Thursday, August 9, 2012

Mampos..!! Ulama' PAS Di Kelantan Buat Kerja Paling GILA


Tidak Salah Berkongsi Kuasa Dengan Kafir Harbi – Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan

Sokong DAP Haram, itu kata putus para Ulama.....

Sebabnya, DAP menentang Islam dengan tegas dan lantang. DAP juga sudah terserlah sebagai parti yang tegar memperjuangkan agama Kristian serta mempunyai agenda jelas tidak menerima Raja-raja Melayu (yang melindungi kedudukan agama Islam di Malaysia) serta tidak senang dengan Islam sebagai agama rasmi.

Kemungkinan besar, tidak salah jika dikatakan bahawa DAP berada di belakang isu murtad di Selangor kerana jelas mereka memberi sokongan kalau pun tidak membela atau menjadi dalang dalam isu ini.

Namun, PAS tetap teguh bersama DAP, cuba menutup dan memperkecilkan isu murtad malah sanggup menyepak keluar Dato’ Dr. Hasan Ali yang lantang membangkitkan isu tersebut.

Maka seluruh umat Islam di Malaysia menjadi hairan bagaimana PAS yang begitu takbur mendabik dada sebagai parti Islam ekstrem, yang pernah bermimpi untuk memisahkan wanita dan lelaki di pasaraya, bas, kolam renang dan menghukum sesiapa saja yang tidak berpakaian mengikut ‘standard’ pemakaian mereka serta menganggap selagi terdapat botol arak di Malaysia, maka kerajaan Malaysia wajib ditentang kerana sekular atau kafir, kini memandang sebelah mata sahaja akan isu murtad.

Sedangkan ‘murtad’ adalah sehabis besar isu bagi umat Islam kerana ia melibatkan umat meninggalkan agamanya. Tiada apa lagi yang jauh lebih besar atau lebih tragik daripada seorang Muslim menjadi murtad.

Oleh itu, kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat bagaimana PAS telah memperkecilkan isu yang sebegitu besar, hanya kerana ingin terus bersama DAP.

Namun, apa yang nak dihairankan dengan sikap PAS sedangkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam juga sudah lama digadai mereka gara-gara begitu teruja atau ‘gila’ untuk bersama bergandingan tangan dengan DAP menuju ke Putrajaya.

Hanya akhir-akhir ini, soal hudud dipolitikkan semula memandangkan Pilihanraya sudah semakin hampir.

Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud mengenai hukum haram bekerjasama dengan DAP membuktikan ‘kegilaan’ PAS demi mengejar kuasa politik.

Menurut beliau, “adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO”.

Ertinya, beliau mengaku adalah haram untuk bekerjasa dengan DAP yang menentang Islam tetapi ia dibolehkan bagi menentang UMNO/BN yang didakwanya menentang Islam juga.

Nampaknya, PAS meletakkan UMNO/BN yang telah membina beribu-ribu masjid, melahirkan begitu banyak ‘Ulama’ dalam berbagai bidang, menjaga kebajikan rakyat, memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan sepertimana yang dituntut Islam, sebagai jauh lebih ‘kafir’ dari kafir harbi DAP.

Dalam ertikata lain, PAS sanggup menjatuhkan saudara seagama demi untuk berkongsi kuasa dengan kafir harbi.

Ini adalah pendirian PAS seperti yang telah ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama mereka sendiri. Ia diungkapkan dalam ayat yang mudah untuk difahami, jelas serta tidak diputar-belit oleh sesiapa.

Kini, para Ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama PAS juga telah menyatakan hukumnya mengikut ideologi PAS iaitu harus.

Jelas, PAS telah memilih untuk mengutamakan politik dari agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun hala tuju parti tersebut selepas ini.

Justeru, mulai hari ini, kita semua wajar berhenti dari merasa hairan dengan segala tindak tanduk PAS yang bertentangan dengan Islam.

Kita wajar menerima hakikat bahawa PAS sudah begitu selesa, gembira dan tenang bergandingan dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, menuju ke puncak kuasa bersama-sama.

Untuk itu, Islam dan hukum-hakamnya sentiasa perlu diubah untuk disesuaikan dengan kehendak Kristian-DAP agar kerjasama mereka kekal utuh.

Apa yang tinggal kini ialah terpulanglah kepada para Muslimin Muslimat di dalam PAS untuk memilih Islam ataupun PAS.

9 comments:

Anonymous said...

Ini baru Hulamak namanya.
Bila berkaitan dgn kepentingan duniawi Haram jadi Halal.
Bila berkaitan dgn undi apapun boleh.
Ulamak mcm ni la yang dikehendaki oleh PAS.
Ulamak yang enguntungkan mereka.
Ditarbiah khas oleh Maha Tok Guru untuk memenuhi nafsu sarakah.
Insaya Allah. Akan datang bala Allah nanti.

Megat Alam Gempita said...

Jangan lupa YB Zulkifli Nordin juga pernah pecat PKR kerana berjuang menentang forum murtad yang dianjurkan oleh DAP termasuk Ambiga dan Majlis Peguam dan direstui oleh Anwar Ibrahim ad-dajjal.

Anonymous said...

Matlamat tidak menghalalkan cara..walaupun nyawa di hujung halkum..perbuatan PAS mengingatkan kita bagaimana kerajaan syiah iran membantu US menyerang kerajaan sunni iraq..nauzubillah

DON MELAYU said...

PAS tidak ada kaitan dengan Islam kerana PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS..PAS hanya parti politik sahaja,tidak lebih drpd itu..kerana dalam Al-Quran ALLAH telah menggariskan bahawa sifat2 pari islam yang sebenar ialah HIZBULLAH,iaitu parti ALLH..

firman ALLAH S.W.T"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum itu yang benar-benar beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat,tergamak BERKASIH SAYANG dengan orang yang MENENTANG ALLAH dan Rasul-Nya,sekalipun orang(yang menentang ALLAH)itu terdiri daripada bapa-bapa mereka atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka atau keluarga mereka.Mereka(golongan yang benar-benar beriman itu)telah ditetapkan iman di dalam hati mereka dan ALLAH telah menguatkan mereka dengan cara menanamkan semangat di dalam hati mereka.ALLAH akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai dan mereka akan kekal di dalamnya.Allah redha kepada mereka dan demikian juga mereka redha kepada ALLAH serta bersyukur dengan nikamt pemberian ALLAH.Mereka itulah anggota-anggota Parti ALLAH.sesungguhnya pendokong Parti ALLAH ialah orang yang mendapat kemenangan(di dunia dan di akhirat)."(surah al-Mujadalah ayat 22)ayat-ayat dia atas secara langsung menerang kan ciri2 Pari Allah

1.benar2 beriman kpd Allah dan Rasul-Nya,menjadikan kedua-duanya sbgai pemimpin dan tempat rujuk serta tempat meminta pertolongan.

2.Meletakkan orang yang benar2 beriman sbgai pemimpin.

3.Beriman dengan Hari Akhirat.

4.Mendirikan sembahyang

5.Mengeluarka zakat.

6.Benar-benar patuh kpd pemerintah dan hukum Allah.

7.MEREKA SEKALI-KALI TIDAK BERKASIH SAYANG DAN BERKERJASAMA DENGAN ORANG YANG MENENTANG AGAMA(ingkar hukum)ALLAH.

8.tidak bersikap asobiah qaumiah,yakni tidak bertolak ansur dengan ibu-bapa,anak2,saudara-mara,kerabat dan keluarga sendiri,sekiranya mereka anti-ISLAM atau melakukan MAKSIAT dan kemungkaran.

9.PARTI ALLH TIDAK PERNAH KALAH DAN SENTIASA MENANG.

sifat no 7 dan no 9 langsung tidak ada pada PAS..PAS merelakan DAP menentang islam..PAS tidak pernah dapat menguasai Malaysia sejak hari pertama parti tersebut ditubuhkan..

Anonymous said...

DAP tolak undang2 ISLAM tak la TERKEJUT sangat...UMNO sendiri yg SLOGANYA memperjuangkan AGAMA,BANGSA n NEGARA tolak MENTAH2 tu yg TERKEJUT GILA....siap jadi tajuk utama UTUSAN lagi...DAP mmg kita SEDIA maklum mmg kafir n tak tau HUKUM ISLAM.UMNO yg ISLAM pon tolak ISLAM tambahkan pulak DAP>>>sepatutnya UMNO la kena laksanakan.dah pegang kerajaan...

Anonymous said...

Kalau dulu kita masih samar2 tentang pendirian songsang pemimpin parti pas, maka hari ini semua orang sudah jelas siapa pas yang sebenarnya, tiada selindung lagi.... allah telah zahirkan rupa pas yang sebenar.
Saudara2 taipkan perkataan khawarij pada google, surf dan tengok apa erti dan siapa khawarij. Sifat mereka saling tak tumpah dgn sifat parti pas sekarang.... Masya Allah!

Anonymous said...

Sekiranya ada dikalangan Pembangkang (PAS)yang bersekongkol dengan Khafir harbi(DAP) yang ingin menjatuhkan sebuah kerajaan Islam di Malaysia ini? .....Apa kah wajib seluruh ummat Islam di Malaysia ini memerangi mereka dengan jalan perang jihad iaitu darah mereka adalah halal ditumpahkan?

Anonymous said...

jadi barua dap jer la pas pis pus nie..

Anonymous said...

Banyak info-info yang ada di internet tak sampai kepada golongan yang taksub Pas dikampung-kampung. Lagi-lagi orang tua.

Mereka masih ingat Pas sekarang adalah Pas dahulu.

Bagaimana kita nak bukakan mata mereka bahawa Pas kini dah lain?