Wednesday, August 1, 2012

Kisah BENAR Ofis Lajim Ukin Di Beaufort Sabah...!!

Lajim Ukin Jarang Ke Pejabat Sejak Mac 2012

Perkembangan terbaru yang diberitakan oleh TV3 malam semalam mengesahkan bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukin telahpun dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sebelum ini pada Sabtu lalu, Lajim telah bertindak meletakkan jawatan sebagai anggota MT dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort serta Pengerusi BN Beaufort, namun dimasa yang sama masih enggan melepaskan jawatan Timbalan Menteri.

Keengganan Lajim untuk meletakkan semua jawatan secara serentak hanyalah satu lakonan politik murahan yang matlamatnya sengaja mahu mensensasikan isu supaya dapat menarik perhatian ramai terhadap dirinya.

Sebetulnya pelucutan jawatan Lajim sebagai Timbalan Menteri merupakan satu langkah yang bijak dan tepat.

Sampai bila mahu disimpan saja orang sedemikian yang langsung tidak memiliki prinsip yang jelas kerana kerap berubah-ubah pendirian dan gemar bermain tarik tali untuk kepentingan diri sendiri.

Lagipun mengikut sumber dari kementerian terbabit, sejak Mac lalu lagi Lajim sudah jarang masuk ke pejabatnya. Malah ruang pejabatnya sudah lama kosong dan segala barangan peribadi juga sudah lama di bawanya keluar.

Ini bermakna sejak Mac hingga Julai 2012, sekurang-kurangnya sudah tiga, empat bulan kerajaan terpaksa membayar gaji Lajim sekalipun dirinya jarang masuk ke pejabat untuk menunaikan amanah dan melaksanakan tanggungjawab tugasan.

Apakah tidak ada sedikit rasa malu dalam sanubari dirinya apabila gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri tapi masih tidak segan pula bercita-cita ingin menjadi Ketua Menteri Sabah?

Bayangkan sekiranya kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri dikekalkan, tentu sahaja hanya akan membazirkan wang rakyat untuk membayar khidmat seorang pemimpin yang hanya makan gaji buta.

Sepatutnya sejak Mac lepas Lajim sudah secara terbuka menyatakan dirinya sudah tidak lagi mampu menjalankan tugas dan amanah sebagai Timbalan Menteri.

Tapi, ternyata Lajim lebih mengutamakan kepentingan sendiri apabila tetap berterusan bermain tarik tali semata-mata mahu memaksa PM untuk akur pada permintaan peribadinya.

8 comments:

Anonymous said...

Bukan mamat tu je...mamat kementerian lain pun macam tu jugak bhai..

Anonymous said...

bah kayakan untuk diri saja tuh. tugas lupa, macammana nak jaga rakyat.kalau masih simpan tiada guna 1 sen tuh.

Anonymous said...

dia dok tunggu duit juta2 dr Nuar Berahim dulu!!!!huhuhu,,,,kiri kanan dia nak telan!!lajim kan tu!!!

Anonymous said...

orang sabah , terutama kawasan Beaufort ..kuala penyu , sipitang dah tahu lajim akan keluar BN sejak bulan Januari lagi , pada orang sabah ini bukan sesuatu yang mengejutkan , mereka dah tahu suatu masa Lajim akan keluar BN ,

apa dilakukan Lajim selama ini hanyalah lakonan , mengharap ehsan PM untuk lantik dia lagi sebagai calon BN kawasan Beaufort ..

apabila ugutan secara halus tak jalan , Lajim main kasar dengan umum keluar Bn secara terang2an ..

Anonymous said...

Cikgu "S";said
Lajim itu bagaikan sampah di tengah sungai , ke hulu tidak ke muara tak sampai. Akhirnya hanyut terapong-apong menunggu si pemungut sampah mengambinya.Maka si pemungut sampah akan mengutipnye dan memasukkan kedakam stor simpanan sampah2 yang terbuang atau di buang.
Akan berkarat dan tamat lah sudah keriar politik Si Lajim dalam seluruh hidupnya.

Anonymous said...

Ramai lagi calon muda di Sabah. Lajim dah tua dan otai. Otak pun dah tak berapa nak fikir. Tindakan Lajim bagus kerana beri peluang orang Muda Sabah bah!!!
Lepas ni dapatlah habuan sedikit sebanyak dari Peliwat. Main sering-siring bah!!

Anonymous said...

Si lajim ni banyak rahsia. Dulu masa di sabah pernah menjadi tim. Cm menjaga hal ehwal islam dgn imej bersongkok. Tapi di belakang banyak affair . Gundek banyak ..penari kebudayaan sabah ingat kau lai (nama manja lajim). Mau tau lagi, mari kita mula edisi siasat..

Anonymous said...

bodoh betul lako nie
yang letak gambar pompuan cm2 pehal
aibkan org plak