Wednesday, August 1, 2012

Kit Siang Panas Apabila Blogger GAP Main Cerita Ketua Polis Negara 1974 Mati Ditembak Dari Jarak Dekat .!!

[Imej diatas screenshot dari filem TANDA PUTERA adegan Ketua Polis Negara ditembak dari jarak dekat suatu tindakan zalim yang terlampau...!]

Pada pukul 7 pagi, 7 Jun 1974 negara dikejutkan dengan berita yang penuh tragis.... Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara yang ketiga itu telah di tembak 11 das oleh 2 lelaki di Jalan Tun Perak.

Tujuh daripada 11 tembakan itu mengenai tubuhnya. Kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman bersama dengan Sarjan Omar Yunus.

Dua penjenayah yang dipercayai anggota subversif komunis, seorang daripadanya Lim Woon Chong, alias Ah Kwong, 21 tahun dipercayai pemimpin Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) seorang lagi Ng Foo Nam 23 tahun melepaskan tembakan yang membunuh Rahman.

Mereka juga terbabit dalam pembunuhan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Khong di Jalan Ashbay, Ipoh pada November 1975.

Mereka telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati mengikut Aktar Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1978.

Tan Sri Rahman Hashim berpengalaman luas dalam kerjaya sebagai seorang pegawai polis dan telah berkhidmat selama 33 tahun.

Dalam rentetan peristiwa yang telah dilalui, beliau baru berkhidmat dua bulan apabila tentera Jepun menyerang Pearl Harbour pada 8 Disember 1941 yang membawa kepada tercetusnya Perang Pasifik.

Abdul Rahman adalah pegawai polis pertama yang memberikan kerjasama kepada tentera Jepun yang menyerang negeri Kedah. Tindakan itu bertujuan mengembalikan keamanan kepada negeri itu. Beliau turut menjadi anggota polis ketika pendudukan Siam di Kedah pada tahun 1943.

Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim telah dilahirkan pada 7 Julai 1923. Bapa beliau ialah Hashim bin Md Saman berasal dan Kampung Ceruk Tun Kun, Bukit Mertajam. Pak Hashim sebelum menjadi Guru Besar Sekolah Sungai Limau, beliau bekerja dengan Nyak Hussein (bapa Prof Ismail Hussein) di kedai jahit Tuk Su Hanafi.

Pada 17 Oktober 1941 Tan Sri telah dilantik sebagai seorang pegawai dalam polis negeri Kedah berpangkat Sub-Inspektor.

Dalam pasukan polis beliau telah berkhidmat selama 33 tahun dalam berbagai jawatan di negeri-negeri Kedah, Selangor, Johor, Perak dan Pulau Pinang.

Di Kedah beliau telah berkhidmat di Bandar Baharu, Baling, Gurun, Kuala Nerang dan Alor Setar. Pada masa Perang Pasifik tamat beliau adalah Ketua Polis Daerah Kuala Nerang.

Pada tahun 1949 beliau telah dipindahkan ke Kajang sebagai Pegawai Penyiasat. Ini adalah pertukaran pertama baginya di luar Negeri Kedah. Ketika itu beliau berpangkat Inspektor.

Pada bulan Januari 1952 beliau telah...., baca sambungannya di Blog GAP, klik sini.

5 comments:

Anonymous said...

INSIDEN INI SEUMPAMA ISTIHARAN PERANG TERHADAP ANGGOTA KESELAMATN

KALAU DI AS, SEMUA YANG TERBABIT AKAN DIJEJAK SAMPAI LUBANG CACING

blogger melayu said...

Apa yg nk di gelabah kn.Itu kerja PKM.Jgn le nk putar belit sejarah.Ko cuba nk kait kn LKS dgn komunis pulak.Cuba semak balik sejarah dn tengok ada ke org DAP di tahan krn komunisma.Puak UMNO brlambak yg ke dalam.

Anonymous said...

Ada Melayu bela Lim Kit Siang. Bagus. Good dog.

Anonymous said...

wooo. Ada Melayu bela Lim Kit Siang. Bagus. new piggy.

Anonymous said...

Ader jgak yng sokong LKs ni....aper mangkuk nyer melayu...bodoh piang...sialll lah ko..