Sunday, August 5, 2012

Part 2 Sungai Leleh Pahang - Kerajaan BN Pahang Beri Jaminan

Kerajaan Pahang hari ini memberi jaminan tidak akan mengambil sebarang tindakan apatah lagi mengganggu mahupun mengambil tapak rumah di kawasan penempatan Orang Asli di Kampung Sungai Leleh terutama yang membabitkan projek mengeluarkan bijih besi.

Exco Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin ketika ditemui memberitahu, pentadbiran Pahang tidak pernah dan tidak akan menganiaya ataupun mengambil tindakan sebelum mengambil kira kepentingan dan juga kebajikan rakyat.

No comments: