanda Selangor sekarang bukanlah kerana kekurangan sumber bekalan air mentah tetapi bahana sikap degil Kerajaan Negeri yang masih enggan melaksanakan projek Loji Rawatan Langat 2.

Kerajaan Negeri PKR pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih rela menjadikan rakyat sebagai mangsa dan mengkambinghitamkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) demi survival politiknya.

Abdul Khalid terus bermain politik dengan menyalahkan Syabas yang dikatakan gagal memberikan perkhidmatan terbaik dalam membekalkan air kepada rakyat Selangor, sedangkan hakikat sebenar kegagalan itu berpunca daripada kerajaan negeri sendiri.

Rakyat harus faham bahawa Syabas hanya operator agihan air yang membeli air2 yg telah di rawat untuk di bekalkan kepada pengguna dan tugas memastikan infra dan prasarana asas air yg perlu du bangunkan agar bekalan air di loji rawatan air mencukupi terletak di bawah kerajaan negeri.

Syabas sedang mengalami kekurangan air untuk dibekalkan kepada rakyat tetapi Abdul Khalid dan barisan exconya masih berdolak-dalik memberikan pelbagai alasan yang mengelirukan.

Apa yang berlaku di Taman Pangsapuri Putra Budiman di sini adalah kerana keegoan dan keangkuhan Abdul Khalid kononnya bekalan air masih mencukupi sedangkan penduduk di sini sudah hampir seminggu terseksa kerana bekalan air terpaksa dicatu.jika masalah ini tidak di selesaikan dgn baik byk lagi kawasan2 baru yg akan terbabit.

Masalah ini tidak akan menjadi isu sekiranya kerajaan negeri mengenepikan soal politik dan mengutamakan rakyat dalam tindakan. Mereka sering melaung-laungkan ‘Pakatan Rakyat’ untuk rakyat tetapi mereka sebenarnya bukan sahaja menipu diri sendiri, bahkan menipu rakyat.

Kasihan kerana rakyat di taman ini mengharungi keadaan tidak selesa, mengangkut air yang disediakan Syabas sehingga ke tingkat lima dalam keadaan berpuasa. Lebih menyusahkan, apartmen ini pula tidak disediakan kemudahan lif.

Bagaimana kerajaan negeri mengatakan krisis air tidak berlaku sedangkan ada rakyat menderita kerana tidak mendapat bekalan air? Jika kerajaan Selangor pandai menguruskan air, sudah tentu keadaan ini tidak akan berlaku.

Malangnya, kerajaan Selangor tidak mahu mengaku kelemahan diri sendiri lantas menuding jari menyalahkan orang lain pula.

Kita tidak mahu rakyat terus menjadi mangsa kesombongan dan kedegilan kerajaan negeri. Semua rakyat Selangor perlu bersatu menuntut kerajaan negeri menyegerakan pembangunan Loji Rawatan Langat 2. Atau, tolak kerajaan negeri sedia ada pada pilihan raya umum akan datang kerana jelas mereka lebih gemar berpolitik sehingga mengabaikan kebajikan rakyat dan janji yang tidak di tunaikan.

Dalam keadaan rakyat menderita tidak ada air ini pun kerajaan negeri masih hendak berpolitik. Mereka bersaing dengan Syabas menghantar bekalan air kepada penduduk menggunakan lori besar, sedangkan masalah yang berlaku adalah kesilapan mereka sendiri.

Padahal mereka bole meminta syabas menambah lori2 bekalan air jika di fikirkan perlu bukan nya mencari publisity murahan menghantar lori air dan war2kan ke seluruh Malaysia kononnya merekalah yg prihatin sekadar mengkaburi mata rakyat.

Mereka cuba membasuh dosa itu dengan menagih simpati daripada rakyat, kononnya ia bukti keprihatinan mereka. Amat jelas ini perbuatan tidak bertanggungjawab memandangkan tugas memastikan bekalan air terawat kepada rakyat merupakan tugas asas kerajaan negeri yang perlu di beri keutamaan.

Sohaimi Shahadan - Pengerusi GPRS

No comments: