Friday, August 24, 2012

Maruah Pimpinan PAS Lebih Hina Dari Pelacur Jalanan....?


Posted by Kamarulzaman Kamdias


PUTRAJAYA DIJUNJUNG, AGAMA DIKENDONG...!

Dua isu ini jelas menunjukkan bahawa PAS sebenarnya berada jauh di bawah garis tanda aras tahap perjuangan Islam sebenar.

Kedua-dua isu ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa ahli dan pemimpin PAS tidak ada lebih mana pun berbanding dengan ahli dan pemimpin UMNO di sisi tuhan. Ini membuktikan PAS tidaklah seislam mana perjuangannya....

Soalan dalam kubur yang ditanya kepada ahli dan pemimpin UMNO itu jugalah yang akan ditanya kepada ahli dan pemimpin PAS. Tiada mana-mana pihak yang mendapat privilege dari tuhan, kecuali mereka yang diredhai, beriman dan beramal soleh.

Isu Pertama, ketika Dr Hasan Ali cuba menegakkan prinsip perjuangan Islam dan cuba bersuara dalam soal murtad dan rumah urut, beliau ditendang keluar PAS. Hampir keseluruhan pemimpin PAS berdiri dibelakang pendirian kerajaan Selangor yang didominasi oleh DAP....!!

Kedua, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang dilihat tidak sehaluan dan sering ditempelak oleh pemimpin PAS. Beliau juga mungkin bakal menerima nasib yang sama dengan Hasan Ali, apabila beliau menunjukkan sikap mesra UMNO melebihi DAP.

Dari sudut individu, kedua-dua pemimpin PAS ini sedang menerima dugaan tuhan, sejauh manakah kekentalan prinsip perjuangan Islamnya.... Dari prinsip berjemaah, PAS juga sedang diperhalusi oleh Allah tentang sejauh manakah keikhlasan, kejujuran dan kebenaran di dalam perjuangannya.

Individu pemimpin PAS yang sedang menempelak Ustaz Nasha juga sedang dinilai kiblat perjuangan mereka yang sebenar di sisi tuhan, samada di atas maksud kerana Allah atau di atas maksud selain dari Allah.

Dugaan bukan datang dari luar atau dari UMNO mahupun musuh Islam, tapi dugaan mereka datang dari dalam PAS sendiri. PAS yang selama ini dikatakan memperjuangkan agenda Islam tiba-tiba menentang agenda perjuangan Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasha yang cuba melaksanakan agenda perjuangan yang dibawa oleh PAS selama ini.

Kenapa agenda dan pendekatan Islam yang mereka bawa tiba-tiba disanggah oleh kepimpinan PAS sendiri hingga segala prinsip Islam yang cuba diamalkan mendapat tentangan dari kepimpinan...?

Bila pula kalanya DAP bersetuju dengan agenda perjuangan PAS? Bila sesuatu yang dikatakan "hak" boleh bercampur dengan "kebathilan"...?

Jika PAS memperjuangkan yang hak, sudah pasti secara otomatik perjuangan mereka akan mendapat tentangan dari pihak yang bathil. Ini sunnatullah perjuangan.

Penentangan yang ditunjukkan oleh Karpal Singh itu sebenarnya adalah lumrah pertentangan atau manifestasi perjuangan yang pasti berlaku di antara yang hak dan bathil. Kenapa harus kita hairan..?

Kenapa PAS tiba-tiba berkompromi dengan perjuangan yang bathil? Cuba tunjukkan bukti sejak zaman perjuangan Nabi Muhammad s.a.w, jika ada terdapat mana-mana perjuangan hak dan bathil boleh bercampur dan secocok umpama aur dengan tebing...?

Cuba buktikan mana-mana penemuan baru atau invention yang boleh menyebabkan minyak dengan air boleh bercampur?

Titik persamaan tidak mungkin wujud di antara hak dan bathil. Tetapi titik persamaan inilah yang cuba diwujudkan oleh Anwar. Bukan bertujuan untuk mendaulatkan Islam, tapi untuk mendaulatkan kuasa untuk ke Putrajaya. Hakikatnya, ia tidak kena mengena dengan Islam.

PAS sedang berusaha berkompromi dengan DAP atau PAS sedang mengkompromikan kesucian Islam? Untuk apa dilakukan semua ini...?

Akhirat dijunjung, dunia dikendong, bererti "Maksud dijunjung dan keperluan dikendong". Ia memberi erti bahawa kepentingan "keperluan"(neccessity) tidak mungkin mengatasi kepentingan sesuatu maksud.

Mana satu yang lebih wajib...?

Ayat yang menyebut "setiap dari kamu (muslim) adalah bersaudara" yang lebih wajib diutamakan atau pun ijtihad PAS yang mendakwa "dibolehkan berkompromi dengan kafir DAP demi untuk menumbangkan UMNO yang menolak Islam" ?

Apa yang dilakukan oleh PAS hari ini ialah menterbalikkan keutamaan, di mana keperluan untuk ke Putrajaya dijunjung, manakala maksud sebenar ikatan persaudaraan sesama muslim yang amat dituntut oleh Allah dan rasulnya hanya dikendong.

PAS bimbang jika tidak berkompromi dengan DAP maka peluang untuk ke Putrajaya akan terjejas. Maka PAS terpaksa mencampakkan saranan Allah dan rasul yang mewajibkan ikatan persaudaraan sesama muslim yang dikendongnya, demi untuk menyelamatkan hubungan dengan DAP agar tidak terjatuh daripada junjungannya.

Bukan Hasan Ali dan Ustaz Nasha saja, malahan sesiapa saja yang boleh menjadi penyebab kepada jatuhnya apa yang dijunjung di batu jemala PAS, pasti akan menerima nasib yang sama dengan mereka berdua ini.

Inilah rasmi perjuangan "PAS For ALL" ciptaan golongan erdogan PAS yang lebih totok assabiahnya dari UMNO...!

8 comments:

Anonymous said...

Apa yang nak dikisahkan sangat?
Pas telah diulatkan oleh telor-telor Syiah. Syiah dan Yahudi(DAP) saudara kandung mereka.

Beginilah nasib malang yang menimpa PAS.

Percaya atau tidak?
wajib percaya.

Anonymous said...

UMNO AKAN TERUS BERUSAHA MEMECAH BELAHKAN PAKATAN RAKYAT.
JIKA PAS KELUAR DARI PAKATAN, BN AKAN TERUS BERKUASA ENTAH SAMPAI BILA.
PERCAYALAH BAHAWA PAS TIDAK LAGI AKAN TERTIPU DGN MAINAN UMNO. MAJORITI RAKYAT MAHU MELIHAT MALAYSIA DIPERINTAH OLEH KERAJAAN BARU YANG BERSIH.

Anonymous said...

Kalau PAS rasa tertipu dengan UMNO eloklah PAS terus ditipu ..
Kali ini ditipu oleh PKR dan DAP pula..
memang parti PAS seumur hidupnya suka kena tipu sebab seumur hidupnya juga menipu..

kerajaan baru yang bersih ... hahahahahahaha lawak of the year ..
memang bersih lah kau PAs kali ini...

Rosman Muhamad Ali said...

Pemerintahan PAS yang bersih... Ha ha ha.. setuju sangat lawak of the year.. rasa2 macam lebih kepada bershit!

berasiam said...

Kita tidak pelik jika PAS tidak mahu bekerjasama dengan UMNO kerana mendakwa UMNO tidak mahukan Islam. Keadaan menjadi pelik apabila PAS sanggup bekerjasama dengan DAP yang terang-terangan kafir demi untuk menjatuhkan UMNO yang menjadi teras pemerintahan negara ini.

Sekiranya PAS benar-benar berjuang untuk kebenaran dan Islam yang syumul, PAS perlu berjuang secara sendirian untuk menegakkan Islam. Tegaknya Islam boleh dicapai bukan melalui pilihanraya semata-mata. Tegaknya Islam hanya akan tercapai jika seluruh rakyat memahami Islam yang sebenarnya melalui usaha dakwah yang berterusan. Jika keadaan itu tercapai, amat mudah untuk melaksanakan apa sahaja yang dituntut oleh Islam dalam pemerintahan termasuk hudud dan sebagainya.

Tun Dr. Mahathir dah pelawa, PAS menolak, jadi siapa yang tinggalkan siapa dalam usaha ke arah perpaduan ini. Bukankah secara terang-terangan mereka menyanggah al-Qur'an yang wajib diimani?

"Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya)."

Maksud ayat 138-139 surah an-Nisa

Mereka lebih rela bersekongkol dengan kafir laknat daripada bersama-sama dengan orang Islam yang sebangsanya dalam usaha menegakkan Islam di negara ini. Berimankah mereka dengan al-Qur'an? Cuba bawakan ayat ini kepada ustaz PAS yang lantang berceramah di merata masjid dan surau dan dengar apa ulasan mereka.

miong ah lai said...

SEORANG WARTAWAN BERBANGSA CINA TANYA LIM GUAN ENG, KENAPA ANDA BERI RM500 KEPADA PENGHAFAL AL-QURAN? APA JAWAB LGE, SILA BACA:

RM500 Untuk Tahfiz: Satu Lagi Bukti DAP Bukan Parti Anti-Islam, Melayu.

: Seorang wartawan bangsa Cina pernah bertanya kepada Lim Guan Eng, mengapa Kerajaan Pulau Pinang memberi RM500 kepada pelajar Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz?

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjawab: “Orang Islam yang pegang kepada ajaran Islam mereka tidak akan makan rasuah.”

Malah Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui, DAP – parti yang dimomokkan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam – memperuntukan lebih dana bagi program pembangunan Islam di negeri itu berbanding dengan pentadbiran Umno-BN yang sebelumnya.Kerajaan Pakatan Pulau Pinang meningkatkan bajet pembangunan dan pentadbiran Islam ke RM 24 juta setahun berbanding RM 12 juta semasa di bawah Umno-BN.

Apa Sukun Gerakan buat pada mulayu P Pinang,duk balik pulau dan kayakan org cino je.

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

hanya nama parti pkr yg baru, orgnya muka lama 17 tahun mmrintah sbagai tim pm, kalau bukan tun dr m, negara bakal muflishin, stelah dpecat baru negara stabil, rakyat tdk mahu prkara ini brrulang

miong said...

Bila ada cerita YB LGE hulur derma kepada umat Islam, musti ada cacai-cacai Umngok yang meroyan.
Bak kata mamak kerala, kembali lah kepada setan, jangan percaya malaikat